Wednesday, October 14, 2009

Jalan2 Tengok Wayang

Kelmarin di Sapura, aku bergandingan berdua dengan Serie. Kami memang dah berpakat dari awal untuk ambil exam PTK sama2 tahun ni. Sama2 apply & sama2 tak sempat baca buku untuk exam. Hihi.. tah pape je. Semalam seawal 6.30 pagi aku gigih keluar rumah. Naik tren seperti biasa di Asia Jaya then turun di Masjid Jamek. Naik tren lagi ke Sungai Besi. Sampai stesen Sungai Besi tepat pukul 8.10 pagi. Wah, masih awal lagi. Exam start 9.30. Plan awal aku nak naik cab je dari situ ke Sapura tapi dah alang2 Serie offer amik aku kat situ, ikutkan ajelah. *Padahal aku yang suruh dia amik aku, dah alang2 dia u-turn kat traffic light Sungai Besi tuh kan. Hehe!

Kejap je dah sampai Sapura. Hamboih Pak Guard overla tak kasik parking kat dalam. Takkan full kut, awal lagi nih. Pusing 2nd time, Serie bukak tingkap then buat muka seposen cakap takde parking kat luar. Nasib baik kereta Serie comei, Pak Guard kasik parking betul2 kat depan bangunan tau. Kagum2. So dah masuk dalam bangunan, mula2 breakfast dulu isikan perut yang sudah berkeroncong (nak jawab exam perut kena penuh wo, nanti kriok..kriok.. tak fokusla i). Aku sorang je yang breakfast, Serie dah makan roti dengan milo. Huhu.. awal2 pagi lagi dia dah cergas. Aku je yg terkial2 lembs. Pekena teh tarik & kuey tiaw goreng, tiba2 perut aku senak. Uwaa... ni memang dah kes kena qada' hajat besaq ni. Sebelum tu lagi aku dah rasa sakit perut. Ingatkan ada butterfly in my stomach, maklumlah nak jawab exam la katakan. Tapi pas 10 min pun aku masih rasa ada onar di perut, maka terpaksalah ke tandas melampiaskan hajat. Kisah di tandas, off record.

Dah settle, lega yang teramat sangat. Terus yakin nak jawab exam (poyo jeh, sebenarnya tetap tak yakin sebab tak baca apa2). Simpan sume buku dalam kabinet then terus melangkah ayu ke dewan peperiksaan. Hambek ko! Semua orang pun dah masuk dalam. Rupa2nya aku dengan Serie agak terlambat. Terhegeh2 aku isi sume maklumat dalam borang OMR tu, dahle kena hitamkan bulatan2 kecik tu. Mak ai lenguhnya! Habis hitamkan maklumat, terus kena jawab soalan pulak. Adoi.. 1 hal lagi. Banyak aku tak tahu jawapan. Terpaksala taram je. Bertambah2 lenguh tangan. Nasib baik 40 soalan je. Kalau 80 soalan macam soalan KH masa PMR dulu camno?

Okeh2 jom sambung cerita jalan2 tengok wayang tadi. Ada ke cerita pasal exam. Yang dah lepas tu.. lepaslah. Usah dikenang lagi. Exam tamat jam 12 t/hari. Pagi tu masa breakfast kat cafe, Serie tanya aku habis exam nak ke mana. Erm aku cakap mungkin nak balik ke rumah mak aje, lepak2 kat situ menunggu pukul 4.30 baru balik Jalan Kebun. Sekali Serie cakap, why not kita jalan2. Ye tak ye gak, dah lama aku tak berjalan2 dengan kawan ke shopping mall. Sejak Lin pregnant ni, langkah aku terhad sikit dari projek jelajah Jalan TAR. So aku pun terus lah setuju sambil menambah "Tengok wayang sekali nak?" Serie terus tersengih cam kerang busuk cakap "Ok gak!" Yahoo.. best woh tengok wayang dengan member. Dah lama tak kecap nikmat sebegini. (Buat muka tak bersalah sebab tak gheti2 nak balik rumah jaga anak) Hehe..

Oleh sebab Sapura ni dah dekat sangat dengan shopping complex ni, so.. marilah kita jelajah Mines Shopping Fair. Satu2nya shopping mall di Malaysia yang ada air tasik mengalir di dalam bangunannya (ye ke? aku belasah je. Abaikan kalau tak betul fakta sukati aku ni). View memang cantik, tapi bau hanyir sikitlah. Hanyir air tasik.



Jalan2 masuk dari 1 kedai ke 1 kedai. Lihat2 barang yang aku rasa menarik. Pegang2 belek2. Then keluar kedai pertama masuk kedai kedua. Tengok barang2 lagi.. kalau menarik kami puji, jelek kami keji.. gitulah pe'elnya. Seronoknye weh! Kalau keluar dengan husband tak merasa pengalaman macam ni. Siap boleh singgah kiosk jual tudung, fuh.. try2 tudung lagi. Rasa macam nak beli, erm.. tapi takkan nak jinjit masuk cinema pulak kan? So.. kita tengok wayang dulu. Filem apa?



