Wednesday, September 14, 2011

Beraya di Rumah Pak Atan

Assalamualaikum wbt

Akhirnya.. seperti yang dijanjikan sebelum ini, moh nak update entry2 terkini perihal raya. Gambar terbaik dari ladang udah selamat transfer ke pendrive. Bersungguh2 aku copy petang semalam. Sampai kena tepuk2 manja pipi gebu ni cik abang ajak makan. Sanggup tuh lambatkan makan semata-mata nak dapatkan gambar untuk santapan mata korang hari ni. Padahal cik abang tak tahu perut aku dah kenyang gilababas alagapas  petang semalam sebab melantak lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, sate, char kuey tiaw etc (ok perihal melantak ni will update later). Sekarang, fokus dulu dengan entry hari ni okeh :)

Last year sambutan raya aku ala-ala aje (sambutan raya bermaksud  dari hari raya pertama hinggalah hari raya ke-30). Di KL hari raya disambut sebulan, sebab weekday masing2 sibuk bekerja, maka cuma ada beberapa hari pada weekend saja boleh meraikan Syawal sehinggalah bulan Syawal tu habis (alasan). Sesiapa pembaca setia blog aku dari last year tahulah mengapa sambutan alakadar aje. Erm.. nak bagitahu jugaklah kepada mereka yang tak tahu (sebab malas nak korek entry lama aku), tahun lepas mak aku tak berapa sihat berulang kali admitted di hospital kerana masalah jantung. Alhamdulillah... selepas jalani bypass surgery Disember last year, kesihatan mak beransur baik sampailah sekarang. Masih sihat dan masih panjang umur untuk meraikan Syawal 1432H. Alhamdulillah...

Maka! Ha.... tiba2 maka disusuli dengan tanda seru ye :) Maka... tahun ni dapatlah kami semua beraya dengan hati yang ceria tanpa gundah-gulana. So dah pasang niat awal2, aku nak bawak mak dan bawak diri sendiri beraya ke rumah saudara-mara dan rakan-taulan yang tak dapat aku kunjungi last year. Hati tengah risau, resah 24jam memikirkan kesihatan mak masa tu, mana mungkin kami bersuka2 pergi beraya ke rumah orang (walaupun sempat buat Open Houz last year hehe) Eyh.. Open  Houz tu mak sendiri yang request ok! Syurga kan di bawah telapak kaki ibu (done.. done..)

Haish.. aku ni suka betul mukadimah panjang2 padahal bukan orang baca pun (i knowwwwww). Tapi sesiapa yang baca tu terima kasih banyak2 lah ye. Berbaloi jugak aku membebel panjang2 ni. Kalau takde sape2 baca alangkah sedihnya.. hatiku.. (parap parap) *tiru lagu dulu2 ^__^

Petang Sabtu lepas aku bawak mak beraya ke rumah sepupunya di Sentosa, Klang. Ha... sepupu mak ni aku panggil Pak Atan. Dia ni dah lama menetap di Klang, aku je yang tak pernah pergi rumah dia. Bukan tak mau, tapi tak tau (and takde geng). Maka bila aku ajak mak dan ayah, dorang on je. Mak memang dah lama teringin nak berkunjung ke rumah saudara-mara yang duduk berdekatan dengan rumah anak-anak. So mak dan ayah, siap2 eyh. Petang Sabtu kita pergi. "Baik bos..." <-- sudah semestinya ni dialog tipu. Kuikui.. Untuk lebih memeriahkan kunjungan kami, aku telah mengajak Along dan Kak Ngah untuk turut serta-merta. Mereka pun ok jer. Yippieeee... plan berjaya!

Bertolak dari Jalan Kebun agak lewat around 6 pm sebab ayah busy macam2 hal di Cheras. Saksikan gelagat kami beraya di rumah Pak Atan dan wifenya, Mak Liza.

 Hasanah dan rantai wiselnya. Budak2 bahaya tak boleh pakai emas nanti kena ragut. Pakai wisel takpe, kalau nangis mak sumbatkan wisel suruh tiup. Terus Hasanah ketawa mengekek2.

Orang tua berborak, budak2 main kucing. Si Ammar panggil kucing, 'ayam'. Ada sekali tu tiba2 dia menangis dari dapur terus pergi dekat mummy dia. Bila kami tanya "Mengapa? Mengapa? Kucing cakar ke?" Then dia jawab "Ayam cakar". Hehe.. ok!

