Saturday, January 8, 2011

Contest "Baby Muka Blurrr"

First time ni aku nak join contest anjuran blogger. Sebelum ni pernah juga nak join 1 contest tu tapi sebab gatal join last minute, buat pulak tengah2 malam, tiba-tiba anak meragam pulak... Dok melayan dia tidur sampai dengan aku sekali tertidur. Padan muka bila tersedar tengok2 jam dah pukul 2.30 pagi, sori naik lori la. Contest dah tutup! Sedih..

Jadi untuk mengelakkan rasa sedih itu berpanjangan aku cuba untuk join contest ni pula. Terima kasih pada penge'tag' tegarku, Mama Irfan yang tiap kali ada contest mesti tag aku walaupun tahu kebarangkalian aku untuk menyertai mana2 contest adalah suam-suam kuku. Huhu.. Jadi kali ni, untuk tidak menghampakan beliau dan untuk tidak menghampakan penganjur yang merahsiakan hadiah misterinya, aku terpanggil untuk turut sama menyertai contest ni.

Tadaa!!!


Contest "Baby Muka Blurrr"





Syarat-Syarat Penyertaan:

1) menjadi followers blog ini (UDAH, SAYA FOLLOWER KE-70)

2) letak banner aka gambar aqil di side bar blog anda (UDAH GAK, LIHAT TEPI, ADA KAN?)

3) juga letakkan banner ini dalam entry khas untuk contest ini (UDAHHH, KAT ATAS TU)

4) gambar anak anda mestilah 'dgn muka ala2 blurrr gitu' (LETAK DAH, TENGOK KAT BAWAH NANTI)

5) buat satu entry khas untuk contest ini haruslah disertakan dengan pic anak anda, nama anak, tarikh lahir anak, nama ibu dan jugak ayat2 power yg bersamaan dgn mimik muka tersebut... (OK2 DAH TERUSKAN MEMBACA!)

6) contest ini terbuka untuk bayi yang berumur 1 hari sehingga 4 tahun (UMUR IZZ 2 BULAN TIME NI)

7) tarikh tutup adalah pada 25 Jan 2011 (tarikh tutup = tarikh ulang tahun perkahwinan kami..hehe)(SELAMAT ULANGTAHUN CIKWHITE & HUSBAND!)

8) linkkan entry anda ke bahagian komen (blog ini) untuk memudahkan saya menyemak penyertaan. (ORAIT)

9) gambar anak sendiri yer..(taknak gambar anak orang)(ANAK KANDUNG LER TAK TIPU PUNYE)

10) juri adalah waz (anak sulong) dan maknye...:) (HARAP2 UNTIE ADA HARAPAN YE WAZ..)

11) tag kepada kawan2 anda seramai 5 org shj ok (ORAIT)


Maka, dalam contest "Baby Muka Blurrr" ni aku pertaruhkan wajah Izz semasa umur 2 bulan. Kecil lagi tapi sudah pandai blur. Mari kita lihat... (siapa yang kena)





Nama Anak: Muhammad Izz Haris bin Farizal
Tarikh Lahir Anak: 6 Mac 2009
Nama Ibu: Nur Adha Khalid
Ayat Power: "Apa pandang2? Taulah baju Izz sama corak dengan bouncing chair tu. Tak suka tauuu!!!"

Lastly, aku mengetag 5 orang rakan blogger lain iaitu:

1) Umi Faris Ar Rayyan
2) Mummy Aniq Yusuf
3) Mama Aqilah Najlaa
4) Mama Aleeya Nisa
5) Mama Marissa Qaisara

Korang, join tau contest ni sebab ...hadiah MISTERI menanti anda!

Kawan2 lain nak join pun boleh. Dialu2kan! APA LA AGAKNYA HADIAH MISTERI TU KAN?

5 comments:

Deqna said...

marissa pun kena tag...ok muka marissa memang pun klu bergambar selalu wat2 blur...hehe

Mak Izz said...

marissa selalu bergambar mesti banyak gambar 'blur' yang menarik.

good luck to u!

Unknown said...

izz tu toksah kata time tu jek, memang dok blur je nampak manjang heheh...amende la dia dok pikir tuh

Rose Khadijah said...

weh..tak pasal2 ko tag aku yer..
uhuhh..nasib baik aku baik..
hehehe..da join da..

kalo tak menang ko kene banjer aku minum ehh...

Mak Izz said...

zaidi - izz blur manjang eh? cm abah dia kut :P Papa Zia & Zahira x nak cuba nasib ke?

rose - thanks sudi join (cewah cm aku pulak penganjur) banjer minum apa salahnyer :) kalo menang, ko banjer aku Ayam Penyet k!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!