Monday, March 8, 2010

Updates

Salam semua. Dah seminggu blog tak berupdate, lunch break hari ni curi masa sikit update blog. Sebab masa tinggal kurang dari 15min, kita cerita pendek2 jelah ye.

Update tentang aku : Jumaat lepas, kandungan cukup 25 minggu. Alhamdulillah, kandungan ok, saiz baby pun normal (nasib baik tak besar seperti dijangka). Jantina baby masih belum dapat agak sebab tak nampak. Sedikit frust di situ tapi takpe, kita cuba scan lagi di lain masa. Mana tahu boleh nampak ke time tu. Erm... Kesihatan aku up & down. Akhir2 ni kerap betul selsema & batuk2 (mungkin sebab dapur baru lepas renovation, so habuk & debu berterbangan almost 2 bulan dalam rumah). Apapun ais & minuman manis harus dielak (time sakit je baru teringat) Hehe.. Sejak kandungan mencecah 6 bulan ni, aku dah start kena heartburn. Fuh~ sabor je yang mampu. Badan pulak cepat sakit2 (esp bila buat aktiviti berat). Takpe2, aku redha. Semua orang mengandung pun macam ni. Kena banyak bersabar dan bertahan. Barulah dapat pahala pengorbanan seorang ibu kan?

Update tentang Izz : Alhamdulillah, 6 Mac lepas Izz Haris genap umur 1 tahun. Takde party besar2an cuma buat makan2 sikit among family members. Kebetulan keluarga mertua pun datang dari Pahang sebab ada kenduri dekat Sijangkang. Beramai2 berkampung di rumah aku pada malam Sabtu. Milestone Izz: Masih merangkak (tak tahu bila nak start berjalan), dah makin banyak vocab baby language dia tu, makin pandai mengajuk pergerakan orang, pandai dah ikut apa yang kita sebut. Contoh: Aku sebut PANAS. Izz sebut NASH. Aku ulang 10x, 10x gak dia ulang NASH, NASH, NASH. 2nd perkataan LIMAU. LI... MAU! AU.. kata Izz. LIMAU 10x sebut. AU 10x Izz sebut. Hahahak.. best2. Kalau dulu perkataan peberet dia A... BAH. Sekarang ABAH dgn MA...MA... dah sama banyak. Ehm ehm.. sejak bila aku jadi mama Izz? Ok, baby language kan. Mama tu maksudnya mak la (ayat penyejuk hati) Hahaha..

Update tentang dapur : Alhamdulillah dapur almost complete. Iew lama giler kan dapur aku nak siap. Ala.. biasalah. Buat sikit2 bergantung kepada bajet. Yang x complete lagi ialah; grill pintu, pintu kabinet & lampu hiasan dinding. Yang lain2 alhamdulillah settled! Tinggal nak touch up dengan hiasan2 lain cthnye seperti rak gantung n etc. Takpe, tu boleh pelan2. Yang penting, dapur dah luas tak comei macam dulu. Izz boleh main masak2 kat bawah dengan selesa sambil aku memasak di dapur. Mana tahu kalo2 Izz ada bakat jadi tukang masak macam atuk dia ke? Wow...

Update tentang abah : Ok, abah semakin aktif berblog sekarang. Nak tahu cerita abah baca blog beliau okeh.

Update terkini aku : Tadi sampai ofis, Kak Fadzilah bagi gelang kristal sorang satu kepada semua staf perempuan. Ole2 dari Sabah katanya. Aku berbesar hati sangat dapat gelang kristal tu, terima kasih ye kak. Terus pakai ok! Tapi tadi selepas beberapa jam gelang tu tersarung kat pergelangan tangan aku, tiba2 je gelang tu terlurut ke lantai. Why? Why????????? Huhuhuk.. sedihnya. Rupanya2 gelang tu putus. Persoalan di sini: Macam mana gelang tu boleh putus? Aku gigitkah? TIDAK. Aku pakai ganas2kah? TIDAK. Entahla.. aku tengok gelang orang lain masih cantik tersarung. Tapi aku punye dah jatuh bertaburan. Sedih2. Mungkin bukan rezeki aku kut. Takpe2, aku redha :P

Alamak dah pukul 2. Okla, chow dulu. Lain kali sambung. Da..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!