Thursday, March 11, 2010

Tak Suka Bila...

Tak suka bila...

1) Kerusi ofis rosak. Walaupun beroda tapi tak boleh gerak ke depan dan ke belakang. Ada besi terkeluar dari tengah tapak kerusi sampai mencucuk karpet. Sekarang karpet tu dah rosak (habis koyak dan benang2 terkeluar). Penyelesaian: Dah panggil orang untuk repair tapi tak berjaya. Nak suruh ofis beli baru (jangan harap). Nak ambil kerusi orang lain (tak patut). Nak beli sendiri (amboi melampaula). So terpaksa duduk juga di atas kerusi yang dah rosak. Kesian karpet tu kan... (bukan kesian kat aku, aku tak kisah pun :P)

2) Surat berlambak (dah cecah beratus aku rasa) tapi tak dapat difailkan. Kerani yang uruskan fail dah lama bertukar tapi masih belum ada pengganti. Aku bukan taknak tolong buat (nak tolong tapi masa suntuk). Kabinet fail kat belakang, tempat duduk aku kat depan. Bila aku duduk belakang untuk kemaskini fail, takde orang akan angkat telefon aku bila berdering2. Atau nanti bos aku panggil aku tak dengar. Aku kan berkhidmat untuk bos. Bila aku duduk di tempat aku pulak, takde orang yang akan buat filing. Bila aku buat filing di meja aku, meja aku kecik dan sempit, tak muat nak letak surat2 yang banyak (yang beratus tu) dan takde tempat nak letak fail2 yg banyak. Nak angkut fail dari belakang ke depan dan depan ke belakang, fuh.. penatnye. Kalau tak memboyot macam sekarang mungkin tak penat macam ni. Kalau aku gagahkan jugak diri, nanti tempat aku bersepah2 penuh dengan surat2 dan fail2. Tempat duduk aku paling hadapan di pejabat. Tak ke mencacatkan pemandangan ofis aku nanti? (Kalau tak menjejaskan reputasi bahagian takpela jugak) "Meja PA bersepah2, tak jaga imej langsung!" - aku tak suka dengar perkataan2 macam tu.

Ok takat ni, dua tu dulu yang paling aku tak suka sekarang di ofis. Tensi dan letih otak nak mengadap. Aduhai...

5 comments:

jackapron said...

Alasan demi asalan...

Nur Irfan Juezrie said...

sabar jela akak.. ju tau akak boleh..

Diarihatiku1976 said...

sabar.. bulan april ni beratus kerani baru masuk.. jgn bimbang

Unknown said...

sokong ngan jackapron hahahha

Mak Izz said...

jack - lain kali nk komplen, eja kasi betul dulu ok?

jue - dh siap 2 fail smlm. arini continue..

diarihatiku - betul ke tak? pleasela sumbat 1 kt cni. bgtau puan ek!

zaidi - brp jack byr ko ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!