Monday, July 27, 2009

Hidup Ini Terlalu Singkat!

Al-Fatihah untuk arwah Yasmin Ahmad.


Senyum manis di bibir kini menjadi kenangan. Idea dan visual kreatif tinggal jadi tatapan. Tiada lagi yang baru. Yang manis dan yang indah hanya tinggal memori yang terpahat segar dalam ingatan.

Aku agak terkejut dengan berita pemergian beliau. Dua hari terlantar koma, beliau menghembuskan nafas terakhir di katil hospital. Hidup ini terlalu singkat! Tanpa sebarang tanda, jika sudah sampai masa, ia datang jua. Kumpullah berjuta impian dan harapan, bila ia datang, lenyap hapus semuanya. Yang tinggal hanya iman, amal jariah dan doa anak2 soleh yang boleh membantu di dunia baru kelak.

Tiba-tiba rasa takut menyelimuti jiwa. Bila tiba detik itu, adakah aku telah bersedia? Meninggalkan semua di dunia, termasuk suami dan anak yang dicintai? Hidup ini terlalu singkat kawan2! Moga Allah mengampuni dosa2 kita. Amin Ya Rabbal Alamin...

2 comments:

lynaleng said...

bila Izrail dtg memanggil jasad terkujur di pembaringan...tetiba nasyid...:):)

Mak Izz said...

u mmg tau. i cite sedih u wt lawak pulak. ekekek, apepun insaf beb.. insaf..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!