Tuesday, February 1, 2011

Selamat Hari Wilayah

Selamat Hari Wilayah bagi mereka yang tinggal dan bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Bahagianya bila bangun pagi, buka mata dan bisik pada diri sendiri "Hari ni cuti. Yahoo!" Tiada apa yang lebih indah dari hari cuti :)

Apa erti hari cuti bagi seorang ibu yang bekerja? Hari cuti adalah hari untuk menyelesaikan segala kerja rumah yang tertangguh. Basuh, sidai dan lipat baju, menyapu dan mengemop lantai, mengemas dan membersihkan rumah, menyental bilik air yang berkerak dan sebagainya. Apatah lagi sekarang adalah musim hujan, kain baju kotor berbakul2 menunggu queue untuk dibasuh, ampaian pula penuh dengan kain-kain lembab.. Ehem! Hari cuti dengan cuaca yang baik adalah sangat ditunggu2.

Beruntung sekali jika punya anak bujang yang rajin, sudi membantu aku mencuci pakaian di bilik air walaupun tanpa disuruh.






Alhamdulillah, hari ni cuaca amat baik sekali. Mendung waktu pagi, beransur2 panas menjelang tengahari dan mendung semula bila jarum jam menginjak angka 3. Walaupun panas hanya seketika tapi sudah cukup untuk mengeringkan selimut dan toto yang Izz muntahkan pagi tadi. Phewww...

Nasib baik Izz 'rajin' membantu. Alahai...

5 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wow.. izz basuh baju.. rajin sunggh!

Anonymous said...

boleh buat menantu nih..

Deqna said...

ini kena dera ke apa? hehehehe..

rajinnya dia.. ke nak main air nie?

Mak Izz said...

jue - bukan rajin tp 'rajin'

sue (cik anon) - boleh2 tp hantaran jgnla tinggi2 sgt. ekekek..

deqna - terlupa tutup pintu bilik air, inilah jadinya. pantang masuk bilik air, mcm2 aktiviti. ps basuh kain ni mmg kena debik sekali dgn mak dia :)

~Cik Kenari Hitam~ said...

alahai... rajinnyer abg izz nih... hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!