Macam nak menggigil ketap bibir aku menahan kesejukan. Bunyi macam mastautin di luar negara tetapi hakikatnya di luar bilik bos je :) Aircond di bangunan Sime Darby ni memang sejuk yang amat. Aku rasa takde bezanya duduk dalam peti ais (tapi bahagian chiller la bukan yang bahagian freezer tu) dengan keadaan sekarang. Sama! Nasib baiklah ada lemak bertepek2 peneman setia anda. Boleh juga dijadikan heater sementara :) Kalau kurus macam Nasha Aziz, iew... tak tahu nak nyahbeku macam mana.
Btw hari ni hari Isnin. Hari pertama bekerja selepas bercuti selama 2 hari. Jadi, kerja ofis memang sebanyak2nya menimbun di atas meja. Lagi menimbun, lagilah aku 'rajin'. Entahlah, sejak takde bos ni motivasi kerja aku memang merundum giler-giler remaja.
Atas daya saing dengan diri sendiri (sangat hina tak mampu nak bersaing dengan orang lain), aku telah mencambahkan mood bekerja di pejabat dengan melilaukan mata mengakses imej2 dekorasi rumah melalui google search engine. Niat di hati mahu memenuhkan dinding2 kosong di rumah, bilik dan dapur tapi tanpa uang yang mencukupi, tanpa ilmu di dada, tanpa drill di tangan, bagaimana perhiasan sedemikian mampu digantung?
Jom cuci mata O-O
Dah lama berangan nak beli wall shelves macam ni (ala macam dekat showroom Ikea tu). Dulu2 berangan nak letak atas kabinet tv, pastu nak letak frame gambar keluarga etc. Macam cantik je. Ataupun gantung shelves ni dekat kepala katil. Pastu letak gambar. Silap haribulan frame gambar terjatuh bedebuk betul2 kena kat muka. Isk cancel2 takmo letak kat kepala katil. Kat atas kabinet tv ok!
Susun bertingkat 3 ketoi macam ni indah kan? Letak tinggi2 agar budak2 tak boleh capai. Gantung dekat dinding antara 2 pintu bilik ok tak?
Shelves halus ni aku berangan nak gantung dalam bilik air. Pastu susun toiletteries free dapat dari hotel tu. Tak payah sampai 5 tingkat, 1 atau 2 je dah nice rasanya. Pastu bolehla tambah lilin aroma terapi dan letak pasu bunga kecil2 macam pokok kaktus ke wah comel....
Shelves rekabentuk klasik untuk dapur. Boleh susun pinggan mangkuk hiasan kalau rajin lap buang habuk :) Aku ada beli 1 dulu tapi yang murah punya dekat Ikea, dekat setahun dah masih belum bergantung2. Konon nak letak aneka tok nenek detergent dekat dinding mesin basuh. Sampai sekarang tak bergantung2 lagi. Tersimpan rapi dalam almari T..T
Gambar last bukan shelves tapi contoh frame gambar gantung kat dinding berhampiran kepala katil. Simple je kan tapi sentuhan deko tu tetap ada. Dari bilik yang dull naiklah jugak seri sikit. Btw frame dah ada, gambar dah ada, gantung je belum. Setahun dah tersimpan. Adoi....
*Agak2 lepas entry ni dipublish, bergantung ke tidak frame gambar & rak untuk detergent tuh? Dekat setahun dah beli tu :) Tolonglah doakan bagi pihak aku ye :)
8 comments:
shelves mcm ni memang seharusnya sesuai untuk org² cam kite ni..tapi ape kn daya poket x mengizinkan lagi kn..kn..kn?? hehehehe...
betul tu meh. kena simpan sket2 hrp2 jd bukit :) dpt bonus ry thn ni blhla, jom rembat!
wahh..berdeko deko le raya nih eh..patot r soh aku beraya kat uma ko yer noks..tak bek riyakk tau..(jeles nih..)
ummirayyan - wei aku br berangan la, mana boleh jatuh dlm kategori riyak lg. aku jemput korang 1 family dtg raya rumah ikhlas taw... xde kena mengena pn dgn nk eksen deko rumah. btw aku yg patut jeles dgn ko sbb rumah ko dh ada wall shelves kan kan kan?
kak, ok jer taruk menatang tu kat atas kepala katil... jgn taruk rendah sgt... sy dah wat... will upload 4 u... ngeh3x...
azalea - dik ko buatla entry khas psl deko rumah ko. akak request khas ni. aritu tgk dlm blog lea snap dr majalah ala... x jelas la. cptla upload (blh tmbhkan smgt mencantikkan rumah) puhleezzz...
wekekekeke... Permintaan akan di penuhi puan!!
best2..
Post a Comment