Wednesday, March 10, 2010

Pengasuh Baru

Izz genap setahun Sabtu lepas. Bermakna, genap setahun Acik menjadi pengasuh Izz. Aciklah ibu dan ayah Izz sewaktu aku dan Farizal keluar bekerja. Walaupun Acik masih bujang dan tidak pernah mengasuh anak2 kecil, tetapi ikhlas aku nyatakan di sini yang Acik adalah pengasuh yang baik. Bukan sekadar pengasuh Izz, tapi Acik juga jadi pembantu aku menguruskan rumahtangga (selama setahun tu...) Terima kasih ye Acik. K'Uji tak mampu nak balas budi Acik, moga Allah je yang dapat membalasnya.

Acik masih muda, Oktober tahun ni genap usia Acik 26 tahun. Adalah mustahil untuk Acik terus menjadi pengasuh Izz. Boring katanye di rumah. Nak teruskan ambil tempahan menjahit, agak sukar untuk fokus menjahit sebab Izz semakin membesar dan semakin nakal. Ke hulu, ke hilir penat Acik mengejar. So, Acik amik keputusan untuk berhenti menjaga Izz dan fokus dengan menjahit. Pasni sesiapa nak hantar tempahan kain, boleh roger aku!

Mula2 kami cari pengasuh baru untuk jaga Izz. Rumahnya di Kelana Jaya, berdekatan dengan ofis Farizal. Cadang nak hantar 1 Mac aritu, tapi lepas fikir2 semula tak sampai hati pulak nak hantar Izz ke rumah pengasuh baru. Dah alang2 aku pun nak bersalin tak lama lagi, ingat hantar Izz sekali dengan adik dialah kat rumah pengasuh baru nanti. At least, ada gengla Izz nanti.

So, siapa yang jaga Izz sekarang? Siapa yang dah baca blog Farizal tahu la. Sejak Isnin lepas aku dah hantar Izz ke rumah mak di BTR. Oleh sebab rumah mak kena 2 tol dari rumah aku yang berjumlah RM8.80 (perjalanan pergi-balik), maka kami decide untuk tinggal sementara di rumah mak hinggalah bersalin nanti. InsyaAllah dalam seminggu 2 kali la kami akan balik ke Jalan Kebun. Sayang jugak, dapur dah besar tapi tak dapat nak mesra2 dengan dapur baru. Hihi..

Dah 3 hari Izz di rumah mak. Erm, Izz kerap menangis sampai dah start selsema. Maklumlah, walaupun rumah atuk dan opah sendiri, tapi Izz tetap kena sesuaikan diri di tempat baru. Takpelah Izz, at least malam2 pas Ayah Yang, Ayah En dan Mak Lat balik kerja, ramai yang akan melayan karenah Izz. Pastu sekarang dapatlah mak sampai rumah awal sikit dan dapat main2 dengan Izz. Sabar ye sayang... Nanti lama2 Izz serasila.

Semalam checkup Izz untuk 1 tahun. Cite next entry k.

3 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

amboi.. mimpi apa ni.. smpay 2 entry..heheh..

untuk izz.. sabar ye izz.. izz kan gud boy..so, mesti boleh punya.. izz boleh!

Mak Izz said...

jue - tak boleh meebo. bencik! tu psl tmbh motivasi dgn update blog. sanggup buat muka x malu tumpang pc org :)

Nur Irfan Juezrie said...

oo.yeke? ptt la tak online..ingt cuti ke apa.. oo.. ok2..tambah motivasi gitu!! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!