Wednesday, September 14, 2011

Jelajah Kuarters Putrajaya Sempena Raya 2011: Rumah 1

Salam semua.... hari ni aku tak berapa sihat. Runny nose (again). Sebenarnya nak update entry ni secara gilang-gemilang dan sepenuh hati sebab projek jelajah kali ni memang gilang-gemilang u ols. Tapi sebab badan tak berapa sihat, air hidung asik meleleh kejap2 srottttttttt... kejap2 srettttttttt.. apa yang terdaya jelah ye. Ikut hati nak update bila badan dah sihat tapi tak sampai hati pulak menghampakan adikku tersayang yang sudi jadi tourist guide kami pada hari tu. Sebab tulah akak usaha sedaya-upaya jugak menghapdet hari ni. Silalah terharu deknon dan cepat2 copy gambar tanpa rasa was-was :) Akak pun tak sabar nak baca entry kamu.

Srettttttttttt... (sedut hingus lagi)

Hari Ahad lepas setelah membuat perancangan yang cukup teliti, alhamdulillah... berjaya juga menjejakkan kaki somel ni ke rumah adik2 seguru di Putrajaya. Korang janganlah ingat adik2 seguru belajar silat ke haper (larat ke akak ko ni nak bersilat?) tapi adik2 sama belajar di politeknik dulu. Maklumlah, akak ni belajar umur dah kertu maka rakan sepoli semua pangkat adik2. Pangkat adik2, adiklah bukan adik2 yang tuuuu.. (tak koser nyah!!!).

Hari Jumaat akak dah siap2 msg kawan2 semua yang ada di Putrajaya (mana yang terlintas di fikiranlah). Ada 5 buah rumah kesemuanya (hambek ko sampai 5 buah rumah, ko mampu???) Bukan apa, akak ni tak pernah lagi sampai ke rumah adik2 kat Putrajaya tu. Dari korang bujang sampailah dah ada anak, belum pernah sampai lagi. Akak kan tak reti drive, harapkan cik abang tersayang je kalo2 sudi hangkut bini gemuk dia ni gi beraya rumah kawan2. Dulu2 cik abang tak koser meredah Putrajaya tu apatah lagi nak beraya rumah kawan2 akak bukan kawan dia :) Tapi entah mengapa petang Jumaat tu bila ditanya laju je dia menjawab "Boleh juga". Fuh berdesupler jari-jemari montok akak nih mengirim sms. Peluang keemasan begini tak harussssss dilepaskan :p

Mula2 projek jelajah kuarters Putrajaya sempena Raya ni kami 4 beranak je. Sekali hari Sabtu tu UmmiRayyan atau  nama sebenar Ros msg bagitahu nak join sama (sebab projek mega dia pada hari Ahad tu cancel pulak last minute) Pergh... bagai orang mengantuk disorongkan bantal, laju jer aku balas msg dia jawab "Yihaaaaaaaaa". Maka projek jelajah raya kuarters dari 4 orang bertambah menjadi 7 orang (include family Ros 3 beranak) Hehew... Janji dengan Ros jumpa depan  Masjid Putrajaya pukul 12.30 t.hari sebab kami nak lunch rumah Lea. Pukul 1 baru sampai masjid (hujan lebat weh) then gerak sama2 ke rumah Lea di Kuarters 5R4. Jeng jeng jeng...


Farid Kamil (Kasim sebenarnya, suami Ros) dan isterinya (Ros la) menikmati hidangan mabeles di rumah Lea. Si Ros ni kawan sekolah rendah aku merangkap kawan kerja, si Lea berkenalan dengan Ros melalui bloglah. Maklumlah masing2 blogger, sape lagi  nak eratkan ukhuwah sesama blogger kalo bukan kita kaaannnsss. Eceh.. eceh.. ^__^ Kuey tiaw goreng sedap sangat (macam nak minta tapau sebab ada lebih tapi MALU) dan steamboat permintaan akak. Ya Rabbi............. sedapnyer wehhhh!!! Cumanye.... terlebih HOT n SPICY. Lea pun mengaku dia tak perasan terletak lebih cili, tapi dik.. terus-terang akak cakap walaupun rasanya pedas nak mams tapi rasanye meletoppppppppp!!! Tak percaya? Lihat gambar di bawah.


Kan akak dah cakap, meletoppppppp!!! (kababoooom...) Sampaikan suami akak tergenyit2 mata menahan pedas (nasib baik takde anak dara dalam rumah tu jadi confirmlah suami akak tergenyit2 kepedasan. Bukannye tergenyit2 kegatalan). Sambil makan sambil borak. Macam2 cerita! Berborak dengan Ros dan Lea ni bukannya boleh diam, cakap sepatah ketawa berderai. Cakap lagi sepatah ketawa berterabur. Para suami sila sabar melayan karenah kami ye!


