Tuesday, January 11, 2011

Jalan2 di Jeram

Entry lepas korang dah tahu tentang kijing, mentarang dan ala-ala kan? Manalah aku jumpa menatang2 tu kan?

Malam Sabtu hari tu selepas seram sejuk tengok filem Thailand, 4bia di TV aku dan Farizal ke Rawang (rumah Kak Ngah). Ada projek sikit kat sana. Hari Ahad tu Kak Ngah tanya la nak jalan ke mana2 tak? Of coursela nak berjalan kan. Tapi tak tahu nak pergi mana. Aku tanya Dian (anak Kak Ngah yang sulung umur 7 tahun), "Kak Long, kat Rawang ni apa tempat yang best?" Dia jawab "Tescolah" Cisss.. Tesco best? Dahle aku selalu ke Tesco Cheras tu, boleh kata tiap2 minggu.

"Selain Tesco?" Tanya aku pada dia, boringlah takkan nak pergi Tesco je. "Kalau tak nak Tesco, Jusco lah"

"Jusco? Mana ada Jusco kat Rawang!" Pastu Dian senyum2 pandang aku. Cheh! Kecik2 dah pandai menipu. Pastu Dian cakap lagi "Mana ada tempat best kat Rawang ni..." Hehe.. kesian pulak dengan dia.

Pastu Kak Ngah cakap "Eh jom nak pergi Jeram". Pergi Jeram? Ada apa kat sana?

"Ada pantai, boleh main layang2, boleh makan seafood"

Hohoho... orait. Jeram pun Jeramlah walaupun pun masa tu tengah tengahari buta, panas rembang pulak tu. Aku suruh Kak Ngah bawak kamera untuk berfoto2an. Tapi bateri weak pulak. Charger tertinggal kat ofis somi dia. Cheh!

Untuk pengetahuan korang, Jeram ni adalah sebuah tempat di Kuala Selangor. Dari Rawang ke Jeram tu perjalanan dengan kereta ambil masa dalam 30 minit jugala.

Maka dari tengahari sampai ke petang di sinilah kami berpoya2 dua keluarga. Gambar search google je (kopipes tanpa izin dari blog zachatta), gambar sendiri takde :(


Pantai Remis, Jeram. Macam ni la ramainya orang masa aku pergi hari tu.



Macam-macam jualan. Makanan, pakaian, cenderamata dan sebagainya.



Pantai berbatu di waktu senja (kitorang takdela lepak sampai senja pun)


Lepas jalan2 tengok arnab dan ikan laga (turut dijual), kami menjamu selera di salah sebuah restoran di situ. Tak perasan pulak apa nama restoran tu. Pesan nasi untuk 9 orang makan (padahal orang dewasa cuma 4 orang, apakah???), 1 pinggan mentarang masak sambal tumis, 1 pinggan kepah masak sos, 2 pinggan kijing (1 goreng tumis, 1 goreng berlada), 2 bakul kerang rebus dan 1 pinggan sayur campur, total semua (termasuk minuman) adalah RM88. Mahal ke murah ek?

Rasa? Sedap nak mams! TERBAEK WOKKK... nanti aku tanya Kak Ngah apa nama restoran tu ye. Bolehlah korang anak beranak atau bawak girlfren/boifren makan kat situ. Memang tak menyesal!

Bila perut dah kenyang, kami pun jalan2 tepi pantai tengok orang main layang2. Jenuh kejar Izz kulu kilir. Sampai taknak balik la dia. 4.30 petang kami mula beransur pulang. Sempat tapau air kelapa, air tebu & air laici (kaler biru) dan beberapa peket kerepek. Ole-ole yang kami bawa dari Pantai Remis, Jeram adalah mainan 3 RM10 dan bubble gun yang Izz teringin sangat nak main (tapi lebih banyak dimain oleh Kak Long).

Itulah penangan hujung minggu kami yang lepas. Seronok bawak budak2 (mak pak budak2 pun seronok juga) Lain kali kita datang sini lagi ye! Bye bye.

4 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

pantai remis ok!!! hehehe

Mak Izz said...

terkejut gak masa baru sampai tu. ingat pantai remis kat perak je. hehe..

Deqna said...

Menarik gak Jeram ni yer... lama sungguh tak pergi.. eh ke tak pernah pergi langsung kot..hehe

Mak Izz said...

deqna - aik.. camne leh ingat2 lupa dah pergi ke belum ni? erm boleh pergi lagi bawak marissa. best wo makan seafood kat ctu. marissa amik bau jelah :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!