Friday, February 11, 2011

11 Azam 2011

Hahak dah masuk 11 Februari baru gatal nak tulis azam tahun baru. Eh aku punya suka ler! Sape tak suka, pergi makan nangka! :)

Sebelum berakhir tahun 2010, aku ada la buat list azam tahun baru aku. Hehe.. setiap tahun pun ada azam. Tercapai ke.. tak tercapai ke.. hanya AKU je yang tahu.

Maka pada tahun 2011 ni, aku berazam untuk mencapai azam-azam berikut:

1) Menambah ilmu, iman dan amal dalam ibadat umum dan khusus
2) Bekerja dengan lebih tekun dan rajin
3) Menepati masa tidak kira di rumah mahu pun di pejabat
4) Mencapai sasaran minima 20 entry sebulan (azam khas untuk my blog)
5) Lebih kemas dan teratur dari segi penampilan atau tugas2 di pejabat
6) Lebih RAJIN (memasak, mengemas rumah, melayan suami dan sebagainya)
7) Memelihara mata, mulut dan tingkahlaku daripada melihat, bercakap dan melakukan perkara2 lagho dan tidak berfaedah
8) Menyimpan duit di dalam bank setiap bulan
9) Berbelanja secara berhemah
10) Lebih banyak membaca buku!
11) Menjaga kesihatan dengan mengawal pemakanan dan mengamalkan senaman ringan setiap hari (fuh.. macam susah je nak ikut)

Semoga aku berjaya mencapai azam-azam di atas menjelang akhir tahun! InsyaAllah...

Pesanan untuk aku: Tanpa keberanian + (usaha yang jitu dan sokongan yang padu), mimpi tidak bermakna" Cewah...

5 comments:

Deqna said...

selamat menunaikan azam... semoga terlaksana dengan jayanya...

InsyaAllah.. InsyaAllah.. ada jalannya... (maher zain)

lynaleng said...

i suke yg no 7 & 11 uhuk3x terbatok plakkk hehehhe

~Cik Kenari Hitam~ said...

somoga azam tahun ni tercapai....

~Cik Kenari Hitam~ said...

somoga azam tahun ni tercapai....

Anonymous said...

wah..wishlist you banyaknyer...good2..good luck ye. nnt akhir tahun jangan luper kiter playback balik wishlist you nih, ye..hikhikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!