Assalamualaikum semua :)
Wah.. nampaknya begitu ramai sekali yang prihatin dengan Wordless Wednesday aku hari ni. Betul gak tu, kalo pak polisi nampak mesti kena soal-siasat kan? Bukan per, keselamatan tu yang penting. Walaupun ramai juga yang naik motor bertiga (terutama parents yang jemput anak2 balik sekolah dengan motor) tapi kanak2 tu kecil aje saiznya. Kalau dah saiz bear tu lagi besar dari saiz orang, ekekek... pepaham jelah. Hopefully adik tu selamat sampai ke rumah dengan abah dan bear pinknya :)
Hah ingat tak lagi entry Langkawi Trip 2011 aku sebelum ni? Sila refresh memory anda dengan mengimbas kembali entry tersebut. Sebabnya entry kali ni adalah sambungan entry hari tu. Sebelum cerita dan gambar menjadi tukun tiruan, meh nak share kat blog ni walaupun korang tak mintak (aku pedulik haper) Muehehe...
Sambungan cerita:
Selepas bebudak menikmati keindahan pantai tanpa ibunya, malam tu kami keluar mencari sesuap nasik (confirmla bukan sesuap kan). Plan asal nak makan sedap2 maklumlah malam terakhir sebelum berpuasa keesokan harinya (ye tak tipu. Esoknya tu adalah 1 Ramadhan ok), tetapi... plan berubah menjadi beli makanan tapau sahaja. Sebabnya abah Izz diserang sakit kepala melampau. Drive pun mata dah berpinar2. Alamatnya terpaksalah makan malam di bilik hotel sajer (sedeyyyy). Takpelah...
Hari ke-2
Yay... walaupun berpuasa, percutian tetap diteruskan. Seawal pagi, abah bebudak membawa budak2 ke pantai sementara aku bersiap2. Wah macam datin sangat, bersiap tanpa gangguan gituk. Apa la aktiviti budak2 dan bapak budak ni kat pantai ek?
Sempat bercamwhore ye?
Pasukan kuda belang :)
Oh ni kerja korang ye. Saborrrr jelah Pak Jabit!
Balik dari pantai, abah bawak bebudak keliling hotel.
Dua beradik. Kadang baik, kadang gaduh. Biasaler.
Nampak Izz dah besar kan? Hasanah ragu2 nak langkah lantai astaka tu.
Ok mak dah siap. Jom naik kereta kita pergi jalan2.
Perjalanan diteruskan ke destinasi pertama untuk hari kedua iaitu ke Taman Lagenda, Langkawi. Tapi kami tak masuk dalam taman pun sebab tak larat nak dukung Hasanah (malas nak keluarkan stroller). Ambil gambar tepi laut jelah k. Cuaca adalah sangat baik dan tenang. Pohon nyiur melambai2.. angin bertiup sepoi2 bahasa (tipu. Sebenarnya tiupan angin adalah sangat kuat ok!) Nasib baik tak melayang :B
Subhanallah!
Cantik kannnnsss?
Beautiful view
Beautiful people *ops!
Anak dara dan mak dara di bawah pokok kelapak
3 little teddies (yg baju hijo tu little kerrr?)
Kemudian ke destinasi seterusnya, mercu tanda Langkawi. Sape dapat teka dia terror :)
Ok dah sampai
Keterujaan yang melampau!
Singgah sebentar berphotogrup. Abang Izz tak reti duduk diam :(
*kasi chance la kat uncle belakang tu enterframe
Mercu tanda Langkawi ^___^
Photogrup again. Jauh sangat kan? Tak suker tak suker :(
Korang tengok Hasanah. Macam tak ikhlas je amik gambar dengan aku T..T
Menjulang sebelah tangan. Hebat mak ko nak! ^___^
Hahahak! Korang dapat bayangkan tak kepenatan kami?
Nak kasi budak2 ni hepi semula, celup2 tangan dalam air. Sekali dia nak kaut masuk mulut aishhhhhhhh...
Teruskan perjalanan dengan hati yang riang
Thanks abah merancang percutian surprise ini :) *muka lebor pun sanggup tayang janji hati hepi :p
Kejap hepi, kejap menyinga. Kejap memuji, kejap merungut. Lenguh tangan mendukung oi...
Hasanah masih bad mood
Ok kena dukung macam ni baru ceria sikit. Abah pulak yang kepenatan.
Mak kewl aje hahahak! (yolah tu)
Nampak sangat ambil gambar paksa. Kesian Izz :)
Bukan kat rumah je memunggah, kat Dataran Lang pun masih sempat mengebek segala macam benda. Saborrrrr....
Bajet comel. Teknik photography kata abah Izz.
Mak pun nak jugakkkk. Hasanah apsal jelir lidah?
Selesai berjimba di Dataran Lang kami teruskan perjalanan ke shopping mall di Pekah Kuah (lupa dah namanya). Ada la beli barang2 sikit. Eh macam dah banyak sangat aku cerita dalam entry ni. Nanti korang tak sempat baca betul2 pulak (penting kerrrrrrrrrrrrrr?) ^_________^
So... bersambung lagi lah ye. Hikhik... (gelak ngengada) Bye :B
11 comments:
wohhh..ingat ingat..lupe nak tanye bile ko nak sambung..hmm..nape ko tak berbelang jugak noks?!!pastu..nape ko tak bagi gambar korang ber4 yang kat Dataran Lang tu!!gambar tu crop skit,pasti cantek..rugi rugi..
aku nak plan pergi lagi la..ade benda tercicir nk dibeli ritu..hehhee..
nak tanya skit...masa kat langkawi tu nginap kat mana yer? sb cik ura2 nk bercuti ke langkawi...
syoknya!!!! bestnya!!!
bila dpt bercuti dgn org tersayang, mesti hati berbunga riang kan.. gembira tu terpancar kat raut wajah.. so gmbr pun nmpk ceria terus..
yuhuuu... wah, jaki nmpkny dh mula bersifat romantis dgn mengatur percutian secara surprise... gud2x!!
bercuti di bulan pose byk dugaannya... kene kawal nafsu dr segala sudut... nafsu shopping, nafsu marah, nafsu mkn n nafsu serakah.. ^___^
hasanah kadang2 nampak comel cute saje..kadang2 nampak muka garang pulak..comel..hihihihi
Cepat citer lagi ek.. Nak gi Lnagkawi gak bulan depan..
Sudah folo juger.. salam perkenalan..
Aduuuu lama nye xpg Langkawi. 1st time pg masa zaman anak dara ala2 body tgk mengiurrkan.... hahahaha Seronok la jln2 bsama keluarga. Even xde aktiviti shopping pn xpe.. huhu..
Bila kah sy akan smpai disitu lg~~ aaaaaaaa
awat Mak Izz xmsuk tema belang2???huhu
Langkawi tetap di hati... 2 kali ke sana, ttp nak gi lagi. :)
Salam Izz.Nak tye Izz masa ke kuceng dulu stay kat Harbour View kan.Ok tak hotelnya..tie dok baca kat blog katanya bathroom dia xde paip air..ye ke
tie - salam. paip ada tp hose (salur getah) yg xde. mungkin boleh minta gayung dari housekeeping. susah wo takde hose.... ^__^ kalo ada pilihan, book la hotel lain.
Post a Comment