Saturday, October 3, 2009

Keadaan Mak

Sekarang jam pukul 3.24 pagi. Tak pernah2 aku online pagi2 buta macam ni. Tapi sebab aku dah terjaga (Izz meragam tadi tapi sekarang dia dah tidur semula) dan kebetulan abang aku tak simpan laptop dia lagi dalam beg (elok terletak atas meja) gunalah sekejap.

Firstly aku nak cerita pasal keadaan mak di wad. Actually sampai hari ni aku masih belum sempat jenguk mak di hospital. Bukan tak mahu pergi tapi aku takde transport dan driver nak ke sana (Farizal kerja), nak bonceng ayah naik motor ke hospital tengahari tadi, Along pulak nak jenguk mak. Nak pergi naik public transport, siapa pulak nak jaga Izz dan budak2 di rumah? Ok takpe. Esok insyaAllah aku akan jenguk mak kat hospital dengan Farizal. Esok Farizal tak kerja. Harap2 dapatlah. Petang tadi aku call mak kat hospital, alhamdulillah mak dah boleh bercakap. Mak cakap badan pun dah tak sakit2 lagi. Mak siap pesan beberapa perkara yang patut diuruskan pasal budak2 yang mak babysit tu. Iye, seperti yang aku beritahu semalam, hari ni aku cuti sebab kena take over jaga budak2. Kalau kira semua jumlah budak2 yang mak jaga ada 5 orang tapi hari ni yang datang cuma ada 4 orang budak je. Lega la sikit.

Tapi pukul 11pm tadi Ipai sms bagitau yang mak demam semula. Badan start sakit2 macam malam semalam. Mak rasa macam dah tak tahan dengan sakit2 badan tu sampai mak minta kami semua adik-beradik bacakan surah Yassin pohon dihilangkan rasa sakit2 & minta mak dapat bertahan bila sakit2 tu datang. Huhu.. sedih dan risau sangat bila mak cakap macam tu. InsyaAllah mak, Uji sentiasa doakan mak cepat sembuh dan dapat bertahan bila rasa sakit tu datang. Uji sayang sangat dekat mak. Cepat2lah mak keluar dari wad ye. Mak jangan risau, esok dan lusa insyaAllah Uji jenguk mak di hospital. Bukan Uji je, tapi kami semua 7 orang anak2 mak. InsyaAllah...

Sempena bulan Syawal ni, aku dan Farizal ada la terima beberapa jemputan rumah terbuka kawan2 Sabtu dan Ahad ni. Seperti tahun lepas, aku dan Farizal akan cuba sedaya-upaya untuk memenuhi semua undangan atas dasar menghargai jemputan tuan rumah (dan menghargai menu2 yang disediakan). Yang beritahu nak datang beraya ke rumah pun ada juga 3, 4 orang dah maklum. Sebelum ni, memang kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan kepada kawan2 yang sudi datang beraya ke rumah aku (nun jauh di Jalan Kebun). Tapi sejak mak sakit dan masuk wad ni, hati aku berbelah bahagi je nak penuhi undangan rumah terbuka/terima kedatangan kawan2 ke rumah. Bukan apa, sekarang aku masih di Cheras rumah mak dan ayah. Esok lusa pasti aku di Cheras juga. Tak sedap hati nak balik rumah sendiri, asyik teringatkan mak. Bila duduk di Cheras bersama adik-beradik yang lain, hati tu rasa legala sikit. Erm, hati takkan tenang selagi mak masih belum sembuh sepenuhnya. Tengoklah macam mana, if balik Jalan Kebun pun mungkin balik sekejap untuk basuh baju. Kalau keadaan mak semakin baik (sampai hati aku tak berapa risau) mungkin kedatangan kawan2 ke rumah pada hari Ahad dapat dipertimbangkan. Nanti aku inform later ok.

Oklah, dah pukul 4.10am pun. Esok kalau ada masa aku menulis lagi. Selamat pagi!

*Nasib baik ada laptop dan broadband Yang, dapat juga update entry. Selalu guna connection lembap, ntah nape hari ni (petang tadi pun aku ada guna sekejap tapi sempat view blog je) laju pulak. Kalau tiap2 kali guna laju kan bagus?

2 comments:

Chepoh said...

aku doakan mak ko cpt sembuh ye...insya allah...

Nur Irfan Juezrie said...

ju pun doakan mak akak cpt baik.. insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!