Tuesday, February 8, 2011

Selamat Ulang Tahun Ke-62

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-62 wahai ibuku Puan Zaiton Alang Bee yang lahir pada tanggal 8 Februari 1949.

Moga emak dikurniakan tubuh badan yang sihat dan fizikal yang kuat untuk mudah beribadah kepadaNya. Moga emak dikurniakan jiwa yang teguh dan emosi yang utuh untuk menghadapi karenah anak menantu dan cucu2 yang semakin hari semakin ramai (banyak padang banyak belalang, banyak orang banyak ragam). Moga emak senang hati dan gembira di samping suami tercinta (ayah kami la tu), sentiasa bergurau-senda bersama dan tertawa melihat telatah kami yang bermacam rupa dan warna (insyaAllah).

Moga emak dipanjangkan umur (supaya dapat melihat cucu2 membesar dan dapat kami balas jasa emak) dan dimurahkan rezeki oleh Allah selalu. Moga kaki emak cepat sembuh dari luka dan bolehlah mak beribadah kepadaNya dengan penuh sempurna. Dan dapatlah kami bawa mak berjalan-jalan seantero dunia untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T.




Love U, Miss U, Care about U, Forever n Ever! Kaulah ibuku, hanya satu di dunia dan akhirat :)

4 comments:

ibu qaleesya said...

selamat ahri lahir mak.. moga panjang umur dan sentiasa di murahi rezeki..
AMIN

Deqna said...

selamat hari lahir buat ibunya. Semoga sihat2 selalu.

Nur Irfan Juezrie said...

selamat hari lahir makcik.. smg dipanjangkan umur n sihat2 selalu.. aminn...

Mak Izz said...

semua - maceh, insyaAllah. AMIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!