Thursday, October 1, 2009

Izz Checkup 6 Bulan

Sebelum bercerita pasal Izz mari bercerita tentang mak dulu. Keadaan mak dah semakin baik. Dah boleh makan dan tidak muntah2 lagi. Ipai cakap, mak dah ok tapi dia pulak yang tak ok. Sakit pinggang & ngantok giler (sebab dah 2 malam hanya dapat tidur2 ayam di kerusi sahaja). Nasib baik ada Ipai untuk menjaga mak di hospital. Terima kasih yang tak terhingga! (taktaulah berapa lama lagi Ipai boleh ponteng kerja, huhu..)

Ok cerita pasal Izz. Selasa lepas 29 Sept tarikh checkup Izz untuk umur 6 bulan. Aku sampai rumah lebih kurang pukul 5.40 petang. Tunggu abah Izz balik kerja sampai dalam 6.15 petang camtu. Terus bawak Izz ke klinik. Sampai di klinik je ada 2 parents sedang menunggu giliran. Checkup sebelum ni, Izz menangis masa aku bukakan baju dia, tapi kali ni dia tak menangis. Alhamdulillah..

Hasil checkup, berat Izz meningkat dari 7.1kg ke 7.7kg (naik 600 gram), panjang dari 65cm ke 70cm (wow, naik 5cm), ukur lilit kepala dulu 40.5cm naik ke 42cm (naik 1.5cm) dan ukur lilit dada dari 41cm ke 43cm (naik 2cm). Makin besar dan panjang. Pertumbuhan yang memberangsangkan. Syabas! Tapi Selasa depan Izz dah masuk 7 bulan tau. Nanti aku tulis tentang perkembangan Izz ye.

Semalam ada injection. Izz menangis masa kena cucuk je. Nurse kata inject semalam tak demam so Izz tak perlu makan ubat demam (yes!). Jom tatap wajah Izz umur 6 bulan nih dalam pelbagai gaya (yang merepek).


Gaya seorang profesor serba tak tahu (spek ada koala occay. Sila jeles! Apa tak nampak? Tunggu jap)


Ar.. nampak tak? Sepasang tau. Kiri jantan, kanan betina. Makhluk Allah ni kan semuanya dicipta berpasangan. Gitu.. (Halamak, camne gambar boleh tak penuh frame ni. Aisey.. tak cantik dah. Tapi malaslah nak ubah. Bior je ek)


Gaya nerd. Bijik mata pun tak nampak. Erm.. Izz pakai spek ni kan, ada ghupe macam abah tak? *Sibuk je tangan Kak Long Dian ni.


"Wah ramainye peminat saya. Anda mahu autograph?" --> gaya seorang selebriti poyo.


"Sudah2, kalau setakat mahu tahu cerita dalam kain saya, tak perlu interview. Sudah, pergi dari sini!" --> gaya artis kena terjah dengan Abg Nas.

Next checkup Izz 8 Disember nanti untuk usia 9 bulan.

*Hari ni aku masih bekerja seperti biasa. Along yang cuti hari ni. Tadi aku dah apply cuti. Kalau lulus, confirm esok aku akan jadi babysitter untuk 5 orang kanak-kanak dan seorang bayi. Pray for me!

1 comment:

Nur Irfan Juezrie said...

wah2.. esok jadi babysitter ye? Gud luck akak!! so cute izz bercermin mata.. npk mcm profesor (bos auntie ju)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!