Monday, January 2, 2012

Rentetan Peristiwa Jan - Mac 2011

Assalamualaikum wbt

Hahahah.... tajuk entry tak boleh blah. Sengaja flashback kembali memori 2011. Untuk kenangan diri sendiri sebenarnya. Sesape sudi silalah menghayati bersama2 rentetan perjalanan hidup aku sepanjang tahun lepas. Sape tak sudi, sila pergi PD! Ok tak lawak :(

Januari 2011
Mak dalam tempoh penyembuhan luka di dada dan pemulihan kesihatan koronari selepas pembedahan pintasan jantung pada hujung Disember 2010. Alhamdulillah selepas beberapa bulan menjalani rutin kawalan kesihatan yang ketat dan gaya hidup sihat, di samping disiplin mengambil ubat siang dan malam termasuk rawatan susulan di klinik dan di IJN, kesihatan mak semakin baik. Tanpa izin Allah SWT tidak mungkin mak kembali menjalani kehidupan yang normal dan ceria seperti sekarang. Alhamdulillah syukur kepadaMu Ya Allah! Berkesempatan juga untuk bersama kawan2 abah dari Sato berpiknik di Riverside, Janda Baik, Pahang. Trip 1 hari yang sangat seronok lagi menyeronokkan. InsyaAllah ada masa, kelapangan dan rezeki dariNya dapatlah kita berkumpul lagi bersama-sama untuk menjalani aktiviti sihat dan riadah seperti ini. Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan erat sampai bila-bila (walaupun tidak menjadi warga Sato lagi, insyaAllah)

Team Sato berpiknik di Riverside, Janda Baik


Februari 2011
Aku semakin aktif melibatkan diri dalam pelbagai contest, GA dan yang seerti dengannya dalam dunia blog. Alhamdulillah hasil penyertaan last minute (memang suka join last minute pun), penyertaan contest pertama mempertaruhkan gambar Izz berwajah blur berjaya menggondol tempat ke-3. Hasil kemenangan tersebut CikWhite (penganjur contest) menghadiahkan 1 set pinggan makan budak (ada 3 ketoi semuanya). Tak perlulah Izz dan Hasanah berebut2 malah ada lebih 1 lagi (untuk adik dorang kut) Hahah... Terima kasih CikWhite kerana memilih Izz sebagai salah seorang pemenang. Dan hati memang terus berbunga2 untuk menyertai beberapa contest/GA lagi namun tiada rezeki buat kami :) It's ok, sekadar mencuba kan. Ada rezeki adalah... takde tidak mengapa, kita usaha lagi di lain masa (hidup mesti positif!). Pada hujung Feb, Farizal mendaftarkan aku sebagai seorang peserta kursus "Effective Marketing Power Tool" anjuran MARA di Shah Alam. Selamatlah aku berkursus selama 2 hari dengan para peserta dari pelusuk Selangor yang terdiri dari pelbagai umur dan latar belakang. Alhamdulillah... terima kasih abah kerana beri peluang untuk Mak Izz menambah ilmu dan pengalaman :)

Wajah blur Izz berjaya menang tempat ke-3 hahah!

Mac 2011
Langkah perjalanan diorak agak jauh pada bulan Mac lalu. Menghadiri walimah sahabat baik Farizal semasa di UTM dulu, Nuzhan di Kulim, Kedah. Baru-baru ini Nuzhan dan isteri telah dikurniakan seorang bayi lelaki yang comel. Bunting pelamin orang kata, alhamdulillah... Bertambah lagi seorang umat Nabi Muhammad. Mudah2an perkahwinan hangpa semakin bahagia dan diberkati dengan pertambahan ahli keluarga. Alang2 ke Kulim,  balik kampung di Kuala Kangsar sambil jalan2 tempat menarik. Panjangkan langkah ke Penang bertemu sahabat lama, Ju dan sahabat baru Nida. Antara kenangan termanis dapat bertemu mereka 2 keluarga :)

Kanan aku: Ju dan kiri aku: Nida

::To be continued::




6 comments:

ummirayyan said...

owhh gituew..
suke la idea penulisan ko noks..
isi mantoppp..ayan tersusun rapi..leh jadi meletopsss..

teruskan bebs..kate nak 20 entry sebulan...caiyokssss mak izz....

Anonymous said...

Aiksss..pendek yer..hehe (mode tamak nak baca byk)...
Mak Izz jgn continue bulan depan plak yer...hehe

Mak Izz said...

ros - tq nok. insyaAllah... usaha tangga jaya! sasaran minima 20 entry sebulan :)

fatonah - amboi fatonah... tamak ye. kan bagus kalo sume reader blog Mak Izz tamak2 belaka (barula semangat nak jadi novelis) ^__^ Isk isk, nak continue lah ni. tungguuuuuuuuu...!!!

faraherda.razalan said...

Hehehehe....

Sy tersenyum baca komen kwn awak.

Nur Irfan Juezrie said...

Yihaaaa!! Muka sy ada dlm blog mak izz.. Hehehe.. Mood kanak2 riang sebentar..hihi.. Saja je tau to be continue.. Nk cukupkan 20 entry sebulan la tu.. Hhihi

Mak Izz said...

fara - sy pun tersenyum bc komen awak :)

jue - yippieeee... (malangnya blog akak x glam pun) sedey bg pihak jue T--T. selain drp nk capai target 20 entry, mak izz dan hasanah x smpt nk karang pepanjang. 3 perenggan pun makan ms 3 jam :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!