Tuesday, October 25, 2011

Idea Dining Table di Dapur Comel


## Update dari rumah :)


Dapur baru bersaiz kecil dan sedikit comel. Tak seluas dapur lama. Kalau dulu meja makan 6 kerusi bisa disumbat tetapi tidak di rumah baru. Sedikit idea untuk abah Izz, mak cedok dari katalog IKEA.  Harap ambil perhatian.

Drop-leaf table memang sesuai dipasang di dapur rumah baru kita. Saiznya kecil dan boleh dilipat ke dinding jika tidak digunakan. Yang paling penting, menjimatkan ruang.

 
NORBO

Wall-mounted drop-leaf table, RM149.  Ada 2 warna pilihan; antique stain dan birch. Gambar atas warna antique stain. Mak rasa macam sesuai je warna meja ni dengan dapur baru kita. Abah kata, letak 2 kerusi aje di dapur. Untuk jimat kos, mak pilih stool kat bawah ni. Stool yang sama di rumah Kak Ngah. Kukuh, tegap dan murah.


 
FROSTA 

Ada 1 warna je, birch plywood RM35. Eh tetiba rasa stool ni sesuai ganding dengan meja warna birch pulak. Heheh!  Total kos:  Meja + 2 buah stool = RM219. Macam ok je harganya bah.

Amacam? 


Kalau setuju, jom pergi IKEA ^___^
 

8 comments:

~~AzaLea~~ said...

sgt sesuai dgn padanan warna kabinet sekali...

Nk ikut g ikeaaaaaa...

BoB said...

pilihan yg bijak!! ekekeke

WILAYAH C.T.M said...

wuuu..rumah baru u..akak kat presint 5 kan.dekat la ngan geng2 lain kan.ramai kat situ.

Deqna said...

ok sgt lah tuh.. apa kata nanti tunjukkan gambarnya yer...

faraherda.razalan said...

Klu sy, jadi kaje. Hiks~ Tp kena bt comparison gak. Ikea mmg bagus tp kena survey abis2 gak.

Mamatasnim said...

Hai salam perkenalan..selamat berpindah ke rumah baru..seronok tang deco2 rumah ni..survey segala majalah..:)

Kamariah Awang said...

Ok, Uji.. Simple. Keluasan rumah disesuaikan dengan perabut, dah tentu nampak menarik.

Liza Razak said...

suka gila konsep drop-leaf table ni..jimat ruang !! dah lama x pegi ikea..nk kena pegi jugak ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!