Dekorasi rumah Lea tersangatlah cantik. Memang aku GERAM je lepak rumah dia ni. Rasa macam nak pindah terus :) Tapi tak lama lagi suaminya yang jauh di Kuching akan kembali mastautin di Semenanjung. Tak sempatlah aku nak buat tempat lepak kami sekeluarga lepas ofis aku pindah Putrajaya esok. "Allah Maha Mengetahui" Lea, ko mesti suka dengar ayat ni kan? Tengoklah gambar kami semua di atas, dah macam rumah sendiri :) Itu tandanya SERASI.


Rumah Lea cantik sebab susun atur perabot kemas, pilihan tema warna yang tepat buat kita rasa tenanggggg je dan dihias indah dengan perhiasan2 yang hanya boleh dijumpai dalam rancangan deko di kaca tv. Si kenit ni memang favourite dia lah mengusik benda-benda yang tak pernah lihat. Kunyah potpourri, kutip batu keliling itik depan laluan dapur (nasib baik tak sempat baling), jatuhkan buaian logam miniatur, cabut bunga2 kecil warna putih di ranting2 bunga Cik Lea, bola hiasan dari material tempurung disepak terajang daripada 4 biji tinggal 3 (ke mana 1 lagi cari2 tak jumpa) dan macam2 lagi karenah budak kecik ni (dan abangnya sekali). Bila ditegur, dimarah hah... berdrama airmata la pulak. Saborrrrrrr... (Cik Lea sabor ye). Nasib baik tak pecahkan fridge magnet walaupun hampir2 dah tu :)

Sejam lebih jugak melepak rumah si Lea ni. Lepas makan, solat siap2 baru gerak ke rumah seterusnya. Rumah siapa? Next entry lah ye. Selsema masih teruk ni. Aku akhiri entry ni dengan gambar super dooper special!

3 of us. Lea, Ros dan aku. Ros yang comel diapit oleh 2 orang bouncer yang triple comel. Hahaha...

Ucapan untuk Lea:

Terima kasih kerana melayan kami sepenuh hati.
Terima kasih kerana melayan kami sebagai tetamu istimewa.
Terima kasih kerana menyajikan makanan yang super sedap
(mentang2 akak ko ni suka makan)
dan
Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami bertujuh. Bukan senang kan nak layan pelbagai peringkat umur nih. Hehe.. 

Pasni jemputla datang raya rumah akak ye. InsyaAllah panjang umur kita jadikan Projek Jelajah Kuarters Putrajaya Sempena Raya ni sebagai acara wajib setiap kali aidilfitri. Mudah2an AMIN...


7 comments:

emma said...

eh..eh..bukan ke akak nak duk cinie..hihihi...

windu kt canah la...hikhik..

Mak Izz said...

kalo dpt kuarters, nak la duduk sana. kalo menyewa luar, taknak! a'ah akak pn windu kt shifaa comellll. dh sht ke dia?

AzaLea said...

Bismillahirrahmanirrahim..

First n foremost, i would like to say thank u to Malang yg julung2 kalinya wat entri khas utk sy.. wah!! sgt terharu k bila ada org yg sudi menghargai apa yg tlh kita lakukan... srrreettt... (sedut hingus yg tak bpe nk ada)...

InsyaAllah, niat murni utk jadikan jelajah kuarters sbg aktiviti tahunan akan di terima baik oleh semua pihak... (maybe umah malang akan tercalon utk raya thn dpn coz dh start nk bermukim kat putrajy kn...)

Anyway, sy tak kisah melayan telatah dan karenah anak2 malang yg comey tu.. yg penting tetamu dtg dan pergi dgn hati yg sng.. biasalah bdk2.. esk lusa InsyaAllah sy pun akan hadapi situasi yg sama..

NeenaAnuar said...

memang cantik umah Lea! :)

Kamariah Awang said...

Hahaha... menarik betul pic orang sedang mengeyit tu... Konfim tak ada perempuan lain kat depan kan? Kalau tidak, perang besarlah nampaknya.

Mak Izz said...

lea - hamboi mentang2 entry special siap bismillah ko ye. bagus2! kalo malang pindah putrajaya bolehla masukkan dalam calon umh bertanding, pastu malang request nak rumah last sekali (sbb hidang air oren pn belum tentu korang nk minum, dh kyg sgt) hahaha... hah baguslah acik lea bljr handle budak2 dr skrg ye, mana tahu bila petani udang pulang ke ladangnya kembar 8 terus! ^_^

k'neena - cantik sgt! k'nin bila nak masuk umh baru? x sbr nk tgk umh baru :)

k'kamariah - hamboi ni kalo cik abg bc mesti senyum lebar sampai telinga patblas hari patblas malam. eh ada perempuan la depan dia ma, tukang amik gmbr tu lah. sape ek? of coursela SAYA. heheh!

AzaLea said...

hehehehe... ayat mula2 dh ade bismillah, tp penutupny tak de wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!