Friday, January 20, 2012

Palace Vacation Club

Diri bukan orang kaya apatah lagi berharta benda untuk join Palace Vacation Club (PVC). Tetapi invitation dari PVC untuk menghadiri program sejam bersama mereka HARUS tidak dilepaskan. Lagi2 bila diberitahu ganjaran menyertai program ini agak lumayan :) Benda2 lumayan harusssss disukai tanpa was-was!

Hujung Disember lepas Farizal dapat invitation dari PVC (anak syarikat Country Heights Holdings Berhad) untuk join program sejam bersama PVC di Palace of Golden Horse (POGH). Saja join, lagipun memang tak pernah jejak kaki di POGH :)

Appointment jam 3 petang. Sampai je terus isi form then diperkenalkan dengan Cik Diana yang akan menjadi tour guide kitorg sepanjang program berlangsung. Usai berkenalan, Diana membawa kami berempat ke ruang makan untuk menikmati minum petang. Menu adalah western food, sedap hingga menjilat sudu dan garpu. Sambil kami makan2, sambil kami borak2 dengan Diana, bebudak sibuk dengan aktiviti sendiri  bermain2 di  playland betul2 sebelah meja makan kami. LEGA. Dah nama pun Palace Vacation Club, so Diana ni nak promotelah kebaikan dan keseronokan yang bakal dikecapi sekiranya join kelab dorang nih. Ayat tak boleh blah :p

POGH tersergam indah

 Hasanah blur. Dikejutkan dari tidur yang nyenyak sebaik sahaja sampai di POGH.

Selesai minum petang, Diana bawa kami meninjau persekitaran POGH. Dari lobi ke lounge dan ke kafe. POGH adalah hotel 5 star maka dekorasi dalamannya sangatlah indah dan mewah. First time aku menjejak kaki ke sini dan tak sangka punyalah banyak patung, gambar dan macam2 lagi berkaitan dengan kuda. Macam agak scary sebab banyak sangat patung which is not good for us :) Kata Diana, owner POGH adalah seorang lelaki cina kaya dari Johor dan dia dilahirkan pada tahun kuda. Sebab itulah hotelnya dipenuhi dengan hiasan2 berupa dan  berkaitan dengan kuda. Macam2!

Izz eksaited dan tak reti duduk diam

Selepas tour POGH, Diana bawa kami menaiki bot menyelusuri tasik Mines untuk ke Mines Wellness Hotel (salah satu hotel di bawah PVC). Bersebelahan je pun. Best woh naik bot angin sepoi2 language. Sebelum ni ingat tasik ni kecik je sebab nampak dari jalan macam kecik tapi besarnya ya rabbi..... Aku enjoy, Farizal enjoy dan yang paling penting, bebudak pun enjoy. 

 Budak berani, berdiri naik bot laju. Pergh... muka konfiden je
.
 Hah yang ni penakut sikit, haha... 

3 beranak pulak. Mak Izz mesti enterprem woh.

Ada lebih kurang 10 minit jugaklah naik bot ni dari POGH ke Mines Wellness Hotel. Sama gak, kami dibawa oleh Diana meninjau2 sekitar kawasan hotel termasuklah swimming pool dia yang ala lagoon tuh Adeh... best gilak u ols! Rasa teruja nak berendam terus tapi apakan daya. Izz bising je mulut dia cakap nak mandi.. nak mandi.. Nak, sedar diri sikit ye. Kita ni join tour percuma je T--T

Swimming pool ni lah yang buat aku nak terjun tiruk terus

Ronda2 sekitar hotel tengok bilik, SPA dan lain2. Dah penat kaki berjalan, patah balik ke POGH naik bot yang sama then Diana bawak lalu swimming pool POGH pulak dan ke bilik Deluxe dan Minister's Suite. Pergh.... hotel orang kaya u ols. Mewahnya tak mampu nak duduk. Kos 1 malam penginapan di POGH paling murah pun RM750. Sobsssss.... Jom tengok bilik2 ni nak? Exclusively from my cokiaphone haha..

 Bebudak jelajah bilik Deluxe dulu. Tawafla nak oi, kita memang tak mampu pun nak dok hotel mewah ni.

 Meja berkaki kuda. Seram tak?

Lampu kepala kuda. Ngehngeh.. kuda hitam aduh... kuda hitam!

Pastu ronda bilik Minister's Suite pulak (bilik mahal di POGH). Dah lupa berapa ribu kos 1 malam. Kata Diana dulu Mawi dan Ekin masa buat reception di POGH dulu, bilik ni lah dorang menginap. Shah Rukh Khan pun. Diana cakap eyh.. bukan aku cakap. Kalau tak betul, don't blame me. Hehe.. Wah.. harus la aku nak merasa jugak kan bilik menteri ni walaupun beberapa minit.

 Toilet sink. Boleh?

 Meja menteri :)

 Sofa (upholstery gambar ikan hahaha so comel)

Jacuzzi tub. Kemain lagi Hasanah!

