Wednesday, March 17, 2010

Tips Elak Menangguh Kerja

Siapa di sini yang selalu menangguh kerja?

Aku mengaku aku selalu menangguh kerja. Tau pasal apa? Sebab:

i) Aku tak suka kerja tu
ii) Kerja banyak sangat
iii) Teliti sangat buat satu tugasan (sampai ambil masa berminggu2 nak siapkan)
iv) Tak suka dan taknak ada kesilapan dan kesalahan dalam kerja
v) Takde deadline (haha.. ni faktor utama)

Jadi, sebab dah tahu apa keburukan2 aku dalam hal ehwal pekerjaan ni (sumber rezeki tu.. mana boleh acuh tak acuh je kan?) Kang tak pasal2 tak berkat pulak rezeki aku ni.

Marilah kita sama2 muhasabah diri (cewah.. pandainya nasihat orang), ikuti tips di bawah. Mana tahu dapat membantu (kalau korang pun hadapi problem yang sama macam aku la)

Tips Mengelakkan Sikap Tangguh Kerja:

1) Mengurus masa mengikut keutamaan
- Pakar mengurus masa kata.. (cewah!) buat tugas yang paling besar dan paling susah dulu pada awal pagi. Pastu dah siap semua baru buat tugas yang kecil2. Pasal apa tau? Pasal pada awal pagi badan manusia ni adalah berada pada tahap paling produktif. Kalau petang2 baru menggatal nak buat kerja susah2 (soalan matematik tambahan contohnya), alamatnya berminggu la nak siap SEBAB petang2 produktiviti dah menurun.

“Sape suruh buat kerja selepas pukul 5?”

“Claim OT la”

“Bijak2..”

2) Rancang hari anda pada malam sebelumnya
- Ambil masa 10-20 min pada setiap malam apa korang nak buat esok kat ofis (buat kerjala wei, bukan plan merayap window shopping ke haper). Senaraikan apa kerja nak buat dan waktu nak buat kerja tu.

Contoh:

8-10 am – Rekod surat. Ambil tindakan surat2 yang bos dah minitkan. Filing surat.
11am-1pm – Sambung buat fail meja bos
2-4 pm – Sambung dan siapkan fail meja bos
4-5 pm – Rekod surat. Ambil tindakan surat2 yang bos dah minitkan. Filing surat.
Ar gitulah lebih kurang buat setiap malam... Ada matlamat okeh!

3) Sentiasa mempunyai diari harian
- Kalau korang betul2 menggunakan fail meja, memang korang akan mempraktikkanlah penggunaan ‘diari harian’ ni di bawah topik ‘senarai tugas harian saya’. Memang penting tulis dalam diari ni, tak kiralah samada secara manual (tulis dalam diari atau notebook atau dalam fail meja tu sendiri) ataupun secara elektronik (update kat komputer). Yang penting bercatit.
- Apa nak tulis ye? Tulislah tugasan yang korang terima, mesyuarat, perbincangan, appointment atau apa2 jelah hal-hal yang dirasa penting untuk dicatit dan diambil tindakan.
- So.. senanglah korang nak check balik apa kerja yang korang buat semalam atau minggu lepas atau 3 bulan lepas. Pastu apa status kerja tu. Masih dalam proses ke.. takat mana.. dah siap ke belum.. gitulah ceritanya. Mudah kan?

4) Fahami jadual tugasan
- Maksudnya, sebelum start buat kerja tu check dulu dari segi sasaran kerja. Siapa pegawai yang terlibat? Dan apa aliran kerja yang nak dibuat? Bila dah dah tahu sasaran kerja ni, ar... senanglah nak laksanakan kerja. Tak perlulah bagi 1000 alasan tak mula kerja lagi.

Contoh:

Situasi : Seminggu selepas kerja diberi.

Bos: Dah siap ke laporan yang saya minta awak buat minggu lepas?
Pekerja: Erm.. memang nak buat dah bos. Tapi saya tak faham macam mana nak buat sebab tak tahu pegawai mana saya nak rujuk.
Bos: (Bagi pelempang sedap gak ni)

5) Mencintai tugas anda
- ‘Tak kenal maka tak cinta’. Ar.. korang ingat pepatah ni guna untuk cintan-cintun je ke? Tidak ye. Hal2 kerja pun berkaitan jugak. Kalau korang cinta maut dengan kerja korang, belum bagi kerja lagi pun kerja tu dah siap. (Ok tak logik, sila abaikan). Aku tahu, bukan semua orang suka dengan kerja dorang (termasuk aku) tapi sebab tu punca pendapatan kita, rezeki kita, jadi kita cuba2la menambah keseronokan dan kecintaan dalam tugas yang diberi.
- Bila dah seronok dan cinta tu.. barulah timbul perasaan ikhlas, amanah dan bertanggungjawab untuk siapkan kerja. Bukan bercinta dengan boifren je kena ikhlas, kena amanah, kena bertanggungjawab. Bercinta dengan kerja pun kena macam tu jugak. Ingat tu! Pastu.. bila dah suka benor, otak pun otomatik jadi kreatif. Kerja pun jadi tiptop dan pantas. No more tangguh2 ok.


Yang seterusnya.. akan disambung selepas ini. Makcik nak pergi Pejabat Pos jap. Ada misi khas. Hihi.. Apepun bolehla try2 praktis dari sekarang ye. Manalah tahu.. menjadi ke.

C u next!

1 comment:

jackapron said...

manyak sangat ker keje tuh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!