Tuesday, September 20, 2011

Jelajah Kuarters Putrajaya Sempena Raya 2011: Rumah 4, 5 dan 6

Woh.. berjaman nak abis cerita jelajah ni. Cerita pending pun banyak. Kalau aku tak sambung cerita ni hari ni, esok lusa makin banyak cerita pending. Maka.... moh sambung cerita. Sesiapa sudi membaca, sila buntangkan mata anda 0-0

Rujuk entry lepas untuk refresh kembali memori silam anda. Usai beraya di rumah ke-3 iaitu rumah Mr. G, projek jelajah diteruskan ke rumah yang ke-4 iaitu di Presint 9. Rumah siapa? Rumah kawan sekolah menengah aku dulu, si Serie. Di rumah Serie kami dihidangkan bihun sup meatball. Pergh....!!! Terbaek wok... Aku sekadar menjamah sebab dah kenyang yang teramat. Air pulak ada teh o dan soya bean (bukan Mr Bean) Tak lawak? Abaikan :(

Di rumah Serie aku tak sempat keluarkan kamera maka tiadalah gambar. Harap maklong! Sempat mandikan Hasanah dekat sini sebab dah berlengas ya rabbi. Nak mandikan Izz dia taknak (dah besar la katakan.. panggil mandi dah pandai menjawab taknak. Ok takpe, badan miang tanggung sendiri!) Sempatla borak2 sekejap dengan Serie dan maknya then teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke rumah kawan masa sekolah rendah dulu, Zaimah di Presint 14.

(Nasib baik ada tourist guide maka takde chance langsung sesat jalan). Terima kasih tourist guide! ^__^

Di rumah Zaimah, dah dekat masuk waktu Maghrib. Zaimah hidang mee goreng dan air coke. Hehehe... tak tau nak sumbat mana dah mi goreng tu. Nak sumbat dalam handbeg kang tetamu terlampau pulak. Maka sekadar menjamah je (hahaha... tetap nak jamah kan). Menghormati tuan rumah lah! :) Sementara menunggu giliran menunaikan solat Maghrib sempatlah snappy2.

 Fara dan Hasanah (dipegang oleh Zaimah). Zaimah menyorok sebab malew :P Budak berdua ni sebaya tau!

Fara yang putih melepak dan mata bulat dan Cik Adha dia yang dot dot dot

Kata snappy2 tapi aku letak 2 keping jelah ek sebab gambar2 lain macam tak tau nak letak caption apa :) Selesai bersalam2an dengan tuan rumah (sempat bancuh susu untuk bebudak), jelajah kuarters diteruskan ke destinasi terakhir iaitu di Presint 15. Kuarters ni special sket sebab rumah teres 2 tingkat.

Tuan punya rumah adalah Emma, classmate masa di poli dulu bererti classmate Lea juga. Sampai rumah terakhir ni aku dan Lea dah terduduk sebab perut memang full yang amat. Tak tau  nak cakap camne dah. Tiba2 Emma jemput makan, sekadar menjeling ke meja makan tengok2 ada lemang, daging masam-manis (agaknya la) dan ayam masak merah yang kelihatan mengiurkan. Tak lupa apam polkadot yang berinti coklat, blueberry dan strawberry. Arghhhhhhhhh.... Mengapa menu yang berbeza u olssssssssssssss???? Akhirnya aku jamah juga berdua dengan Farizal :) Lea dah surrender padahal akak tau dia terbayang lebihan kueytiaw dan steamboat kat rumah tadi. Hahahakkkkkkkk gurau je tau diknon!


Yang tengah2 tu Emma, dukung anak daranya Shifaa. First time dapat jumpa Shifaa yang comel gebu. Budak ni kan memanglah tersangat comel sebab pandai buat memek muka. Fizoe steady je melayan anak. Hehe.. boleh menang tokoh bapa mithali ni :)

 Mula2 Shifaa ok je tapi lama2 mengamuk pulak. Masa ni Shifaa tak berapa sihat. Amboi Cik Lea kemain hepi lagi dapat peluk budak 2 orang ni. Testing dapat anak kembar ye?

Gambar terakhir untuk rumah terakhir. Oh perasan tak masa ni Ros and family takde sebab kami berpisah masa di rumah Zaimah. Ros nak beraya rumah kawan Farid pulak di Presint 18.

Maka tamatlah entry Jelajah Kuarters Putrajaya Sempena Raya untuk tahun ni. 3 episod ko! Mudah2an tahun depan kita dapat teruskan lagi projek  ni. Mungkin boleh dibuat dalam tempoh 2 hari (Sabtu dan Ahad) dan boleh ziarah ke rumah kawan2 lain pula yang tak sempat nak ziarah. 

Korang.... rumah akak bila nak jelajah? Jeng jeng jeng.... ^__^

6 comments:

Kamariah Awang said...

Dah lama betul tak kePutrajaya.., tak ada kawan dan kenalan pun iya...

AzaLea said...

Kak kamariah : next year blh join geng kami jelajah putrajaya k.. blh jd kawan br kn...

Mak Izz : Finally, tamat sudah cerita jelajah berepisod ni.. InsyaAllah, kami serbu umah akak RAYA HAJI yg ke 4.. blh mcm tu??

Mak Izz said...

k'kay (ceay nm glamer sy bg) - hah kena geng dgn kami la nampaknye ma, br ada geng di putrajaya :)

lea - wah... korang dh plan awal ye. bagus2 datanglah! rumah akak takde jamban emas untuk disorokkan pon :P

puan seri said...

bukanker ari tuk duk berposing, cheh...

Mak Izz said...

puan seri - hah kita posing aritu guna kamera ros. aku mintak kt dia gmbr tapi mmbr bz. xpe2 nt dh dpt gmbr tu kt tgn aku, aku haplod kt fb pastu tag ko k. hehehehe....

Rose Khadijah said...

yeerrr...aku da kureng tahap kebizian..nnt aku bg gambar tu eh..sowiii..

mak izz & lea:..sesi penjelajahan macam ni kene dijadikan acara tahunan..jom kumpul reramai blogger/kawan/kenalan di putrajaya, kite serbu 3hari 3 malam...setuju ehhhhh...

lea:..ko datang umah mak izz raya haji ke 4..awal muharam ko datang umah akak lak yer..hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!