Tuesday, January 24, 2012

Free Vacation to Cameron Highlands

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Mesti seronok kan 4 hari bercuti melepak dan melepek dengan family. Balik kampung, tanam jagung. Jalan2 cari pasal makan :) Aku dan family sekadar menghabiskan cuti di Putrajaya dan KL sahaja. Bukan takmo balik Pahang tapi ongkos tak berapa mengijinkan.

Seperti yang aku maklum dalam entry lepas, baru2 ni aku sekeluarga 4 beranak bersama-sama Acik telah selamat bercuti di Cameron Highlands. Alhamdulillah... tiket penginapan percuma dari PVC kami gunakan sebaik2nya. Thank you! Actually bukan senang nak ikut syarat free accommodation tuh. Dorang offer 4 tempat iaitu 1) Country Heights Resort, Kajang 2) Palm Spring Resort, PD 3) Equatorial Hill Cameron Highlands dan 4) Perdana Beach Resort, Langkawi. Maka bermesyuwarah la aku dan Farizal. Lastly kami decide untuk ke Cameron Highlands. Yiiihaaaaa.... Tak jauh tak dekat, just nice.

Yang tak berapa senang nak kejor free accommodation dorang ni sebab: 1) Boleh guna masa weekday saja iaitu Isnin - Khamis 2) Limited 4 persons only include kanak2 (tapi kitorang pergi berlima ekekekek) 3) Tak boleh g time peak (school holidays atau public holidays sori naik lori la kan) dan 4) Voucher limit 2 bln sahaja, adeh... Tak boleh buang masa lagi! Maka....  selepas timbang-tara, kami sepakat membawa berkat memilih tarikh 16 dan 17hb. Gaji pun cepat bulan ni, jadi....... Selamat datang Cameron Highlands!

Sesape yang ikut blog aku ni dari dulu memang tahulah yang 2 tahun lepas before aku bersalinkan Hasanah memang dah jalan2 makan angin di CH ni. Masa tu seronok sangat tak sedar diri sarat mengandung 9 bulan. Lagipun masa tu trip reramai dengan ahlul keluarga, mestilah  menjadi kenangan manis yang tak dapat dilupakan :) Kali ni kami bawa Acik sekali sementelah Acik pun memang tak pernah jejak kaki di CH. Marilah kita jejak kaki bersama2 ye. Kegembiraan tanpa batasan lebih barokah jika dikongsi dengan mereka yang memerlukan, jangan bolot sorang2. Pesanan khidmat masyarakat dari Persatuan Wanita Prihatin Putrajaya sesuka ati aku jer :B

Bertolak dari Rawang jam 9 pagi macam tu lah kut. Ikut highway terus ke Tapah. Naik dari situ pusing pusing ikut jalan bengkang-bengkok adui... pening kepala mak! Tapi entah mengapa macam tak mahu tidur sepanjang perjalanan (sebab tidur dalam kereta adalah hobi waktu senggang), mungkin kerana terpana melihat keindahan panaroma kawasan lereng bukit-bukau yang menghijau, kadang2 nampak air terjun pergh... sangat memukau mata, Subhanallah! Menjelang tengahari selamat sampai di CH. Leganyer! Hujan  turun renyai-renyai mengiringi sepanjang jalan. Tak seram ko tetiba tanah runtuh ker. Astaghfirullah... doa mintak perjalanan selamat jer. Kalau dah hujan, cuaca pun semakin sejuk ala menggigil. Tapi perumpamaan ni aku guna mewakili Farizal, Izz dan Acik jelah. Aku dengan Hasanah rileks je, lemak tepu agaknya :)

Destinasi persinggahan pertama kami di CH adalah Boh Tea Garden  ^______^





Hijau, nyaman dan mendinginkan. Pemandangan otw ke Boh Tea Garden, sangat2 cantik dan mempesonakan. Subhanallah.

Sampai sini terus naik tangga ke kafe. Berangan nak minum teh panas2, cuaca tengah sejuk. Memang layan la kan. Tapi malangnya masa sampai kafe tak bukak pulak. Takde rezeki, so snappy2 pic jelah yang mampu.

