Friday, February 4, 2011

Perihal Khemah

Istimewa untuk trip ke Riverside tempoh hari, Farizal beli khemah untuk kemudahan kami & kawan2nya.

Selepas solat Isyak, bergegas Farizal ke Carrefour, Bukit Rimau seorang diri untuk membeli khemah impian hati. Sekembali dari Carrefour, bermulalah acara pasang-memasang, cucuk-mencucuk (khemah da..) dibantu oleh anak bujang kesayangan.

Lokasi: Ruang tamu, rumah Jalan Kebun.



Yezza! Khemah yang telah siap dipasang di tengah2 ruang tamu. Sengaja pasang di dalam rumah untuk menjaga kebersihan. Pintu khemah mengadap kabinet tv supaya boleh menonton sambil berbaring (di dalam khemah). *Abaikan mangkuk makanan Izz, tak reti letak dalam sinki lepas makan. Isk.. anak sape nih?



Izz yang SANGAT teruja pada malam tersebut. Tak henti2 keluar masuk keluar masuk dari khemah. Jerit2 ketawa riang. Hehe.. mak Izz pun excited juga. *Hasanah tidak terkecuali. Ralit menyedut susu.



See! Boleh berbaring sambil menonton rancangan kegemaran anda di kaca tv. Sudahnya malam tu 3 beranak (aku, Izz dan Hasanah) tertidur dalam khemah. Mujur ada aircond, so takdela kepanasan kami. Pengalaman aku: Best jugak tidur dalam khemah ni (walaupun dalam rumah). Abah Izz tak tidur sekali sebab tak muat, bagi peluang kat anak2 buat gaya bebas sepanjang waktu tidur. Hehehe...


Alhamdulillah, khemah telah selamat digunakan di Riverside sebagai tempat menyalin pakaian sebelum dan selepas berendam dan menjadi tempat lepak/tidur anak2.




Khemah di tepi sungai.






Syoknya dorang tido! Mak dan abah Izz pun syok sebab boleh rehat! Phewww~


Bila lagi nak guna khemah ni yek?

4 comments:

suzila said...

Hmboi anak2 ko....btol2 da kuang lentang. Nsb gmbar mak die join kuang lentang xde. hahaha

Nur Irfan Juezrie said...

sgt berguna beli khemah ini.. cpt plan ke mana2 pulak utk guna khemah ni.. heheh

Mak Izz said...

suzi - gmbr mak kuak lentang eksklusif utk tatapan abah izz je. wakakak!

jue - yup, very useful! nk ke mana ek? rancang trip je pn dh letih. lom pergi lg. hoho..

ummirayyan said...

mak izz..jom..piknik dekat dekat pun ok jer..
aku nye sampai da koyak2..leh nampak sape yang kuak lentang tu...huuuhhhhh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!