Thursday, February 3, 2011

Selamat Tahun Baru Cina


Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum berbangsa Cina di luar sana. Jom kongsi sedikit info tentang Tahun Baru Cina yang aku dapat dari Kerja Kursus Sejarah seorang budak sekolah.


"Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama 'Nian' membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam."


Gitu ek?


Seperti biasa, hari ni dan esok cuti umum. Agak pelik kerana kami anak-beranak tidak bercuti ke mana2. Lebih pelik bila kami berempat hanya menghabiskan cuti di rumah sambil mengisi masa lapang. Aku seperti biasa sibuk dengan kerja rumah yang tak pernah selesai. Abah membantu aku apa2 yang patut di samping mengqada' tidur yang sering terganggu oleh anak bujang kesayangan.



Anak bujang kesayangan pula menghabiskan masa dengan mem'bantu' tugas2 yang kami lakukan, memacu keretanya ke hulu ke hilir, me'ngemas' rumah selagi boleh dan meniru aksi penari2 dalam show Live to Dance.



Hasanah semakin hari semakin pintar mengisi masa lapang. Selain tidur dan menyusu, Hasanah juga sudah aktif merangkak, memanjat, meniti dari satu tempat ke tempat dan tengahari tadi satu lagi aktiviti fizikal telah berjaya Hasanah lakukan iaitu mendaki tangga (tentulah dengan bantuan aku yang tidak henti2 memberi sokongan moral) Ekekek.


Eh oklah, tiba2 Farizal suruh goreng keropok. Da...

2 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wah.. ada entry tahun baru cina.. kelesss.. di smping ada gambar 2 wajah kesayangan tuan hamba.. heheh

Mak Izz said...

azam bulan ni, 1 hr 1 entry (selagi terdaya). hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!