Izz dah terketar2 menahan kesejukan. Aku pun takdelah pakaikan dia baju sejuk sebab tak bajetla suhu rendah melampau kan. Telinga, jari jemari dah sejuk macam ais, tengok bibir Izz dah biru. Aiyo.... anak bujangku...

 Si kecik ni toksah cakaplah. Ceria manjang. Tak kira sejuk ke, hujan ke, sume redah. Eksen nak jalan sendiri takmo dipimpin, didukung apatah lagi. Sukati ler, janji jangan jatuh. Ok memang jatuh2 pun. Adoiiii....

"Mak... sejupnyer!"

 Family photo. Jauh sangat, tak kesahlah janji ada gambar. Semua muka happy, alhamdulillah...

 Pose paling disukai, pose mencangkung. Janji awak bahagia :)

Hasanah tak mahu dipegang which is membahayakan diri (buatnya dia terjun gaung). So moh kita teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Cer teka, tangga mana agaknye ni? Check in jam 3 ptg. Masih ada masa lagi untuk berpoya2 menikmati keindahan alam. So kitorang singgah di Bharat Tea Shop untuk menikmati teh panas2. Pekena cekodok pun sedap gak.

 Tak tau nak order macam mana. Dahlah cashier tak friendly sedeh T--T

 Suruh bergambar depan kolam. Pun nak pose mencangkung. Motif???

 Memang hyper bebudak time nih. Seronok sangat nampaknya.

 Pemandangan yang sangat sangat cantik dari Tea Shop. Angin bayu sejuk sering memukul manja pipi gebu kami. Mak rela nyah!

Akhirnya order ini. Teh strawberry kalau tak silap dengan choc moist cake. Izz tak sabar2 nak makan.

 Sesi makan2, minum2, layannnn...

 Izz berwajah manja disuap Acik. Gedik korang eyh.

 Turn aku suap Izz. Boleh Hasanah menjerit marah. Nak aku suap dia sorang jer. Amboi.....

 Mak ko pun nak pulun juga. Mana boleh korang jer!

 Kalau tengah marah, wajah comel bertukar buruk tahu! Masalahnyer.... comel ker????

Akhirnya giliran Hasanah lagi. Hahahak!

 Rumah sape tu, bestnyer! Dahle sejuk, dikelilingi ladang menghijau lak tuh.

Empangan kecil di ladang teh Bharat. Cantikkkkkk....

Selesai menghabiskan seteko kecil teh panas dan sepotong kek coklat lembap, kami pun berangkat menuju ke Equatorial Hill Resort betul2 bersebelahan Kea Farm. Bagus!

Ok dah sampai lobi. Serah voucher sambil tunggu receptionist panggil semula bergambar la sekejap. Bukan senang nak handle budak2 tengah nak naik ni. Berguling2 di lantai perkara biasa.

Ehem.. ehem.. tuan tanah nak bergambar jugak.

Dalam 10min settle check in. Bilik kami tingkat 4 (tapi naik 2 tangga je sebab tingkat 2 adalah groundfloor dan tingkat 1 adalah LG) Penat gak. Perihal bilik penginapan yang percuma tu cerita next entry eyh. Rasa macam dah panjang benor dan banyak gambar benor entry ni. Kang ada yang nak muntah. So.... tunggu sambungan kesah di entry seterusnya :) Jangan serik ye.

4 comments:

Rose Khadijah said...

huhhh..jelesnye..mahu jugak ke sana...huaaaauhu...
lame gile aku tak ke sana beb..
rindu rindu rindu..

dpt dok otel mahal tu..da le free..syoik woo..takyah pikir wit otel dah..fikir buah stoberi ehhhh...

Nur Irfan Juezrie said...

freee??? terujanya... besttt...

~~AzaLea~~ said...

muke kegembiraan terpancar d semua wajah...

free tuu.... mauny tak senyum sokmo... ^___^

Anonymous said...

Kalau ke CH lagi jangan lupa lawat Galeri Aromaterapi Nano Mikro-fungus House of Magic Potions di Taman Royal Lily Tanah Rata. Page link di www.deegate.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!