Yezza.. kami telah menonton filem Papadom. Actually Serie yang cadangkan tengok filem ni. Aku tak kisah pun tengok apa2 cerita, asalkan tengok wayang (nampak sangat kebuloq). Sebab aku peminat filem2 Afdlin Shauki, and filem Papadom ni dah menang Filem Terbaik and aku teringin sangat nak tengok lakonan Liyana Jasmay yang menang pelakon wanita terbaik dalam filem ni, so.. oklah. Kita tengok Papadom. Jalan cerita agak slow pada awalnya tapi semakin lama semakin ok. Cerita Afdlin Shauki of course ada lawak2 selamba yang memang buat kita ketawa tak kering gusi. Aku suka watak Mat yang Que lakonkan. Memang selamba jadi budak nerd! Aku suka jugak watak Hisham Hashim lakonan Farid Kamil yang tersangat poyo. Sangat menjadi ok! (memang poyo ke mamat ni kat luar?). Mula2 aku suka jugak watak lakonan Scha, tapi masa scene mula2 time Scha hantar Mia & Yvonne ke asrama tu je. Scene tu je aku rasa best, scene2 berikutnya biasa je. Tapi scene paling kelakar ialah scene semua pelajar kelas Mia tayangkan filem pendek yang dorang buat untuk exam semester akhir. Aku rasa SANGAT KELAKAR dengan filem yang Mat (Que) buat. Tah pape ok! Tapi muka Mat sangat konfiden dengan hasil kerja dia. Muka tak boleh blah, sangat bangga! Kahkahkah... (boleh tak aku gelak lagi kuat2?)

Filem ni walaupun best, tapi tetap juga ada yang tak best. Tadi aku dah cerita yang best. Yang paling tak best pasal cerita ni ialah, tak logik si Miasara tu dapat 20A's pastu amik course senilakon je kat UiTM. Pastu si Yvonne bangsa Cina boleh pulak belajar sama2 kat UiTM. Boleh ke gitu? Kalau Afdlin lebih realistik, lagi best kut. *Tapi memang takkan real la bapa akan menyamar jadi tukang kebun semata2 nak kontrol anak kan? Hehe.. apa2 jelah. Yang penting filem ni memang menghiburkan. Yelah, dah dekat setahun tak tengok wayang kan. Kira filem ni pengubat hati aku la. Huhu..

Aku bagi 3 bintang (per 5) untuk filem ini. Harap pada tahun2 mendatang, Afdlin lahirkan filem yang lebih menarik dan lebih kelakar dan menampilkan muka2 baru (idokler asik2 muka pelakon yang sama je, buhsan sey). Wokeh, chow!

*Teringin sangat nak tengok filem Momok The Movie. Dulu aku suka sangat dengan vcd telemovie Momok arahan M. Jamil. Memang kelakar gilos (kelakar2 seram). Sesiapa ada dvd ori nanti, aku nak pinjam ek. Tq!

6 comments:

WILAYAH C.T.M said...

bawak mengucap akak..balik umah jaga anak kakkkkk..muahahahahh..giler keji+jeles ai kan kan kan..

nAnA said...

mmg sukati je mak izz nie tinggal anak die..ape punye mak la..hehe..tp xpe kak,bg can la akak nk meronggeng jap..mst akak rindu zaman2 camtu kan(zaman sblm jd mak la)..hehehehe

puan serie syasha said...

eii x salah pe p jln2 sekali sekala..maklumla, nak gak release tensen tensi ni, x gitu pn uji...

p/s: aku tolong backup ko k

yg benar:
teman skandal ko pada hari tu..

Nur Irfan Juezrie said...

wah2.. ju pun terasa gatal kaki nk g tgk wayang.. tgk iklan mcm best je cite tu..

Mak Izz said...

pu3bonda - ala u ni, kasila ai peluang sekali sekala nak bershoshial. jgn jelesss!

nana - betul tuh. kasik chance ler akak ronggeng rokiah. lagipun ntah bila lg dpt tgk wyg, mgkn ms ulang exam ptk next year kut. hihi.. *yezza betapa amat kurindukan zaman2 remaja satu ketika dulu..

temanskandal - thanks sudi layan karenah aku aritu. cmne, jd x nk beli frame dkt RM300 tu? *mieh mieh

jue - bila2 balik manjung tu, bolehlah tinggalkan irfan sat dengan mak tok & tok wan dia. mama & papa irfan nak dating tgk wayang. hehe..

puan serie syasha said...

from: teman skandal..

aa aku citer kat wan pasal frame tuh, dia diam jek, dia kata cantik sgt ke, aku kata cantik, siap ckp "abg bayangkan letak benda tu kat dinding, lawa bang, letak pic abg, adam ngan aryan, mmg smart lah" pastu dia kata tunggu la dpt less smpi 200 ke..emm zaman bila tatau ler..aku ingat nak sambar je mek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!