Friday, June 24, 2011

Shopping at Jusco Maluri

Pagi tadi bangun tidur badan sakit2, kaki lenguh2, bahagian belakang pinggang rasa nak patah. Adui.. inilah akibatnya membeli-belah tak sedar diri di pesta jualan murah tanpa pengawasan suami. Iewwww... sakit!

Semalam adalah hari terakhir Jcard Membersales di Jusco Maluri. Dekat dah tu dengan rumah mak. Awal2 dah janji dengan Yang nak buang duit  dekat sini. Mintak ijin dengan Farizal nak pergi Jusco terus lepas balik kerja. "Pergilah.. jangan balik lambat!" Ho yeah...! *jarang tau dia bagi shopping pas balik kerja.

Janji dengan Yang jam 6 di Jusco. Tapi aku biasalah, janji melayu kan kul 6.20 baru terhegeh2 jalan kaki dari jejantas LRT Maluri ke Jusco. 6.30 sampai. Roger Yang dia tengah sedap melantak kat KFC. Sebab aku puasa maka tahan nafsu je dulu. Moh kita shopping dulu, dekat2 azan nanti baru cari port berbuka.

Ini 1st time aku pergi Jcard Membersales. Sebelum2 ni rajin jengah Scard Day je dekat Sogo. Harga sales lebih kurang sama dengan Sogo, cuma umat yang berasak2 di Jusco kurang sedikit. Lepas tu lebih ramai kaum Cina di sini, maklumlah kawasan chinese kan.

Aku tak jengah semua tempat pun. Just pergi supermarket nak tengok harga susu, hem takde sale pun. Then lalu kat bahagian sushi (sebab tahu Farizal peminat sushi no 1) ok ada diskaun RM3, balik nanti jelah beli. Pastu naik atas pergi dept baju lelaki. Memang banyak sangat baju murah2 esp t-shirtla. Aku beli sehelai t-shirt untuk Farizal brand Muller, harga asal RM69.90 lepas sales jadi RM20.95. Material kain memang jenis Farizal suka cuma colour tu.. haha aku pilih kaler merah cili ^__^ Sabor jelah ye bah!

Selepas berpenat lelah di dept lelaki (masa ni Yang tah ke mana tak tau) aku zassss ke dept baby. Tempat kegemaranku. Tiba2 sedar diri anak2 ku bukan baby lagi tapi dah meningkat ke fasa kanak2 maka carila baju seluar untuk dorang if ada yang berkenan di mata dan di poket. Jumpa 2 helai seluar panjang brand Puppy Winks bolehla harga belas2 je utk sehelai. Pastu t-shirt Disney RM12.50. Beli t-shirt Izz brand Puppy Winks gak RM14.07. Semua harga barang after sale. Masa nak bayar kat cashier baru teringat liquid pencuci botol dah abis, so beli refill pack je RM11.90. Kesimpulannya shopping barang2 semalam tak sampai RM100. Yeah suker! Kain baju budak2 semalam bolehlah simpan stok untuk pakai raya. Eh boleh percaya ke? Hehe..

Berbuka puasa di McD. Makan burger GCB dan chocolate shake. Bila nak kuruih? Sebelum pulang, singgah di supermarket dulu untuk beli sushi bukan 1 tapi 2 plate (nak amik hati Farizal punya pasal takut dia marah kami balik lambat) Dari Jusco berjalan kaki ke stesen LRT then naik teksi terus pulang ke rumah. Sampai dalam pukul 9.45 malam. 1 je rumusan aku untuk aktiviti shopping semalam: PENAT!

Lepas2 ni aku tak boleh shopping dah. Kena simpan duit untuk agenda besar tak lama lagi. Apa la agenda tu ye. Nanti2la aku cerita (kalo macam ni, mesti tak cerita kan?) Hahaha...


Notakaki: Tahniah kepada semua pemenang contest Do I Look Georgeous in a Kebaya? Mak Izz tak menanglah, kalo menang mesti bikin entry khas. Hehe.. Tahniah juga kepada kawan baikku, UmmiRayyan kerana menang tempat ke-3. Dialah photographer hebat masa photoshoot aku tempoh hari. Maceh noks!


9 comments:

faraherda.razalan said...

Wah...tau! Agenda tu mst shopping raya kan? Hehehehe...

emma said...

haha..tau ia sgt memenatkan..sy bab shopping mmg laju..bab suh kemas umah..adoi..ayah letih la..ayah..shifaa nie nak susu..ayah..ayah..ayah..!!! kesimpulan..ayah tak bagi ibu shopping sorang2..sbb ayah tau..ibu perabih duit sgt laju..hahaha...

Deqna said...

dah lama ni tak soping kat jusco... sogo pun lama tak gi nie... sekang nie dah lah sale sana, sale sini...

nak soping gak..!!

ummirayyan said...

hui noks..soping sakan slagi tak raya..tapi bukan utk raya kan..utk bercoti le kate kan..hehehe

weh..bab notakaki tu best..hhhhehee..seronok tak terhingga tau..no3 punjadi la..tambah koleksi FM..kebaya gituew..

uiks..nape ko tak menang eh?!!saingan senget eh..ke, acik foto tak cukup bagus lagi nih...hehhee..

Kamariah Awang said...

Ma ada di KL.. Insya Allah nak shoppingmopping jak sikit2... Dah gatal2 tangan nii.. Hehe...

kfidz said...

bestnyer shopping!!! hey! u shud learn how to make shushi from yani...simpan kat fridge...hari2 blh mkn...mkn syg lar farizal kat u...auwww...kat umah ni pun amin lar peminat sushi yang yani buat...

Mak Izz said...

mommyfara - salahla tekaan awak. cuba lg! ^__^

emma - suka ayat "ibu perabih duit sgt laju" wakakak!

k'deqna - karnival sale 1Malaysia. isk isk.. (beli ketika jualan murah je tp jualan murah 365 hari setahun, camno tu?)

ummirayyan - eh manade shopping utk bcuti, salah teori ko ni. shopping utk rayala beb, sket2 lama jd bukit :)

aku dh wt post mortem nape aku kalah contest kebaya tu iaitu:- kebaya aku paling hodoh antara sume contestant sbb sgt simple, no sulam, no manik blink blink n blablabla. aku tgk pemenang punye kebaya sume sarat barat dgn motif kerawang sulam & of coursela look gojes kan.

takat posing gojes (aku la minah perasan tu) tp kebaya cikai, cmne nak menang? (eh ni post mortem aku buat sendiri maka sape x setuju p duduk wangsa maju) ^__^ anyway ko mmg layak menang noks! kebaya nyonya merah tu SGT GOJES!!!

ma - haha.. ma juga dah terjebak, sila2.. gatal tangan menyopping takpe, jgn gatal tangan nak menampor org. acik x rela auwww..

k'fid - oh musti2. dgn segala hormatnye yani dilantik jd chef sushi i! (erm.. takde ke sushi frozen nk kirim kt umh i ni) hahaha... *penyakit M nak kena babap nih :P

ima said...

eh eh Jusco Maluri?
teringat dulu masa praktikal penah datang jalan-jalan kat sini dengan mamat LHDN yang kecik-kecik-putih yang korang kenenkan dulu. hihi. gedik je :p

Mak Izz said...

ima - bila pulak ktorg kenenkan ko dgn mamat LHDN? biar betik. bdk lain tuh.. bkn aku. aku bz praktikal jd PA miss leong :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!