Thursday, October 6, 2011

Dah Jumpa!

Weekend lepas aku tidak berupaya melakukan aktiviti2 normal kaum ibu berkerjaya pada hujung minggu (mengemas rumah da) sebab busy mengoperasi rumah baru pada hari Sabtu (akan diceritakan kemudian bergantung kepada mood) dan balik kampung tanam jagung pada hari Ahad.

Kerja-kerja rumah langsung tak bersentuh. Kain baju tak berbasuh (pakej tak bersidai dan tak berlipat masuk sekali ye), rumah tak bersapu, tak bermop, tak berkemas serba-serbi la :(  Malu nak cerita lebih-lebih nanti memperlihatkan ketidakmampuan seorang wanita berfungsi sebagai seorang isteri dan ibu yang baik :)

Ahad malam sampai di rumah macam lipas kudung basuh kain baju 3 trip sekaligus, menyidai kain malam tu jugak sampai senget-benget ampaian umur 3 tahun tu, mana ruang dan lubang boleh disangkut hanger baju sume aku redah. Yang penting, kain baju stok beberapa hari harus settle! (tapi tak settle jugak pun sebab yang kena cuci tangan tak sempat nak sentuh langsung)

Esok dah Jumaat, aku mula merangka plan untuk mengemas secara total pada weekend ni sebab dijangka (wah ayat) dijangka weekend depan ada projek besar sudah menanti. Keberangkalian untuk berada di rumah melaksanakan aktiviti pembersihan adalah 30% sahaja. Jangan carik pasal, baik ko pulun weekend ni! *baik tuan!

Untuk dapatkan motivasi bukannya mudah. Atas kerajinan BW (hah nampak sangat takde keje kat ofis) akhirnya......! Aku telah menjumpai blog ini http://mengemasrumah.blogspot.com (sape senasib dengan aku jom ramai2 pakat senyum lebar)

*ke.. korang dah tau aku je yang ketinggalan???

Terima kasih Adieyza kerana dari blog kamulah saya peroleh blog motivasi mengemas rumah ni. Mudah2an selepas memfollow blog ni aku akan sentiasa bermotivasi untuk SELALU dan RAJIN mengemas rumah secara TERANCANG dengan kaedah yang BETUL dan TEPAT.

Entry tanpa gambar macam badan tanpa roh. Maka nak share dengan kamu semua contoh gambar sebelum dan selepas mengemas:

Sebelum 


 Selepas

 Sekadar gambar hiasan :)


(chaiyok chaiyok untuk diri sendiri) ^__^

Thanks again Adieyza dan Dahlia (writer blog Mengemas Rumah)


7 comments:

WILAYAH C.T.M said...

kamon..kamon!hrp2 berjaya mengemas ye.nasib la tu gambo contoh je..kalau gambo betul..ishh...ishhh..ishhh.adieyza officemate i tau..weeeeee..

Mak Izz said...

hehehe... (nt dh ada anak 2 baru awok fhm perasaan sy)

oh ofismet awak ye sirim. harap2 dia bkn PA yg awak ngamok kt blog tu eyh :B

nsb baik gmbr contoh, kalo gmbr rumah sendiri (mau pengsan 14 hari 14 malam) hrp maklong!

~~AzaLea~~ said...

**Anjing adalah haram di sisi Islam yer kengkawan...** zaaaasss!!! (Cabut)...

Mak Izz said...

lea - woh ayat awak bakal menimbulkan 500 komen jika blog akak adalah blog beautifulnara (faham tak?) *utk pemahaman lanjut sila bc entry di bawah:

Pertama:
http://beautifulnara.com/gambar-nanu-baharuddin-dan-anak-anjing-yang-comel/

Kedua:
http://beautifulnara.com/pendapat-seorang-pembaca-tentang-komen-di-entri-nanu-dan-anjing/

Jangan lupa bc komen2 sekali di kedua2 entry ^___^

~~AzaLea~~ said...

wekekekeke... dh noted ngan kes nanu tu... kalau akak, jd kes nano kot... ngeh3x...

jackapron said...

I'm waiting...

Mak Izz said...

azalea - nano.. nano.. sy x sbr, sy gemar, rasanye sedap... manis masam masin, nano nano, nano nano, nano nanoooooo.. (theme song gula2 nano2 zmn kita kecik2 dulu)

jack - uhuk uhuk, terbatuks kokol pulak! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!