Thursday, September 22, 2011

Jamuan Raya Jabatan 2011

Jangan tersilap tajuk dengan entry sebelum ni. Jamuan Raya KPKK 2011 dan Jamuan Raya Jabatan 2011 adalah 2 jamuan yang BERBEZA. Semalam Jamuan Raya Jabatan 2011 selamat diadakan di Dewan Bestari, Tingkat 10. Korang boleh rujuk entry Jamuan Raya Jabatan 2009 untuk warm-up (hahak perlu ke?)

Sebelum cerita perihal jamuan moh nak eksen pasal gerai kami. Tahun ni Bahagian aku telah diamanahkan untuk  menyediakan dessert kepada tetamu. Mastermind gerai adalah Wani dibantu oleh kawan2 yang super ohsem! Gerai kami berkonsepkan henglish style bertemakan warna purple, pink dan putih. 

 Welcome board hasil kerja tangan Putri

 Wajah keseluruhan gerai kami. Kiri kuak rambut, Putri dan yang comel belah kanan tu Wani. Dua2 ibu mengendong :)

Lantern pelbagai saiz menambah 'kemanisan' hiasan gerai kami. Sila setuju cepat!

 Cantik tak?????

 Membuka selera tak?????

 Nak tayang menu dessert kami. Boleh baca sendiri untuk mengenali jenis dessert :) Apam polkadot rasanya hebat sekali! Tekstur apam sangatlah lembut tapi tak berderai u ols.

 Puding karamel yang gebu dan penuh sampai ke penutup. Tak kedekut langsung.

 Kuih tako ni ya Rabbi.... makan sekali, nak 5 kali!

 Dua kuih ni pun sedap, ramai yang puji. Lebih2 lagi tak manis rasanya sesuai untuk pengidap diabetis

Kuih J.Lo (lopes) adalah terbaikkkkkk...

 Colourful candy stick sebagai buah tangan

Dan tak lupa, bungkusan cenderahati dari BMKK (wajibul)

Jom tengok suasana sekitar jamuan

 Rajes di gerai lontong oleh Bahagian PSP

 Aneka salad dan sandwich oleh Bahagian PDN

 Mama Aqilah dari Bahagian KPK busy menghidangkan cendol & ABC kepada para tamu

 Gerai paling sesak dari Bahagian PSP menyajikan sate ayam dan daging (nak amik gambar pun susah)

 Bahagian PKPM dan gerai Nasi Beriyani

 Tak lupa, gerai minuman (air mineral, teh tarik dan sarsi) oleh Bahagian KPK juga

Kak Aishah dan Sara di gerai buah2an dari Bahagian Antarabangsa

 The crowd 1

 The crowd 2

 The crowd 3 (ada kenal sesiapa tak?)

Zihan n me (pose macam ni nampak tangan aku besar giler)

 Mimi (student praktikal dari UiTM) dan tuan punya kamera (sebab tu gambar dia aku letak 2 keping)

 Dengan UmmiRayyan yang sedang bergegas untuk  bekerja di luar (sian ko nok)

 Photogroup dengan sebahagian staf BMKK (will miss Rani and Elviza after this)

Hebat tak Jamuan Raya Jabatan mak uols???? Tiba-tiba rasa bertuah pulak bekerja di sini. Alhamdulillah... inilah sambutan raya terakhir kami di KL. Bulan 10 ni Jabatan aku akan berpindah secara berperingkat ke bangunan baru di Kompleks Penerangan, Putrajaya. Aku pun tak tahu lagi sama ada masih kekal di sini atau  bertukar ke tempat lain. Apa2 pun, persahabatan dengan kawan-kawan sekerja di BMKK dan di Jabatan insyaAllah akan tetap erat sampai bila-bila ^___^

Eh lupa pulak nak bagitahu, antara menu yang menjadi santapan tekak aku adalah lemang dan rendang (lemang kerak dia keras sket tapi rendang memang sedap), sandwich (rasa sandwich la kan), satay (4 cucuk je) dan mi rebus (oh la la....... heaven!). Lelain tak rasa pon. Even dessert gerai sendiri pun makan masa dah lewat petang (makan kat ofis je). Kesimpulannya semua menu sedap alhamdulillah....

Sekian tamatlah entry Jamuan Raya Jabatan 2011. Tunggu esok lusa punya update eyh. Cite pasal makan-makan lagi kah? :) Boiii....


10 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

akak.. serius mmg best jamuan raya akak.. mcm ju kata.. tmpat akak byk bahgian mmg best buat hawker style ni.. org tu buat lain org ni buat lain.. n gerai akak pun best.. dessert ok!! heaven... ju suka.. pink putih n purple tu.. lantern pun cntik.. sapa buat?? nk tempah leh x?

Puteri Satu said...

satu akak nak tanya... board tulis BMKK tu kan...beli kat maner...??? dah lama benor cari board cenggitu.. senang aqilah nak conteng..ngeee....

Mak Izz said...

jue - terima kasih atas pujian yg melambung2 itew. nt akak tny si wani eyh. diala mastermindnya. hehe..

puteri 1 - hah.. akak mesti suka kalo sy ckp board tu beli kt IKEA. RM99 je. check sini for details http://www.ikea.com/my/en/catalog/products/30167852/

watyz said...

waaa... aku yg tgk pon rasa meriah. best nye la hai...

Mak Izz said...

aty - mmg meriah sgt. awat x mai? ^__^

AzaLea said...

sgt kreatif lh org2 kat bhgn akak... sy tgk dh tak mcm kat open house... dh mcm tapak gerai usahawan muda.. syabas mere beh tei..

Mak Izz said...

lea - ye x ye gak eyh. tp kena ubah sket ayat tu "tapak gerai usahawan muda dan tua" kang kecik ati pulak akak2 senior kt ofis tuh. hehe..

AzaLea said...

hehehe... btul tu... junior n senior..

***tetibe teringat kat projek usahawan last sem dulu... saffron le' gardeess..

Rose Khadijah said...

hmmm...:-)..

:SERONOK TENGOK KORANG YANG BEST TU"

sekian!!!...

Mak Izz said...

lea - hahak. gedik sungguh nama grup kita tu. satu2nya grup yg hantar RP kt en. shamsul. lelain???

rose - heheh.. jgnla sedey nok. mek tau ofis nok dikorbankan demi menjayakan jamuan raya ni. x lama lg kta sume pn akan berpindah hopefully tmpt baru nt lebih aman damai dan bahagia. sabar ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!