Pergh.. tajuk macam nama orang (memang nama orang pun). Tapi nama orang yang diabadikan di sebuah hotel di Melaka. Apesal hari ni bercerita pasal hotel pulak? Hah mestilah ada sebabnya. Mak Izz tak menulis tanpa arah tuju ok! Tetiba rasa nak muntah pulak taip statement ni :B
Apa kena mengena Naza Talyya Hotel dengan hidup aku hari ni? Ha.. dengarlah cerita baru je nak mula ^__^
Tengahari tadi time busy memfotostat (fotostat pun busy hokei) tiba2 akak ofismet ni jerit dari jauh "Uji........... awak dapat pergi kursuslah!". Woh.. aku terus terkesima. Maklumlah staf gunasama macam aku ni bukan senang dapat peluang join kursus anjuran Jabatan atau Kementerian. Dalam hati terus berdebar, kursus kat mana eyh? Hopefully dekat2 jelah.
"Kursus kat mana kakkkkkkkk?" Selamba badak je kan main laung2 dalam ofis macam ofis ni bapak kami yang punya. Then akak tu jawab "Melaka la Ji". Fuh... Melaka Bandaraya Bersejarah tu............ Yeay yeay happy!!! Suker!!! Rasa macam nak bawak suami dan anak2 berkursus sama2 je. Then aku tanya akak tu balik "Bila kursusnya????" Akak tu jawab "ESOK!!!" Ok pitam!
Selepas tersedar kembali dari kepitaman yang dibuat2 sebab terkejut yang amat sangat (ko giler esok kursus kat Melaka hari ni baru nak hantar surat?) *Eleh.. kursus kat Melaka je pun, bukan dekat Melbourne :)
Terus aku mencalling2 buah hati pengarang jantung terchenta mintak ijin boleh pergi ke tak kursus tu. "Pergilah!" Fuh tajam sungguh suara itu. Betul2 bagi pergi ke.... atau sekadar menanam tebu di tepi bibir? "Pergilerrrrrrrrrrr..." Jawab dia selepas kali ke-2 ku tanya. Ok2 maknanya cik abang kasi pergi. Dah pass perkara pertama. Perkara berikutnya adalah anak2 sape nak jaga? Ok fine. Niat jahat terdetik di hati. Dah alang2 ke Melaka jom le kita cuti2 Melaka :)

InsyaAllah tiada apa aral esok petang aku akan ke Melaka dengan bas Kementerian untuk menghadiri Kursus Peningkatan Penguasaan Bahasa Melayu (i loikeeee) di Naza Talyya Hotel, Melaka. Pagi Sabtu jika tiada aral, Farizal dan bebudak akan datang menyusul bersama assistant kami dari dulu kini dan selamanya Yang. Hikhik... Melaka pun Melakalah... janji bercuti!
Hopefully plan berjalan lancar. Doakan kami!
*Malam ni bergegas balik Jalan Kebun packing beg. Yabedabedu..........
7 comments:
sekali sebut bunyi mcm acik tila pun ade... ngeh3x..
wah, tak semena2 hala tuju same plak ngan k.rose yer... so blh lh together2.. jgn lupe mkn asam pedas kalau dh sampai melaka tu... sy pun akan ke Melaka Ahad ni... ahaks!!
wah bestnya dpt kursus kt melaka
melaka tu kg saya..rasa rindu plk nk blk kg..
wah bestnya dpt kursus kt melaka
melaka tu kg saya..rasa rindu plk nk blk kg..
Ma pun pernah berkursus di Naza Talyya beberapa bulan lepas..., teringat menu masakannya..., puas hati... sedaaap..!
meh la ble dating ngan saya... :)
2 in 1.. kursus & bercuti.. mmg terbaik la kak!
Post a Comment