Thursday, February 10, 2011

Mari Makan Kek

Kelmarin birthday mak. Ada la buat makan2 sikit. Aku beli kek, tak sangka ayah dalam diam belikan aiskrim. Amboi dah tua2 pun nak celebrate birthday ke? Isk.. takdela sampai ke tahap itu. Saje nak gembirakan hati mak.

Sejak operation ni mak takde ke mana-mana. Duduk di rumah aje. Kalau boring2 tu mak keluarla juga rumah jenguk tanam-tanaman dia kat depan rumah tu. Bosan2 singgah juga ke rumah jiran borak2. Kesian mak kan? Apa nak buat... luka di kaki belum sembuh lagi. Hopefully kaki mak sembuh cepat dan teringin betul rasanya nak bawak mak jalan2 hirup udara segar kat luar. Udara pantai ke.. udara bukit-bukau ke.. tak kisahlah. Janji bawak mak berjalan. Aku ni pantang 44 hari pun dah bosan sangap duduk rumah. Inikan pulak mak dah dekat 2 bulan duduk di rumah aje. Boring kan?




Sila baca tulisan di atas kek dan jari siapalah penyibuk tu :)



Lor.. birthday sape nih? Dah 62 tahun ke abg Izz oi...



Manjanya pasangan yang duduk atas katil tu. Ayah senyum leret lagi. Hasanah hanya dapat tengok mak makan ye. Mintak maap banyak2.



Hasanah merangkak dari sorang ke sorang nak kecek kek. Sori ye dik!



Hasanah tengok mulut mulut abg Izz ni, huargh.... rugi tak dapat makan. Kek ni sedap tau!!!

Jenuh menjaga Hasanah daripada menerpa pinggan mereka yang sedang makan. Izz pulak tak henti2 makan aiskrim. Isk isk.. tak boleh makan banyak2. Hidung tu baru nak baik selsema. Apapun raut wajah mak happy sangat malam tu. Aku tau dia gembira bila anak2 & suami ingat birthday dia & belikan kek makan ramai2. Aku ada belikan mak hadiah, sejak kahwin ni tak pernah lagi aku belikan dia birthday present. Huhuk.. sedih pulak rasanya. Jadi petang Isnin hari tu, balik kerja sempat singgah Jalan TAR belikan tudung untuk mak. Alhamdulillah... mak nampak happy sangat. Moga mak semakin sihat dan ceria!

Sayang mak!

6 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

sedapnya kek.. cian shanah x dpt mkn kek..takpe.. tnggu besar sket lg ek??

K.I.K.A. said...
This comment has been removed by the author.
K.I.K.A. said...

tdg yg mak pakai tu ke hadiah nyer??? =p

Mak Izz said...

jue - kek Tiramisu sgt sedap dari The Baker's Place (kedai org melayu kita)

izzah - yup! shantek tak? sila ckp shantek. hehe..

K.I.K.A. said...

ok la...bkn apa, cm besar meno majlisnye smpai mak pkai tdg...even gmbr2 sume bkn fokus pd mak...kui3... XD

jackapron said...

izzah - k'chik yg suruh pakai tudung (nk update dlm blog la katakan). Gmbr2 mmg xde fokus pd mak, coz i bkn photographer time tu. blame k'lat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!