Friday, October 7, 2011

Terima Kasih Pakcik

Setiap hari aku akan menaiki LRT untuk ke tempat kerja. Dan setiap hari juga suami terchenta akan menghantar aku ke LRT dengan motosikal EX5nya. Untuk tidak memanjakan aku, suami hanya akan dropkan aku di hujung simpang jalan menuju ke LRT. Aku dikehendaki untuk berjalan kaki lebih kurang 200 meter dan mengambil masa kira-kira 3 minit kalau berjalan kaki  biasa. Kalau ketwok ala badak air mungkin akan mengambil masa lebih sedikit :)

Pagi tadi, seperti biasa dia menghantar aku ke hujung simpang jalan tersebut. Sebaik sahaja kaki melangkah untuk melintas jalan, tiba2 sebuah teksi berhenti betul2 di hadapan aku. Tingkapnya tidak diturunkan. Aku perasan tangannya menggamit2 menjemput aku masuk ke dalam teksinya. Aku taknaklah, sebab dah dekat sangat. Baik aku jalan kaki je, pehal pulak nak naik teksi tak pepasal nak kena keluar duit. Jadi aku geleng2kan kepala tanda tidak mahu. Pakcik menggamit lagi dengan senyuman ikhlas terukir di bibir. Haish.. apa aku nak buat ni? Nak ikut takut pakcik tu berniat jahat. Nak tolak, tak sampai hati hampakan pertolongan pakcik tu (eh confirm ke pakcik tu sekadar menolong?) 

Last2... cuba ko teka aku naik teksi tu ke tak?

Pandai pun. Mestilah aku naik teksi tu. Kalau tak, takkanlah tajuk entry Terima Kasih Pakcik. Mesti jadi Terima Kasih Sajalah Pakcik... Hahaha...

Aku pun naiklah teksi tu dengan harapan pakcik ni berniat baik. Aku tengok raut wajah dia yang bersih tu hem.. confidentlah jugak. Tak sampai 2 minit dah sampai LRT, aku ni pun dalam hati tertanya2 nak bayar ke tak eyh. Kalau bayar macam berlagak, kalau tak bayar lagilah macam haper kan? Last2 aku pura2 letak tangan kat handbeg (sebenarnya dalam hati dok harap janganlah pakcik ni mintak duit.)  Pastu pakcik tu cakap "Eh tak payah.. tak payah.." Apa lagi tersenyum simpul ler aku seraya berkata "Terima kasihlah pakcikkkkk...." Dalam hati sebut (lain kali tumpangkanla saya lagi) Hehehe... tak malu!

Waktu aku tutup pintu teksi tu hati aku terdetik alahai.. tak sangka masih ada insan yang baik dalam dunia ni. Terima kasih banyak2 pakcik, kerana pakciklah mood saya happy giler hari ni. Saya doakan pakcik dan keluarga pakcik sentiasa dimurahkan rezeki dari Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik sampai bila-bila.

^____________^



Agak2 kalau pakcik teksi tu muka gangster macam ni korang nak naik tak teksi tu???









Dah agak dah....  mesti korang naik kan? HAR HAR HAR......

9 comments:

Fara said...

Baiknya pakcik tu. Ke dia suka tgk awak yg comel dan gebu? Haruslah kita was-waskan? Alhamdulillah, pakcik tu ikhlas dan jujur.

Tapi klu pakcik tu mcm gangster kat bwh tu, sy tak inginlah...

Mak Izz said...

wakakak (gelak dulu). xlah, sy rs pakcik tu nk kutip pahala hr jumaat kut :) harusssss was-was, keselamatan diri harus dijaga apatah lg bila berseorangan begitu.

tak hingin ek? sy ponnnnnnn... hihi haha..

AzaLea said...

baeekk ny pak cik tu... dh kawin ke blum yer?? kihkihkih...

kalo driver teksi muke mcm ady putra tu, kompom sy naik... ahaks!!!

Kamariah Awang said...

Hahaha... tak nak jawab ah! Nak gelak ajeee.. Hahaha, kelakarnya mak izz ni..
Kompen dah baca n3 ma kn? Takkan tak ternampak nama Uji terpampang antara yang ramai2 tuu!? So, camane... sahut cabaran The Versatile Blogger? Amek lah award tu, ma nak bagi pada Uji, k?

jackapron said...

honda wave lah

Mak Izz said...

azalea - akak sempat jeling tgk pas id teksi pakcik tu, dia lahir tahun 1951, means dh 60thn. mestila dah kawen tp xtaula menduda ke atau msh beristeri. awat? awak berminat ke? yg br blk dr kuching tu nk campak mana? hahahaha... (pantang muka ady putra laju je ko eyh. kalo perogol bersiri camne?)

"don't judge book from it's cover"

k'kamariah - ala ma ni, saje xnak jawab sbb sy tau... (mesti kata nak naik kan?) muahaha! a'ah dh bc, terpaku sy membacanye sbb seronok sgt mcm2 cerita! mmg teringin nk buat tag tu. dh alang2 ma kasi award, CONFIRM sy sahut cabaran! tunggu entry selanjut2nya. insyaAllah! *thanks for the award :P

jack - honda wave ek? bkn EX5? malewww.. (nampak sgt i x rempit) u ptt bersyukur ^__^

Deqna said...

pakcik tu memang baik lah.. .tak yah awak penat nak berjalan kan..

tapi sekarang ni memang kena berhati2 ramai org jahat dari org baik kan..

Rose Khadijah said...

noks..aku rasa pakcik yang sama tumpang kan aku gak la..hehehe..tp lupe lak figure nye camner..2taon lepas...ms masa tu aku tgh peknen, melintas dari parking nak ke LRT tu..
hehehe..mekasih pakcik!..

Mak Izz said...

k'deqna - tulah. ada juga insan yg masih baik hati dan suka menolong tanpa dipinta. betul tu! kena sentiasa berwaspada walaupun muka kacak ala ady putra :)

rose - ye ke??????? x sangka kan. pakcik ni pakai kopiah. walaupun umo dh 60 thn tp wajah bersih, x nampak tua sgt. mekasih mekasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!