Wednesday, September 21, 2011

Jamuan Raya KPKK 2011

Assalamualaikum semua!

Last week (dah lupa pulak hari apa) Kementerian aku ada buat jamuan raya. Lokasi makan-makan adalah di Kompleks Kraf, Jalan Conlay. Curlassss... Aku memang dah berhajat dari awal nak turut serta. Last year punya jamuan raya aku tak dapat join (takde transport). Tahun ni transport disediakan, pukul 1.30 aku dah terpacak depan KLMU. Hehe.. semangatttttttt!!!

Konsep jamuan hari raya tahun ni sama seperti tahun2 lepas. Setiap jabatan/agensi dikehendaki menyediakan 1 menu di setiap gerai masing2. Tahun ni Jabatan aku menyediakan gerai Nasi  Beriyani yang rasanya aku tak tahu sebab aku tak makan pun (hehehe).

 Staf Jabatan yang bertuah dipilih sebagai petugas gerai. Salute habis la kat u ols!

 Di belakang gerai, awek cun (ibu kepada 3 orang anak) tetap memberi pose manja walaupun peluh jantan betina fonen semua dah keluar akibat gigih mencedok nasi untuk ratusan tetamu.

Zihan dan Kak Jizah, petugas bertuah dari BMKK. Ngehngeh... Berkhidmat Untuk Negara. Luv u ols!

Jom jengah gerai-gerai lain nak? Gerai memang banyak, menghidangkan pelbagai jenis menu. Tapi aku pilih2 jelah menu apa nak makan. Takkan nak makan semua, mau muntah. Cakap banyak tak guna, jom tengok gambar.


Gerai buah-buahan. Aku lupa agensi mana. Terbaiklah gerai ni sebab buah2 dia semua sedap dan manis.

 Antara banner gerai yang menarik perhatian. Gegar Raya ko! Oleh RTM yang menyajikan menu lemang, ketupat, kuah kacang dan rendang.

Rasa kuah kacang boleh tahan, rendang daging sedap giler (lembut weh dagingnya), rendang ayam so so je sebab isi ayam banyak hancur. Tak dapat amik gambar menu sebab orang tengah ramai beratur, tengok gambar abang cedok menu pun jadilah kan?

 Gerai rojak oleh Filem Negara Malaysia

 Gerai murtabak dan roti jala oleh FINAS

Gerai Minuman oleh Perpustakaan Negara Malaysia (ada air tin teh boh ada umph, teh tarik dan sirap selasih). Rasa teh tarik memang kawwwwww, sirap selasih rasa manis2 buah, okla tak manis sangat.

 Gerai aneka sup dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Sepanjang jamuan berlangsung, tentulah halwa telinga kami disajikan dengan nyanyian lagu-lagu raya dari beberapa artis tempatan yang belum lagi popular (mungkin tak lama lagi) Hehe... Persembahan nyanyian diselang-seli dengan 5 orang pengacara, 3 orang tu popular la jugak. Nak tahu siapa boleh tengok gambar kat bawah nanti.

 Pemenang Bintang RTM tahun 2009 (nama dah lupa)

 Naib Juara Bintang Klasik Nasional (tak ingat tahun ni punya atau tahun lepas)

 Juara Bintang Karaoke peringkat apa tah (pun dah lupa)

Hah inilah 3 pengacara yang popular tu. Agak2 kenal tak? (saje letak gambar pandangan sisi soh korang teka)

Shilla anak si ND Lala pun ada jugak masa jamuan ni tapi aku balik awal tak sempat nak dengar dia nyanyi. Suara semua penyanyi adalah lunak merdu, kalau tak lunak merdu macam mana boleh menang pertandingan menyanyi kan? 3 pengacara kat atas memang lawak giler, aku siap tercongok bawah khemah nak tengok gelagat dorang. Rasa macam taknak balik nak lepak terus kat sini. Tapi of coursela tak kan. Kena balik ofis semula menyambung tugas terbengkalai. Sobs T..T

Bercakap tentang menjamu selera kalau tak pampang gambar makanan adalah tidak sah. Antara menu2 yang berjaya disumbat ke dalam perut pada hari tersebut.

 Hidangan pertama. Lemang dan ketupat beserta rendang. Kaler gelap tu lah rendang daging yang meruntun perut.

 Hidangan kedua. Charkueytiaw panasssss. Slurrrrrrrppppp.... hingga menjilat sudu dan garpu!

 Hidangan ketiga. 6 cucuk sate, sape pakai susuk sila buang lidi dulu okeh!

Hidangan ketiga. Kek gulung pecah2 heheh!

Pastu ada lagi benda aku makan macam jajan2; kerepek, kekacang etc. Makan 3 hidangan utama ni confirm2la perut sengkak kan. Terima kasih jamuan raya kerana berjaya memenuhi tuntutan perut. Kehkeh :) Ramai tak yang hadir ke jamuan ni? Tengok gambar di bawah dan nilailah sendiri ye.




Sampah sarap di atas bukan kami punya ye :)


Last sekali haruslah gambar tuan tanah dan kawannya, Kak Jeeva.

Kesimpulannya jamuan raya KPKK tahun ni adalah best seperti tahun2 sebelumnya. Walaupun tetamu ramai mencecah ratusan orang namun kerusi dan meja tetap cukup untuk kami semua. Walaupun cuaca agak panas namun kipas angin besar ada pancutan air ala dekat Starbucks di segenap ruang sangat2 menyamankan. Menu pun mostly sedap2 (mana yang aku sempat rasa la). Alhamdulillah...  majlis berjalan dengan jayanya (ceay.. pepandai aku je agak2)

Menjelang 3.30 petang, rombongan kami beransur pulang dengan wajah yang ceria, senyuman yang manis dan perut yang comei macam mengandung 4 bulan. Byebye semua.... jumpa lagi jamuan raya tahun depan. Adakah di Putrajaya??? Hanya Menteri akan menentukan... hehehe :)

8 comments:

watyz said...

best nye dpt makan mcm2...

AzaLea said...

dasat lah open house KPKK.. ari ni open house JPM... moh ler trn cni..

WILAYAH C.T.M said...

bestnyer tgk open house kem/jab lain.kem kite cikai habihhhh..sedehhhhhhhh.(srettttttt hinguih jap...).meriah btul uolls kan..

Liza Razak said...

grand gile open house..kalau saya pegi,balik rumah confirm naik 2 kilo..hehe

Nur Irfan Juezrie said...

bestnya jamuan akak.. byk jabatan leh buat style gerai tu kan? then pilihan food pun byk la.. hihi..

Mak Izz said...

aty - eat all u can. makan sampai pengsan kalo lalu :)

lea - open house kami owez dasat mcm org2nye juga :). ala... x leh pegi (takde transport)

sirim - jgn sedehhhhh.... mehla tukar tmpt akak, bln dpn ofis akak pindah putrajaya (boleh akak tukar ke shah alam dgn bahagianyer). tiap2 thn leh sambut raya hover dgn jabatan/kem!

liza comel - very the grand dik, menteri turun rasmi. ala.. naik 2kg setahun sekali je time raya :)

jue - super best! ha'ah pilihan food terlalu byk sampai jd eksen dan tak terliur pun tengok (tp malam mimpi2 pulak) aisey... wait my next entry "jamuan raya jabatan 2011" perghhhh....!!!

Kamariah Awang said...

Aduuuiii... sungguh berbaloi2laa Mak Izz...! Hihihi...

Rose Khadijah said...

yang ini memang seronok..yang tak seronoknye aku tak dapat join le nok..

:-(..SYMP...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!