Monday, May 30, 2011

I'm Yourss 1st Contest: Do I Look Gorgeous In A KEBAYA?

Assalamualaikum wbt

Pergh....!!! Tajuk contest very the tak hengat! Oh Kak Neenaku sayang, pertama kali diriku ingin mencuba nasib dalam contestmu yang sangat gojes ini! Dengan size badanku yang XXXL / UK 18-20 / 48 inci ini, bukan mudah untuk menjadi salah seorang peserta apatah lagi  dengan memakai kebaya =)


Namun cabaran dari Kak Neena gonjeng harus disahut! Kerana aku adalah salah seorang pembaca tegar blognya. Blogger hebat jika anjurkan contest, rugilah pembaca hebat jika tidak turut serta ^__^ (Kak Neena sila terharu)

Atas usaha yang berkobar2 macam bendera Malaysia berkibar masa musim merdeka, aku sanggup ke studio untuk berphotoshoot demi contest ini. Oh Kak Neena sila terharu lagi :) Maklumlah aku bukan insan istimewa yang punya natural skill berposing sakan. Sudahlah besar agam, tidak cantik seperti model (eleh saje je bandingkan dengan model, nape tak bandingkan dengan orang biasa je? *gulp*), pipi pula tembam ibarat pau Yik Mun. Sungguh rendah diri jika ingin mencuba nasib. NAMUN! Walaupun sekadar insan biasa NAMUN (amboi ulang 2x nampak) aku ingin menjadi insan yang berani dan berkeyakinan tinggi di samping berusaha bersungguh2 dan sedaya-upaya untuk memenuhi kriteria pertandingan sekaligus melayakkan diri merebut hadiah tempat pertama (woh... ayat berani matik)

Kak Neena sayang, meh tengok gambar pilihan adikmu berphotoshoot khas untuk contest.
(Ketawa boleh tapi ketawakan jangan tau)


Mieh mieh mieh.  Malu tau... tapi tak sangka pertama kali berphotoshoot inilah hasilnya! *sebenarnya banyak gambar yang hodoh2 tapi of courselah tak tayang dekat sini. Haruslah pilih gambar yang paling meletop kebaboommm!!! Khas untuk contest Kak Neena :)

Ini adalah kebaya moden, tidak berapa berpotongan kerana sedar diriku tidak ramping seperti insan lain. Namun keinginan untuk bergaya tetap terbit dalam jiwa selaku wanita Melayu terakhir (kononnya). Kebaya moden longgar dipilih sebagai pakaian ketrampilan diri ke pejabat mahupun menghadiri majlis keraian. Ia mesti longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh badan sesuai dengan penampilan wanita Muslimah berhijab seperti saya. Tudung pashmina labuh menutupi dada menjadi pilihan zaman berzaman. Cantik mata melihat, cantik lagi bunga2 hati dalam jiwa saya apabila dapat berkebaya walaupun tidak seramping Neena Anuar.

Pesanan Penaja:
Bersaiz besar tidak bermakna anda tidak boleh bergaya tetapi mesti kena dengan caranya!


Dengan sukacitanya aku ingin mengetag sahabat baikku di pejabat merangkap official photographer untuk photoshoot ini iaitu:


Thanks for the photoshoot dear!!! Tanpa dirimu siapalah diriku, cewah!!!

Maklumat lanjut tentang contest sila klik  banner di atas ataupun di side bar. Selamat mencuba!


So Kak Neena.... Do I Look Gorgeous In A KEBAYA???
^__^


7 comments:

ummirayyan said...

goejes sangat ko noks ala ala si N tu la..pergghhh..aku di tag lagi..mane sempat nak berphotoshoot nih..harus geledah gerobok usang ku sebab nak cari kebaya masa ku di zaman kegemilangan..wahhh...gitueww...

aku sahut tag ko nih..
kite tgk..sapa yang gojes!!!aku?!kak neena?!!ko?!!!haaaaaaa...

NeenaAnuar said...

thanks dear for joining! comeyy sangattt gambar tu! hehe.. susah payah amik gambar kat studio kann.. really appreciate it! hehe.. anyway.. good luck and all the best to you yea! ;)

Nur Irfan Juezrie said...

i likeee!! like 1000x tang mulut tu.. muncung .. seksis siott

Mak Izz said...

ros - apsal komen ko kali ni penuh tipu daya je? wakakak! cepatla join, today last date tau! amboi zaman kegemilangan kak non tu bkn sekarang ke? ^__^ GOOD LUCK!

k'neena - comey ke? maceh.. hrp2 potensi utk menang cerahla ye. mmg ssh payah kak sanggup p studio utk photoshoot. hadiah khas utk peserta berusaha bersungguh2 xde ke? (hehe ngadew)

ju - woh 1000x hanya utk mulut? lom lg yg lelain. ekekek. a'ah seksis seksas, bljr dr mentos, k'neena. hehe..

ArshSabila said...

Marbeles!!Ni baru muslimah sejati, berfesen tapi hukum syariah tetap terjaga..isteri appi suami senang ati hehehe..

*Lama dah tak berkebaya..ntah muat lagi ke idak stok baju kat mesia..nganagagaa

Mak Izz said...

ann - woh malu2 kucen plak secara tiba2 (hehe). maceh la atas pujian tinggi melangit tuh. niat di hati mmg ingin menjaga hati somi dan hati sendiri di samping memelihara syariat agama (insyaAllah).

ar.. kalo x muat nampaknye kena buat baru la. ni nk raya, apa lg ann bj kebaya la raya tahun nih. hehehe (hasut jgn x hasut)

Yap Dai Lin said...

Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!