Saborrrrrrrrrrrrrrrr jelah. Punyalah semangat subuh2 tadi aku transfer gambar dari laptop Yang ke pendrive. Ingat nak update la entry baru (beserta gambar2 fresh dari ladang). Sekali check punye check takde ko!!! Agaknya masa transfer pagi tadi tu mamai2. Dah habis transfer bergegas pulak siap2 nak pergi kerja. Tak sempat nak check gambar dah masuk dalam pendrive ke belum. Sabor.. sabor.. Oleh itu, korang pun saborlah ye menanti entry eksklusif Jelajah Kuarters Putrajaya Sempena Raya 2011. Haaaaaa.... dengar tajuk entry pun dah masyuk kan. Apatah lagi ceritanya. Saborrrrrrrrrrrrrrrrrrr!
Oleh sebab aku takde bahan nak update hari ni. Mehla Mak Izz kongsikan tentang 1 perkara yang baik. Ramai yang dah tahu perkara ni tapi tak ramai yang amalkan. Mak Izz pun dulu2 ada juga buat tapi sejak berumahtangga dan ada anak-anak ni (tak buat dah) T .. T
Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."
Di dalam hadis, Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari! Subhanallah...
Kaum Hawa sila baca ini untuk peringatan kita bersama :)
Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?
Sobs... (terkenang dosa2 lalu) T .. T
Korang... jom puasa nak?! Aku dah start semalam :) InsyaAllah nak usaha sedaya-upaya untuk dapatkan 6 hari puasa dalam bulan Syawal ni (tapi aku niatkan qada'). Lepas2 ni nak cepat2 ganti puasa tak mau tunggu saat2 akhir dah. Katakan tak mau kepada sifat malas!
"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.
3 comments:
amin..insyallah boleh kak..saya pun byk nak ganti nieh..13hari..insyallah bile dh ok ciket nieh...nak direct pose.. (leh kurus sikit)... n_n..
mujur sy tinggal pose sehari jer... br ingat nk start esk.. thanks utk info n ilmu yg berguna ni...
emma - insyaAllah kan. kalo dah pasang niat, kenalah usaha. usaha sedaya-upaya! emma 13 hari, akak 16 hari !@#$$%&*&^% :) chaiyok chaiyok!
lea - moh sama2 kita mengqada' posa. bila tinggal posa 1 hr je maka peluang utk buat posa sunat lebih cerah. moh moh!
Post a Comment