Thursday, September 15, 2011

Jelajah Kuarters Putrajaya Sempena Raya 2011: Rumah 2 dan 3

Selesai beraya di rumah Lea, kami berlapan meneruskan jelajah ke kuarters yang kedua iaitu rumah Yuni di Presint 5 juga, Kuarters 5R3. Excited sebenarnya projek jelajah kuarters sempena raya ni sebab selain daripada dapat berjumpa dengan kawan2 lama kita juga boleh tengok macam2 bentuk bangunan dan rekabentuk dalaman rumah yang berbeza di setiap kuarters. Keluasan kuarters semuanya besar dan luas (beruntung jadi staf kerajaan) sebab dapat menikmati kehidupan yang selesa :)

Izz dan Hasanah agak jakun bila kami beraya ke rumah2 tinggi  nih. Maklumlah, dorang membesar dalam rumah atas tanah. Tiap kali naik lif suka kemain siap melompat2. Tapi paling lawak si Izz lah. Ada sekali tu dia bagi salam sebelum masuk pintu lif "Assalamualaikum.........." Kehkehkeh tergelak guling2 aku dengan si Lea mendengarnya.

Di rumah Yuni, kami disajikan dengan hidangan nasi lemak special bersama ayam goreng dan ikan kering. Pergh... terangkat wa cakap lu! Ada sorang hamba Allah tu siap tambah nasi 2 kali (nama dirahsiakan atas faktor keselamatan) Kehkeh... Yuni ni kawan si Ros. Nak ikutkan kawan aku juga (done..done..) sebab kami semua kerja bawah 1 jabatan. Hah lupa pulak nak cerita. Masa siap2 nak ke rumah Yuni ni, Ros ajak Lea join sama projek jelajah kami. Kebetulan Lea pulak free petang tu takde ke mana-mana, maka..... dari  bertujuh, berlapan la kita semua. Curlasssss... (sukati kitorang je kan) Ala.. nama lagi jelajah sempena raya kan, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mesra kita serasi-serasikan. Tambah sikit lagi, yang lapar kita kenyang2kan. Muahaha....

Selain daripada hidangan nasi lemak special, Yuni turut menghidangkan kami bubur kacang dan air bancau (bandung + cincau) atau pun boleh juga nak sebut air socin (soya + cincau). Tak payah cakapla berapa kali aku ulang minum air tu (sebab dah lama ko tak minum bancau or socin) Aku memang manjang je dah lama tak makan itu.. dah lama tak minum ini... no wonder la!!! Hehe :)

 Kami bertiga bersama Yuni. Terima kasih Yuni, sudi layan kami. Sedap semua menu awak! (belakang berdiri tegak tu si Rayyan, anak bujang Ros dan Farid)

Selesai beraya di rumah Yuni kami teruskan jelajah ke blok berhampiran untuk beraya di rumah kawan lama Ros semasa belajar di UiTM dulu, Mr G namanya. Masa sampai tu rumah tengah ramai tetamu. Anak Mr G seramai 3 orang maka havoc sikitla dengan karenah budak2 termasuklah anak2 kami dan anak2 tetamu lain. Menu yang dihidangkan adalah mee bandung dan roti jala. Sebab perut sudah kekenyangan yang amat sangat maka aku hanya makan roti jala tanda menghormati tuan rumah (menghormati tuan rumah ke... menghormati tuan perut?) ^__^ Roti jala buatan sendiri tau, masa jengah dapur tengok adik perempuan Mr G tengah menjala. Hihih... bertuah siapa kawen dengan ko dik, muda remaja lagi dah pandai  menjala :)

Rumah Mr G adalah syurga dunia bagi kanak2 sebab penuh dengan mainan dan siap ada gelongsor lagi. Tak payah susah2 turun bawah berebut buai dekat playground, beli seketoi macam ni hah mainla puas2 dalam rumah. Korang berebut adik-beradik jelah. Masa ni tak sukar sangat nak menjaga budak2 sebab dorang ada aktiviti sendiri. Best! (abah... jom beli gelongsor macam ni nak tak?)

Hasanah bersosial dengan anak kedua Mr G. Acik Lea tersenyum penuh makna pandang budak2 tuh. Sabar ye Cik Lea, tak lama lagi insyaAllah. Akak doakan Cik Lea dapat kembar 8 terusss! Ngehngeh...

Abang Izz main buai sampai terlorot2, excited kemain. Hampir bergaduh dengan budak2 lain sebab berebut nak naik buai dan gelongsor. Haish... jangan rebut2lah. Main ikut giliran, semua tu kan kawan2 Abang Izz. Bukan orang lain.

Selesai beraya di rumah , kami teruskan projek jelajah ke kuarters yang ke-4 di Presint 9. Rumah siapa ye? 


::to be continued::

8 comments:

~~AzaLea~~ said...

bila bc psl entri ni n tgk gmbr2, rs perut ni tak semena2 jd kenyang tahap gaban... mmg dasat lh kite kn... melantak di keenam2 buah rumah...

Mak Izz said...

akak rasa champion makan2 ni kak ros lah. sbb sume rumah dia makan tuh.... nak tahu apa rahsia kak ros kurus? pm dia heheh!

~~AzaLea~~ said...

ape rahsiany kak?? mcm best jer.. so akak tak tuntut ilmu dr dia ke??

Kak rose super bz ke kak?? blog dh naik berkulat n bersawang..

Mak Izz said...

nt akak kongsi kt tmpt lain ye. panjang 18 m/s ^__^. hah k'ros bz skrg sbb ofis dia dh kena clear (betul2 clear sbb kami kan dh nak pindah) td borak2 dgn dia katanya skrg 'bekerja dari rumah je' sbb pc sume dh bukak. curlasssss! windu la tu nk bc penulisan k'ros. akak pongggggg...

Fida said...

uiks...pai 6 rumah..currrrrlass ko jah! haha...sib i xder..klu x dah complete 7 perhentian and dpt tengok kuarters bangi lark..

Mak Izz said...

6 rumah. suppose 7 tp fidah x sampai umh lg (dia otw dr kg ke putrajaya). wah.. umh u dh terpelanting ke bangi. insyaAllah next raya k. kalo gitu i kena g umh ptama jam 11 pg la. hehewww...

Rose Khadijah said...

hoohhh...citer pasal acik rose ehhh...hehehe..ader yang rindu...im comingggg...
(padahal ade keje malam nih..tahap kebizian suam suam taik kucen le..)

heeiii..ye la kan..setiap umah aku makan kan..umah yang last tu banyak aku makan..sedap lak tu..haissshhh...horr..sile le pm..nak tahu rahsia kekurusan acik rose yer..hehehe..(malueeeewwww..)

Drill Lubang Skru @ Water Heater Area Putrajaya: 0176431977 said...

Pemasangan Shower Water Heater / Drill @ Tebuk lubang Skru dinding konkrit, dinding jubin.
Gantung Frame, PAsang wall shelf, rak, Rail langsir, pasang cermin besar, cermin kecil, cermin ikea, aksesori bilik air, pasang bracket tv....

SY ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PEMASANGAN SHOWER WATER HEATER (PEMANAS AIR MANDIAN) DAN DRILL LUBANG SKRU DINDING /, PEMASANGAN BRAKET TV LCD / LED, DAN KERJA2 BERKAITAN DENGAN DRILL UNTUK KAWASAN PUTRAJAYA DAN KAWASAN SEKITARNYA. MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI BLOG SAYA DI: http://shower-heater.blogspot.com/
BOLEH CALL / SMS / WhatsApp SY TERUS UNTUK KETERANGAN LANJUT: 0176431977
TQ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!