Monday, July 11, 2011

Samb: Kronologi Abah Masuk Hospital

1 Julai 2011 (Jumaat)

Paidi beritahu abah warded semula sebab sakit perut datang balik. Aku tanya Farizal, nak balik kampung ke? Farizal cakap tak payah dulu. Tengok dulu keadaan abah macam mana. Kalau tak ok, baru kita balik. Aku ikut aje.

2 Julai 2011 (Sabtu)

Pagi2 Ateh telefon beritahu abah kena transfer ke Hospital Temerloh. Oh tidak.. sakit perut abah makin kronik ke sampai Hospital Bandar Pusat tak boleh handle? Petangnya Abang Seli dan Acik (abang dan adik perempuan Farizal) cadang balik kampung menjenguk abah. Lewat petang Ateh telefon beritahu abah akan ditransfer ke HKL sebab salur darah di perut bengkak tunggu masa je nak pecah. Astaghfirullah.... suspen sungguh kami waktu tu. Dengan ambulan, mak temani abah dari Hospital Temerloh ke HKL. Acik tak jadi balik kampung. Farizal drive ke R&R Awan Besar untuk jemput Acik bawak ke rumah kami (sebab Abang Seli kena balik kampung juga nak hantar anak2 dia bersekolah di sana). Balik dari ambil Acik, Farizal tak boleh pergi HKL terus sebab malam tu, jiran kami buat tahlil. Pergi tahlil dulu kemudian baru ke HKL bersama Acik, Paidi dan Izz (budak kecik ni wajib ikut abah dia). Aku dan Hasanah tinggal berdua di rumah. Tengah malam, mereka berempat dan mak sampai di rumah aku. Kata Farizal, salur darah abah dah pecah. Doktor akan buat operation secepat mungkin.

3 Julai 2011 (Ahad)

Seawal 7.30 pagi kami semua bertolak ke HKL ingin menjenguk abah sebelum operation jam 9.00 pagi. Sampai di atas, doktor sedang round check pesakit. So kami tak masuk dalam wad dulu. Baru je tunggu 5 minit kat bangku luar tu sekuriti dah tegur "Kanak2 tak dibenarkan masuk" Aisey... kena bawak turunlah pulak (memang dah tahu peraturannya macam tu, sebab bukan waktu melawat kan. Tapi gatai sangat nak bawak naik atas) Makanya turunlah aku bawak  budak2, pesan dekat Acik kirim salam jelah dekat abah sambil doa pohon semuanya selamat.

Betapa sangapnya tunggu di bawah dengan 2 orang budak kecik korang bayangkan ajelah ye. Macam2 aktiviti aku dah buat dengan dorang. Aktiviti minum air milo sampai tumpah kena baju, lari2 dengan stroller kemudian pura2 brek mengejut sampai Izz dan Hasanah ketawa terkekeh2, minum susu sampai habis, pergi rumah kaca dalam tu ada replika binatang macam bangau, rusa, katak besar (Izz takut katak ni) so tak boleh lepak lama kat situ. Duduk bawah pokok, disapa angin sepoi2 bahasa. Beberapa jam jugaklah aku duduk kat bawah ni dengan anak2. Izz daripada suka sampai benci. Daripada berlari sampai nak berbaring dah dekat lantai koridor tu. Isk isk.. nasib baik tak lama lepas Izz buat aksi baring2an tu abahnya sampai. Yeay...!!! (emaknya yang horey lebih). Abah dah disorong ke dalam OT jam 10.00 pagi. Doktor kata operation memakan masa paling awal pun 3 jam. Tapi selalunya lebih daripada tu. So kami semua amik keputusan untuk balik ke rumah  nenek di Sungai Besi. Berehat2 di situ especially mak lah yang sangat letih seharian di hospital hari2 sebelumnya.

Setengah jam di rumah nenek aku berangkat ke rumah mak di BTR. Apa lagi, tidur jelah petang tu. Pukul 2.30 Farizal kembali ke hospital. Abah selesai operation jam 4.30 petang. Malamnya bila abah dah stabil sedikit, abah dihantar ke ICU.

4 - 6 Julai 2011 (Isnin - Rabu)

Abah menjadi penghuni sementara di ICU. Keadaan abah semakin stabil.

7 - 10 Julai 2011 (Khamis - Ahad)

Pagi Khamis, abah dipindahkan ke Wad 13. Alhamdulillah.. abah sudah sedar dan kesihatan semakin baik. Cuma tiub di hidung masih belum dibuka. Aku sempat menziarahi abah pada petang Jumaat. Abah boleh bercakap walaupun masih lemah. Semasa bersalam sempat abah  berbisik ke telingaku "Maafkan salah silap abah selama  ni" Oh.. sebak sungguh perasaan aku masa ni. Tak terluah jawapan nak ku  balas. Cuma yang mampu aku katakan "Samalah bah.."

Hari ni

Abah masih di Wad 13. Setiap petang Farizal ke HKL melawat abah tanpa henti. Paidi juga menunggu di hospital sejak seminggu lalu langsung tidak pulang ke rumah. Ya Allah Ya Tuhanku, sembuhkanlah bapa mertuaku dan berikanlah dia kekuatan untuk menempuh kesakitan ini, Ameen...

Notakaki: Terima kasih kepada semua kawan2 yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan abah. Saya cukup hargai T..T

11 comments:

Mama Darwisyah said...

InsyaAllah, berkat doa kiter semua semoga abah mertua adha sihat dan selamat.

Mak Izz said...

mudah2an AMIN. terima kasih!

jackapron said...

Petangnya Abang Seli dan Ateh...???

Mak Izz said...

jack - ok dh betulkan. terima kasih kerana sudi bc sampai abes :)

ummirayyan said...

aduhai..macam2 kan..
hmm ayah aku yang baru demam & batuk tak kebah2..pun da risau memanjang da nih..

Nur Irfan Juezrie said...

alhamdulillah makin sembuh.. smg abah mertua akak cpt sembuh..

Mak Izz said...

ummirayyan - tulah, org tua. mcm2 penyakit. aku doakan ayah ko cpt sembuh k.

jue - terima kasih

Anonymous said...

Moga abah mertua u sembuh dan sihat seperti sediakala..-mak enon

Mak Izz said...

mak enon - maceh! AMIN...

-anidaothman- said...

camna ABAH???dh sihat kew kak....

Mak Izz said...

nida - msh kt hosp. dah pindah katil lain. abah tak mau makan sgt. xde selera. badan susut banyak. mungkin kalo selera makan abah bertambah, chances utk sihat semakin cpt. org tua.. pujuk pn dia xmau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!