Sunday, January 16, 2011

Update Tentang Emak

Alhamdulillah mak telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN pada 23 Disember 2010 lalu, sehari sebelum majlis pernikahan Along. Pembedahan berjalan lancar. Bagaimanapun, mak terpaksa disorong semula ke Dewan Pembedahan kerana berlaku pendarahan selepas 8 jam dibedah. Doktor dan jururawat mengambil masa 3 jam untuk membetulkan keadaan, alhamdulillah berjaya. 3 hari mak di ICU, hari ke-4 mak kembali sedar dan boleh bercakap seperti biasa. Jururawat beritahu kami, mak mengambil masa lebih lama untuk sedar berbanding pesakit lain tetapi setelah sedar, progress mak lebih cepat; mampu berjalan dan melakukan aktiviti2 fizikal ringan (semasa fisioterapi). Hari ke-5 mak dihantar ke wad biasa.

Tahap kesihatan mak semakin hari semakin baik. Seminggu selepas pembedahan mak terjatuh di bilik air, astaghfirullah. Harapan untuk discharge awal terpaksa ditangguhkan. Seminggu lagi mak berkampung di IJN dan alhamdulillah 5 Januari 2011 mak dibenarkan pulang ke rumah. Keadaan mak di rumah semakin baik, cuma luka di kaki lambat sembuh. Setiap hari mak mesti ke klinik untuk membersihkan luka di kaki. Luka di dada alhamdulillah sembuh sepenuhnya. Adik menjadi nurse sementara di rumah menjaga emak (emak adalah pengidap diabetes sejak 23 tahun lalu). Pemantauan gula dilakukan 2 kali sehari menggunakan glukometer ditakuti faktor pemakanan memberi kesan terhadap gula dalam darah dan melambatkan proses penyembuhan luka di kaki. Terima kasih kepada jiran, Tok Maarof yang sudi meminjamkan katil bujang buat sementara dan terima kasih Cik Misah kerana meminjamkan tandas duduk mudah alih untuk kemudahan mak ketika ini. Alhamdulillah.. terima kasih banyak2.

Pemeriksaan lanjutan mak di IJN adalah pada bulan Februari nanti.

**Maklumat lanjut Bypass Surgery klik sini

4 comments:

ena said...

G alhamdulillah mak ko makin pulih. Aku doakan mak sihat mcm dulu, diabetes tu biase la.. Mak aku pn ada problem jantung, skrg ni just continue mkn ubat je..n mak aku dh kurus sikit tau, aku plk yg makin debab huhu

Mak Izz said...

ye ke? jeles plak cik midah dh kurus. kita ni bila lg? *ko debab tu x dapek aku nk nolong. heheh..

Nur Irfan Juezrie said...

alhamdulillah..mak akak semakin pulih..harap dia pulih sepenuhnya dgn cepat.. aminn..

Mak Izz said...

jue - insyaAllah t.kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!