Owh ini insiden sebelum Ammar kena cakar dengan 'ayam'. Kemain lagi dia berposing. Kak Ngah ibu tinggal masa ni sebab Abang Gom kerja.

 Along dan Farizal camouflage dengan sofa. Har har har!

 Ramai request nak tengok wajah isteri Along. Inilah dia Kak Ayu, sedang sarat pregnant. InsyaAllah deliver hujung bulan 10 ni. Bertambah lagi sorang cucu  mak :) Alhamdulillah..

Dian dan anak bongsu Pak Atan (bongsu ker? Hehe..) Aktiviti pada masa senggang sementara menunggu yang tua beraya. Main gosok2 getah pemadam dekat kerusi sampai haus (mana korang dapat idea main benda macam ni??)  Haish.... 

Rumah Pak Atan adalah rumah kedai yang dibeli pada tahun 2002 dengan harga 65k. Ok la... jiran2 pun semuanya orang Melayu takde bangsa asing. Kedai2 di bawah rumah Pak Atan adalah kedai2  berupa stor barang2 peniaga. Bukanlah macam kedai yang aktif macam kedai runcit, bengkel kereta, restoran blablabla. Kira privacy jugakla duduk situ.

Isteri Pak Atan, Mak Liza surirumah sepenuh masa. Tapi zaman sekarang, manade surirumah sepenuh masa semata2 duduk rumah jaga anak dan urus rumahtangga je kan? Mak Liza juga ambil upah menjahit baju. Terkujat beruk  mat  yeh jugakla bila sampai rumah dia kami disambut oleh 2 mesin jahit (1 mesin jahit industri, 1 mesin jahit tepi). Sebab kami tak tahu yang Mak Liza ni ambil upah menjahit. Kalau tahu, dah lamaaaaaaaaaa hantar kain baju dekat dia. Upah adalah sangat murah RM23 untuk kurung biasa dan kurung pahang dan RM28 untuk kurung piping. Hem... (tiba2 rasa nak borong kain murah2 kat Nagoya nak hantar kat Mak Liza) Hello... raya baru saja berlalu. Baju kurung raya 3 pasang tu pun baru beberapa kali je pakai, jangan membazir Mak Izz! Yolahhhhhhhhhh.... Dam! (bunyi pintu dihempaskan)

Lepak2 rumah Pak Atan sampai pukul 8.30 malam. Menu yang dihidangkan adalah Mi Sizzling super special (sebab tak pernah lagi aku makan Mi Sizzling bila beraya rumah orang), rasanya sedap oh la.. la..! Aneka kuih raya, kerepek dan kekacang tu hidangan wajibla kan. Tak lupa, kek gula hangus ataupun kata Mak Liza 'kek gula hangit' sebab terlebih bakar. Hahaha... lawak jugak dia tuh.

Btw gambar Mak Liza dan Pak Atan nan ado sebab kualiti gambar tak berapa cantik. Gambar Mak Izz pun takde sebab kualiti orang tak berapa cantik. Hahahaha.... so tamatlah entry beraya di rumah Pak Atan. Seronok sangat wajah mak dan ayah sebab akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke rumah Pak Atan. Terima kasih kepada Pak Atan dan Mak Liza sebab sudi layan karenah kami yang macam2 pe'el ni. Seronok sangat berkunjung ke sana dan yang paling seronok sebab murahnya upah jahit baju tuh. Hehehe.... InsyaAllah murah rezeki saya, murah jugalah rezeki Mak Liza pasni. AMIN...

**Entry riang ria raya hari berikutnya tunggu next entry k. Lebih mencabar gitew! :) Apa pulak cerita raya weekend korang. Moh kongsi dengan Mak Izz eyh!

 



4 comments:

~~AzaLea~~ said...

yuhuuuu... Entri pak atan telah berakhir... tak sabar nk menunggu next entry... ngeh3x..

Mak Izz said...

yeay.. dah publish entry raya ke rumahmu. sila bc dan komen, cepat!

K.I.K.A. said...

dah g raya rmh pak atan but how come baju izah xtempah lg?? huu.. xcited nk tempah baju tu.... T.T

Mak Izz said...

KIKA - i didnt bring ur baju la dat day. ms raya tu br tau bini dia menjahit. next time k, rumahnye dekat je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!