Wednesday, January 19, 2011

Fella Design Y.E.S


Tak sangka Fella Design buat Year End Sale di Carrefour berdekatan rumah kami. Aku dah pergi jengah awal bulan lepas. Cantik2 ko! Ikutkan nafsu memang nak sambar satu. Tapi bila fikirkan semula, mana aku nak letak weh? Rumah bukan besar sangat. Perabot yang sedia ada sekarang dah kira cukup molek dah. Kalau rumah yang comel ni sesak dengan perabot, kesian pulak Izz nak vroom.. vroom.. dengan kereta dia. Kesian jugak dekat Hasanah yang suka golek2 macam bantal golek. Kang buatnya dia golek2 sekali terlanggar sofa. Uwaaa... golek2 lagi terlanggar meja pulak. Uwaaa.. lagi. Kang aku pulak yang uwaaa sebab geram dengar dia menangis. Maka takpelah, biar aku simpan je dulu nafsu ni. Tunggu beberapa tahun lagi kut2 ada rezeki extend ruang tamu besar lagi ke (hoho..) bolehlah beli perabot impian hati. Wah...








Stool panjang tu RM279. Stool pendek pulak RM199. Stool bulat yang gambar last tu RM69. Berbaloi2. Aku try duduk memang empuk yang amat... Mula2 macam takutla juga nak duduk atas stool yang boleh simpan barang tu kan, manala tau kut2 terlobos ke dalam ke.. badan bukan kecik2 orang. Tapi.. tak u ols. Stool adalah sangat empuk dan kukuh. Produk Fella Design semua orang pun tahu kualiti dia macam mana kan. Memang tak menyesal lah kalau beli. Lebih2 lagi kalau husband yang bayarkan :)

Agak2 korang apa la barang yang nafsu aku menggebu-gebu nak beli tu kan? Hehe.. Turut dijual cermin hiasan, meja kopi & side table. Kualiti memang tiptop tanpa was was! Kalau rajin pergila jengah (alang2 tu lajak ler sampai ke rumah aku, hehe). Sale sampai 23 Jan nanti. Masih sempat weh...

2 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wah. berbaloi2.. tp betul la.. klu dh ada perabot n masih elok buat pe nk bazirkan duit kan.. lain la umah ada 2-3 hall.. leh la.. hihi..

takpe.. nti perabot sedia ada dh rosak, harap2 ada lg la sale yg barbaloi2 ini..

Mak Izz said...

u r rite! sale ni every year ada. so standby je la duit siap2. jumpa lg YES untuk 2011. hohoho..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!