Habis je tawaf bilik2 ni, kami kembali semula ke ruang makan tadi. So bincang2 dengan Diana samada setuju untuk join club atau tidak. Of coursela tak kan. Hahaha... yurannya sahaja 40k. Actually bukanlah 40k tu ko bayar sedebuk macam tu. Tapi boleh bayar installment. Aku pun dah lupa syarat2 bayarannya (sebab dah lama kan) tapi kalau aku  mampu, seriously memang aku join! Sebab memang bestlah kelab ni. Lagi best dari Kelab Kumpul Setem :) Bukan semata2 dapat percutian percuma tapi ada juga benefit2 lain yang berkaitan dengan kesihatan. Yezza.... Kalau pendapatan 20k sebulan, setakat bayar club 40k tu apalah sangat... (nasib baik gaji mak 2k jer) *mode insaf*

Before pulang, seperti yang telah dijanjikan PVC bekalkan kami dengan voucher penginapan percuma 2 hari 1 malam ke 4 destinasi pilihan (nanti aku cerita detail dalam lain entry) dan 2 lagi tiket percuma Water Splash Park dan dinner untuk seorang di POGH. Pergh....... dan Isnin dan Selasa lepas kitorang dah selamat menggunakan voucher penginapan percuma tu. Syukur alhamdulillah! Tak pepasal je dapat penginapan percuma :) senyum macam kerang busuk Cerita selanjutnya pasal percutian next entry insyaAllah. Sorrylah tak banyak info boleh aku share pasal PVC dan program kami hari tu, dah terlalu lama sampai banyak point terlupa. Yang penting KITA ENJOYYYY!  Oklah nak sambung buat kerja, jumpa lagi di next entry.

Assalamualaikum!


8 comments:

~~AzaLea~~ said...

Phewitt... jadi putera raja n permaisuri sementara yg dpt masuk istana skjp pun jadilah kan kak... kalau tak ntah bile lh lagi...

Anyway, pemandangan luar istana tu mmg sgt cantik... setaraf dgn hotel2 di obersi..

Kamariah Awang said...

Syukurlah, tak join pun enjoy jugak. Dilayan macam VIP nampaknya... RM40k, baik beli kereta yang murah2 sebiji! Hahaha....

Rose Khadijah said...

huiiiiyoo..best tu..
just layan2 + smbil tgk2 kawasan..dapat lak tu tiket hotel free yer..bertuah badan..

Mak Izz said...

azalea - dpt masuk buat sementara, jadilah... sgt chantik! merasa dlm negara je, luar negara xtaulah bila :p

k'kamariah - enjoy sbb dpt naik bot yippiee... ha'ah 40k tu kadar untuk mereka yang mampu shj. kalo sy, mampu tp tambah s kt blkg. ngehngeh..

rose - best3x! rejeki jgn ditolak... musuh jgn dicari...

Anonymous said...

Salam..

wahh melambungnya memuji PGH.. saya merupakan ahli Club PGH tuh.. If sesiapa nak tinggal di Hotel bertaraf 5-6 bintang, bolehlah hubungi saya... Harga boleh runding.. Btw, memang berbaloi sangat beli... Saya dah jadi membership selama 10 tahun.. saya jadi member for 35 years... kalo sesiapa tinggal area KL.. sangat2 berbaloi beli coz boleh masuk gym, sauna, swimming pool percuma... masa Mawi kahwin pon, saya tinggal kat hotel tuh.. Masa F1 pon best... racer2 tinggal kat situ .. Mines Wellness hotel pon best.. Ni just nak tumpang promote... actually, ahli club boleh jadikan penginapan ni as a gift voucher.. So, sesiapa berminat, boleh email saya untuk keterangan lanjut.

mumndadcare@yahoo.com or boleh hubungi FB email saya.

putraboyz said...

saya pom baru pas merasa g POGH..
PVC ni ok..tp masalah bajet la yg menjadi penghalang..tp yg sedihnyesaya xdpt baucer penginapan cam akak 2,..dioorg ckp nk bg..tp xbg pom..papepon tq la kpd staff PVC coz invite saye ye..kalo blh sya nk la baucer penginapan tu..blh la saya g mlncong ngn wife saya..hehe

nor sarina ismail said...

sy baru join,,,dari kedah,,saya minat la dgr plan dia sebb memang sukaa holiday..tp some people cm kondem jer..huhu..baru bayar deposit rm2300 td..:(..sebenarnya ok ke tak eh

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya member PVC sejak 2008...tetapi disebabkan kekangan masa (keje & 4 anak2 yg masih kecil), masih belum dpt fully utilize kemudahan yang ada. Membership kami diamond dan masih ada baki 33 tahun. saya bercadang utk menjual membership saya (diamond) kepada sesiapa yg berminat dgn harga 35 - 40k (negotiable). Harga pasaran kalau beli diamond package sekarang kalau tak silap dlm 48k (utk 38 tahun). Sesiapa berminat sila email saya di maizanezanee.mahmud@gmail.com. Happy vacation! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!