Friday, July 1, 2011

Catatan Seminggu

Assalamualaikum wbt

Woh.. dekat seminggu juga blog ini bersawang ye. Dalam hati membuak2 keinginan berkongsi cerita dengan kamu semua (eh sejak bila guna perkataan kamu ni?) tapi apakan daya kesibukan melampau sebagai PA terlampau tak kasi chance langsung aku nak berjimba dengan blog. Huhu.. (padahal blogwalking boleh je) 

Aku cerita perihal seminggu ni dengan subpoint jelah ye. Kalau nak dengar aku membebel 10 kertas kajang pun tak cukup ^__^

10 perkara penting yang berlaku sepanjang blog bersawang: 

1) Projek mega hampir bermula. Stok barang sudah dibeli. Proses jual beli belum lagi. Coming soon! (bakal diceritakan bila projek dah start) Ele... macamla ada orang peduli pasal projek aku tuh :)

2) Ahad pulang ke Jerantut melawat bapa mertua yang sakit gastrik sampai warded di Hospital Bandar Pusat Jengka. Alhamdulillah keesokan harinya dibenarkan pulang. Kami pulang ke KL pada Isnin petang.

3) Bangun tidur pagi Selasa terkejut beruk mat yeh tengok tilam dalam bilik tidur utama (tapi kami tak tidur di sini sejak kelahiran Hasanah, tidur di ruang tamu bentang toto lebar2 bergelimpangan dengan anak2 adalah pilihan paling praktikal) dan kain-kain dah dan belum berlipat basah lenjun dihujani air menitis dari siling. Apakah???? Hampir pengsan tengok lantai basah separa banjir. Air meresap di  balik dinding (dahle cat dinding kaler purple gelap) Wah... sangat buruk jelas kelihatan. *nanges*. Sedih cat rosak. Sedih rumah banjir. Sedih sebab tangki air rumah jiran rosak dan tempias ke rumah kami. Tapi alhamdulillah sebab ada alasan untuk EL pada hari tersebut (badan pun tak habis letih lagi balik dari kampung).

4) Catatan cuti terbanyak sepanjang menjawat status kakitangan awam dalam tempoh sebulan adalah bulan Jun 2011 - 1 hari MC, 3 hari Cuti Rehat dan 3 hari EL (giler!)

5) Selipar kegunaan ambil wuduk di pejabat telah putus petang semalam. Sedih sebab sayang sangat selipar tu. Banyak kenangan manis antaranya -> tergolek di toilet HUKM sehari sebelum kelahiran Hasanah kerana lantai licin *selipar murah la katakan..) T..T

6) Perpisahan jiwa paling ketara antara PA dan bos (ok nak inform kamu semua bos kesayangan pejabatku telah bertukar berkuatkuasa hari ni. Maka semalam adalah hari terakhir. *sobs* "Selamat Maju Jaya Bos! Rindu bos selalu....": Antara ayat yang aku tulis dalam kad -SEDIH GILER TAHU-

7) Tewas dengan nafsu mengisi tembolok perut. Akibatnya tidak dapat mengqada' puasa walau sehari pun pada minggu ni (eh ni perkara penting ke? Penting sangat bagi aku sebab banyak hari lagi nak ganti *sobs*)

8) Streamyx bakal ditukar dengan Unifi. Jangan tanya aku apa2 tentang 2 perkara ini sebab tiada info di dada. Farizal beri pendapat, aku turutkan aje. "Saya yang menurut perintah.. suami"

9) Hasanah dah boleh berjalan (walaupun terkengkang2 kerana pampers). Syabas anak daraku! Yippieee.. mak tumpang vanggah!

10) Hari ni hari pertama dalam tempoh 5 tahun, aku menjadi PA tanpa bos! (bos baru belum masuk lagi, tak tahulah siapa) Suspenssss... korang doa2lah aku dapat tukar ke Shah Alam ye! Dah lama aku mendambakan tempat kerja dekat dengan rumah. Tak larat weh nak berulang jauh2 apatah lagi ke Putrajaya lepas ni. Aarghhhh!!!.... katakan tidak pada kotoran degil :)

Oklah nak balik dah. Esok lusa kalau Unifi sudah berfungsi dengan  baik aku updatekan lagi cerita ye. Hopefully boleh uar-uar dah tentang projek mega aku tu. Hopefully! AMIN... Jumpa lagi, :B

5 comments:

~~AzaLea~~ said...

huh!! tak sbr rsny nk tau apekah projek mega yg di maksudkan... adekah ianya mengalahkan jualan mega malaysia??? ~~ttteeeettt~~ same2lah kite nantikan...

Mama Darwisyah said...

apakah projek mega gedevas itew???roger2 lah ye. ehehehe

Mak Izz said...

lea & mama darwisyah - projek mega itu bakal bmula. byk duit dh abes ni. *ngeri bila pikir2 blk :)

emma said...

a) kak hasanah dh pandai jalan.....eeee..tak sabar nak tgu shifaa berjalan plak..hihihi..

b) tahun nie sejak ade anak..minima cuti saya adalah 2hari...dan maxima adalah 4hari...theeeeee...bkn cuti sebab shifaa sakit..tapi cuti sbb ibu nak belek shifaa..hahahaha..

Mak Izz said...

emma - a) pasni shifaa dh blh jalan lumba lari dgn k'hasanah k.

b) haha.. ibu cuti sbb nk belek shifaa ke ayah shifaa? OPS!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!