Friday, January 6, 2012

Ini Kisahku

Assalamualaikum wbt
 
Baru2 ini berkesempatan untuk menonton video Ini Kisahku - Wardina Saffiyah. Sesiapa yang pernah menonton video ini satu masa dulu, mari kita tonton sekali lagi dan dapatkan intipati di sebalik kisah penghijrahan Wardina.



Touching tak? Meleleh ayaq mata (dan ayaq idung) tak??? Seriously air mata aku mengalir deras macam ayaq terjun! Semoga Allah menetapkan iman kita semua :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, izinkanlah Mak Izz berkongsi beberapa cara bermuhasabah (menilai diri dari segi fikiran, pendirian dsb) yang dicopypaste dari blog iluvIslam.com

Mengingati Mati
Cara terbaik untuk bermuhasabah. Mengingatkan diri tentang kematian yang pasti terjadi membantu kita memperbaiki diri. Secara tidak langsung menjadi pendorong untuk kita menambah amal kebaikan.

Mengingati Kelemahan Diri
Dengan kita menilai kelemahan diri kita secara tidak langsung membantu dalam memperbaiki kelemahan diri. Cara lain ialah dengan menukar kelemahan itu menjadi kekuatan. Sebagai contoh kita cuba kurangkan sifat suka berkata perkara-perkara lagha dengan berzikir, mungkin nampak jauh sangat perbezaannya, namun andai cuba diamalkan, InsyaAllah akan jadi kekuatan akhirnya.

Tidak membesarkan kekurangan orang lain
 Janganlah dibesar-besarkan kekurangan orang lain kerana hakikatnya Allah menutup-nutup kekurangan kita. Andai kita menutup kelemahan orang lain, Allah akan melindungkan kelemahan kita.

Menjadikan kebaikan orang sebagai kayu ukur untuk kita
 Dalam hal amalan kebaikan, amatlah wajar untuk kita meniru orang lain. Jadikan ia sebagai penanda aras untuk kita dan letakkan sasaran untuk menjadi yang lebih baik dari orang lain.

Menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan utama
Sangat jelas bahawa Nabi junjungan mulia contoh terbaik buat kita. Mulakan dengan mengamalkan perkara-perkara yang menjadi sunnah baginda.

Berdoa sebanyak-banyaknya agar Allah mudahkan kita untuk berubah dan memperbaiki diri 
Allah yang memegang hati kita dan Dia jugalah mampu membuka hati kita untuk suka kepada kebaikan dan membenci kejahatan. Hidayah itu milik-Nya jua.

Huhuhu... astaghfirullah al azim..... banyaknya dosa akuuuuuuuuuuuuuuuu T--T Insaf weh.. insaf!

Ya Allah Ya Tuhanku, limpahkanlah taufiq dan hidayahMu untuk kami menjadi manusia yang lebih baik. AMIN..........

2 comments:

~~AzaLea~~ said...

gud info...

Renung2kan dan selamat beramal...

Mak Izz said...

nak beramal tu yg payah. tp sekurang2nya kesedaran tu dh ada. yuk... sama2 kita berusaha memantapkan iman, ilmu dan amal :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!