Wednesday, September 30, 2009

Cerita Raya 2009 Part II

Aku dah janji dengan korang semalam nak sambung cerita pasal raya kan. Tapi mak tak sihat kat hospital, mood nak bercerita pun macam kurang aje. Tapi sebab dah berjanji maka aku cerita la jugak ye walaupun tak berapa complete. *Gambar raya masih belum transfer lagi ke pendrive. Jadi, dengar cerita jelah ye :P

Hari kedua raya, kami teruskan perjalanan beraya ke rumah Opah Cho (adik ipar opah no 7) Tiap2 tahun kami wajib ziarah rumah Opah Cho ni sebab rumahnye dekat sangat dengan rumah opah. Melampau kalau tak pergi. Kami tak beraya masa hari raya pertama sebab Opah Cho takde kat rumah, pergi beraya ke Selama. Lepas melantak laksa (laksa lagi!) kami teruskan perjalanan ke rumah Opah Yang (adik ipar opah no 3). Sambil makan2 dan bersembang2, sempat lagi Opah Yang nak carikan jodoh untuk Along. Ar.. Along adalah abang aku yang sulung. Umur dah 34 tahun tapi masih solo lagi. Dah setahun putus cinta tapi belum dapat pengganti lagi. Member dah serik nak bercinta, kalau boleh pasni nak kenal2 sekejap kalau ok terus kahwin je. Macam aku dengan Farizal dulu (ewah2 nak enterprem jugakkkk). Ada sesiapa yang berminat pasni boleh contact aku ok (don't worry, aku rahsiakan nama korang) Hikhik.. Oh ye Along aku cikgu tau! *guru adalah pekerjaan yang mulia kawan2 ^_^

Sedar2 dah masuk waktu Zohor. Beramai2 pulang ke rumah opah untuk solat. Pada awalnya petang raya tu plan nak beraya ke Taiping rumah bapa saudara (adik mak no 3). Tapi tak jadi sebab petang tu hujan turun sangat lebat. Tunda esok jelah. Petang raya tu hanya spent masa kat rumah. Malam tu pulak aku & Farizal join Kak Ngah sekeluarga jalan2 di bandar diraya Kuala Kangsar. Hoho.. Izz kena tinggal kat rumah (Pak Long tak kasik bawak Izz, dia nak main puas2. Ok, mainla puas2 dengan anak aku ok! Mak Izz nak berhu-ha) Best woh.. jalan2 tanpa kehadiran si kecil. Boleh pimpin tangan and peluk2 manja dengan abah macam zaman mula2 kawen dulu :) Hihi.. Ronda2 makan2, tengah malam baru balik rumah (wah.. emak apakah ini?) Nasib baik Izz dah tidur nyenyak di dalam buai. Pak Long cakap, Izz budak baik. Tak notti & tak meragam pun. Anak mak good boy!

Cerita raya ketiga aku cerita kemudian. Ni ada gambar Izz 2 keping masa hari raya aritu. Saki baki gambar dalam memory card. Ni je gambar yang ada, gambar lain semua bukan gambar beraya. Gambar lepak2 je banyak. Hehe..

Ni gambar Izz dengan baju raya masa hari raya ke-3.


Yang ini pulak gambar Izz berbaju melayu raya masa hari ke-4. Petang tu dah balik KL. Sob..sob..


Ar mesti korang tertanya2 kan. Mengapala aku ambik gambar budak kecik ni time tido. Sebab time tido je dia tak diganggu oleh sesiapa. Waktu2 lain bukan main susah nak cekup budak ni sebab pakcik makcik dia yang macam resaksa tu kulu kilir hangkut dia. Main pas2 baton pulak. Apa2 jelah kan. Jangan Izz meragam pas balik KL nanti udahler (and alhamdulillah dia tak meragam pun. Sangat good boy!)

Izz punya pe'el pas mandikan dia, siap2 pakaikan baju raya, mata tu mula la terpejam2 nak tido. Mengantuk yang amat! Lucu je tengok Izz tidur siap berkasut bagai. Kesian anak mak. Tapi senang kan. Bangun je tido, mak sikat2 balik rambut yang tak berapa nak ada tu, then lapkan muka Izz dengan towel lembap (kasi buang air liur basi) boleh terus beraya dah! Hehe..

::To be continued::

2 comments:

Anonymous said...

cerira ni ader brapa episod yee..pnjg lagi keee...huhu

p/s: jon exchange link...supaya mudah nak bca.

Mak Izz said...

salam fndrocka,

ntahler taktau brp episod lagi. bercerita je takat mana yang lalu pastu kalo rasa2 dah pjg 1 entry samb lg part seterusnya. hehe.. suka2 ati jer.

p/s: cmne nk exchange link? x reti la. mak budak br bljr blogging. ajor le.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!