Hohoho... (dah macam Santa Claus pulak). Punyalah lama tak menjawab tag kan? Last aku jawab tag bulan Ramadhan al-mubarak lepas. Sebab nak banyakkan entry dan malas nak karang ayat bikin cerita mari kita jawab tag secara berjemaah.
Tag adalah dari 'pengetag tegarku' siapa lagi tak lain tak bukan Puan Juliana Jaafar. Hah nama penuh aku letak kat situ. Dia tag aku bulan Jun lepas. Mungkin sebab aku dalam pantang masa tu, maka tak sempat menyempat nak jawab tag. So... silakan menjamu mata!
1) Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Layak dipanggil kawan lagikah kalau sampai hati tikam aku dari belakang? Memang pernah kena pun :) Pedihnya bagai menyiat2 tangkai jantung.
Tindakan aku waktu tu (dan waktu2 lain jika ada, harap2 tak berlaku la):
1st) muhasabah diri (mungkin aku ada buat salah silap)
2nd) sedar diri tiada manusia sempurna dalam dunia ni
3rd) berhati2 dengan 'kawan' tersebut
4th) bila marah dah reda, sedia memaafkan. Kita pun tidak sempurna mana.
2) 6 orang di hati anda?
1) Suami
2) Izz Haris
3) Izni Hasanah
4) Emak
5) Ayah
6) Myself (selfish kan?)
3) Anda rasa anda comel?
Kecil2 sangat comel. Dah besar sikit pun comel juga. Masuk remaja dan zaman anak dara perasan comel. Sekarang? Paling comellllllllll (faktor berat badan diambilkira)
4) Single or taken?
Taken ler. Puan kan sekarang. (bila nak bergelar Datin ni?)
5) Blog yang anda suka?
Semua blog di list Favourite Blog dalam blog ini (side bar belah kiri) - berapa banyak sebut blog daa..
6) Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Tidak (tak nak jawab panjang2 takut mengaibkan tuan punya blog :P)
7) Lagu terakhir yang anda dengar?
Lagu kanak2 "Main Lompat" (pasang dvd Lagu Kanak-Kanak untuk Izz & Hasanah)
8) Last text message?
Text masuk dari Erin: "salam.. sy lewat msk office arini.pengasuh anak sy ada urusan keluarga..sekiranya pengasuh sy tiada lebih dr 4 jam sy akan EL..tq"
Text keluar dari aku: "Uji cuti hari ni :)"
9) Last phone call?
Dari Kak Eja, my bestest fren yang kini dah jadi Cikgu Eja.
10) Hari terakhir anda menangis?
Malam tadi masa tengok drama "Grey's Anatomy". Touching betul 1 part tu.
11) List lima color favorite anda?
Pink, Purple, Light Brown, Black & White
12) Orang terakhir anda ber-YM?
Petang semalam dengan 'pengetag tegarku'
13) Game paling anda suka?
The Sims
14) Adakah anda peminat MCR?
My Chemical Romance kah? Tak tau pun apa2 pasal dorang.
15) Apa perasaan anda jawab tag ni?
Biasa2 je. Tak stress sebab tak perlu fikir banyak sangat.
16) Anda rasa tag ini best?
Not bad
17) Tag lagi 10 orang
Dengan bangganya aku mengetag 10 follower aku yang sudi nak jawab tag ni, dipersilakan!
Tamat sudah Tag Pertama untuk tahun 2011. Bila2 free nanti aku cuba langsaikan tag2 tahun lepas ye. Da..
3 comments:
izah termasuk follower k.cik x???
ko follow ke tak? sukati ler kalo nk buat tag ni. banyakkan entry gituk!
Post a Comment