Wednesday, February 2, 2011

3 Langkah Asas Merawat Wajah

Sejak berkahwin aku tidak betah lagi menjaga kulit muka. 3 langkah utama dalam penjagaan asas wajah; membersih, menyegar dan melembap kulit tidak lagi aku amalkan. Huh, patutlah wajah semakin hari semakin kusam. Mempunyai anak kecil berjumlah 2 bukan alasan untuk tidak lagi mempunyai kulit halus dan gebu. Katakan tidak kepada sikap malas menjaga muka!


Atas keprihatinan diri sendiri dan sedar diri kulit wajah semakin uzur dan tidak bermaya maka.. Nah! Set penjagaan wajah ANEW Rejuvenate dari Avon aku promosikan pada korang semua secara percuma. Cewah... (Percuma info sahaja, percuma produk lain kali ye)



Membersih dengan menggunakan Rejuvenate Revitalizing 2-in-1 Gel Cleanser. Gel jernih dengan mikrobeads hijau muda. Setiap kali mencuci muka pasti rasa bahagia kerana bau gel yang wangi memikat halwa hidung. Harga: RM39.90 (125ml)



Rejuvenate Revitalizing Mineral Toner atau penyegar. Gunakan selepas membersihkan muka dengan cleanser. Titiskan toner pada kapas muka yang bersih dan urut lembut pada wajah dan leher. Anda pasti terasa segar lebih2 lagi kalau kipas angin betul2 mengadap wajah anda ^___^. Harga: 45.90 (100ml)



Rejuvenate Revitalizing Day Cream SPF 25 atau krim siang. Melembap kulit wajah dan menghalang pancaran sinar UV terus ke kulit empuk anda. Sapu tipis di wajah untuk jimat. Eh bukan.. Sapu tipis di wajah sekiranya kulit adalah jenis berminyak. Guna selepas memakai penyegar. Harga: RM72.90 (30g)


Rejuvenate Revitalizing Night Cream atau krim malam. Juga berfungsi sebagai pelembap kulit anda yang memerlukan rehat yang panjang di malam hari. Sapu lebih sedikit sekiranya tidur dalam air-condition. Harga: RM42.90 (15g)



Rejuvenate 24 Hour Eye Moisturizer Day Cream SPF 25 and Night Cream. Sapukan pada lingkaran mata secara lembut untuk mengelakkan mata sembap dan kedut. Tapi kalau tiap2 hari tidur lewat atau hobi adalah menangis, lumur setiap hari pun tiada gunanya. Harga: RM55.90 (10g + 10g)


Wah.. apakah??? Cukupla aku promosi 5 produk di atas sebagai langkah-langkah merawat kulit wajah yang semakin hodoh. Untung2 berkesan untuk melambatkan penuaan :) Terpulang pada individu untuk menggunakan apa jenis produk yang anda suka tetapi dengan 3 langkah utama yang aku sebutkan tadi 1) Membersih 2) Menyegar 3) Melembap, insyaAllah kulit wajah anda akan terus terpelihara dari noda dan cela. Bye bye kulit kusam!


Mesti korang pelik kan apa mimpi aku buat entry pasal penjagaan wajah ni? Selain daripada ingin memotivasikan diri sendiri untuk kembali merawat wajah, aku juga ingin berkongsi tentang cerita ini. Kejadian berlaku pada 2 minggu lepas.


(Lokasi: Pejabat aku di Jalan Raja Laut)


K'Jizah: Uji, akak ada pencuci muka dekat rumah tak pakai2. Dah lama simpan macam tu je. Uji nak?

Aku: Brand apa kak? Kalau ok, saya belilah.

K'Jizah: Brand Avon. Yang kaler biru tu.

Aku: Kaler biru? ANEW ke? Ala.. ANEW mahal.

K'Jizah: Ala.. dengan Uji akak jual murah la.

Aku: Ye ke? Ok, akak bawak dulu esok. Kalau berminat, saya beli.

K'Jizah: Ok! Esok akak bawak.


Maka keesokan harinya seperti yang dijanji, K'Jizah pun bawa la pencuci muka yang dikatakannya. Bukan setakat pencuci muka, tapi dia siap bawak toner, eye cream dan facial mask. Aku pun tengok dan belek2. Ok gak ni. Pencuci muka dia bawak bukan 1 tapi 3. Fuh, kalau beli boleh jadikan stok untuk beberapa bulan ni.


Aku: Kak, kira jadilah ni saya beli. Berapa akak nak jual?

K'Jizah: Uji bayar RM15 jelah untuk 1 barang.

Aku: Ye ke? Ok! Gaji bayar ye kak (hehe).

K'Jizah: Tak kisah... Akak jual ye.

Aku: Saya beli! (sambil melompat riang ria rejoice)

*Nota: Aku hanya beli 5 barang sahaja, facial mask aku tak beli sebab dah ada.



Dan... Aku hanya bayar RM75 untuk produk bernilai RM221.75. Penjimatan sebanyak RM146.75!!! *Speechless*

Info lanjut tentang produk ANEW klik Avon Malaysia Skincare ANEW.

P/S: Pencuci muka aku hanya guna 1, lagi 2 aku jual pada Along dengan harga RM50. Tiba2 dapat untung RM20. Terima kasih K'Jizah :P

3 comments:

wifemdnavy said...

Amacam, berkesan ke produk ANEW ni.. saya pakai Safi Rania je.. Alhamdulillah, ramai la tegur selepas 4 minggu pemakaiannye.. ;p

Jom join 1st GA Pearl By mOoN.. Akak dah tag Mak Izz

Mak Izz said...

wifenavy - br je guna x sampai seminggu. ntahla sy rs mcm ok tp pasni rasanya x beli dh kut (mahai). safi rania ok ek? blh gak cuba pasni :) join GA? tq2 nt sy join. maceh sudi tag sy.

ummirayyan said...

wahh..makin chantek la pasnih..
aku gune Fair & Lovely je..ok gak..mur mur gak harge nye..

ack suke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!