Assalamualaikum wbt
Tengahari Khamis kami dikejutkan dengan panggilan telefon daripada hospital mengatakan abah semakin tenat. Mak yang setia menunggu abah di hospital memberitahu sejak malam Rabu abah kembali mengadu perutnya sakit. Sambil memicit2 perut abah yang kembung, mak mendengar abah menyebut2 nama ibunya, "Mak.. mak.."
Apa lagi yang mampu mak lakukan? Hanya meminta abah bersabar dan redha dengan ujian Allah. Selepas doktor berusaha sedaya upaya menyelamatkan abah, keadaan abah kembali stabil. Tengahari itu juga aku minta kebenaran dari bos untuk balik awal. Terus ke HKL menjenguk abah dan abah kelihatan sangat2 lemah dan tidak bermaya. Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan umur abah. Tiub di hidung dan pek kencing yang sebelum ini sudah ditanggalkan, dipasang semula.
Siang tadi berkesempatan melawat abah di HKL. Keadaan abah semakin baik. Perut yang kembung sebelum ini sudah kembali seperti sediakala. Kali ni aku bawa Hasanah sekali ke hospital, berpeluanglah juga orang tua tu mencium pipi budak dobot ni. Mula2 Hasanah tak mahu dekat dengan atuk, berulang kali ku sua baru dia mahu. Tu pun ligat tangannya nak meraba tiub2 di tangan abah. Ish! Abah boleh bercakap seperti biasa, ingatan juga masih kuat. Walaupun doktor memasang topeng oksigen pada abah, tapi abah tidak mahu menggunakannya bila kami datang. Senang abah nak bercakap dengan kami. Abah katakan perutnya tidak sakit lagi, cuma badannya aje yang rasa lemah dan menggeletar.
Sebelum pulang, sempat aku meninjau kawasan wad. Dan mengambil kesempatan melihat papan kenyataan yang sarat dengan info. Antaranya keratan akhbar bertajuk "Aneurisme Aorta Abdomen'. Tak syak lagi, inilah penyakit abah. Korang boleh google kalau nak tahu tentang penyakit ni dengan lebih lanjut.
Semasa keluar dari wad aku terserempak dengan ayah. Datang seorang untuk melawat abah. Hampir setiap hari ayah ke HKL untuk melawat abah. Terharu aku melihat betapa utuhnya talian persaudaraan 2 keluarga T-T
Semoga persaudaraan ini berkekalan erat sampai bila-bila!
3 comments:
alhamdulillah..semoga semakin sihat yer pakcik..
sob...sob...sob... sedih bile teringat hosp... tetibe teringat kenangan ngan arwah mak mase kat spital dulu..
ummirayyan - maceh nak. insyaAllah kalo pakcik dh baik nanti pakcik belanja makan ikan patin masak tempoyak ye, fresh punyer!
azalea - sobs gak T..T haritu jumpa sa sau kt HKL dia pn ckp teringat kt arwah. inilah katilnya (ok tipu, just drama). gurau2 je, senyum sket :)
Post a Comment