Mukadimah: Pagi ni datang ofis mood baik dan hepi. Pagi2 lagi dah dapat keychain kulit siput (bukan babi) dari Faizal yang baru balik berkursus di Langkawi. Belum habis senyum lebar tiba2 Putri & Fizan datang bawak beberapa keping coklat fresh from Langkawi gak. Huhu.. pulun jangan tak pulun. Kulit siput tak boleh pulun, gantung kat dinding ofis je buat hiasan.
Ermmm... (sambil mengunyah2 coklat) jom kita sambung entry lepas.
Tips Mengelakkan Sikap Tangguh Kerja:
6)Elakkan diri membuat kerja orang lain
Bila kita diarahkan untuk membuat kerja orang lain, automatik kita akan menangguhkan tugas tersebut. Apatah lagi kita takde keyakinan & kemahiran untuk setelkan tugas tu. Erm.. camne nih? Kang kalo buat juga tugas baru tu, tugas2 yang ada sekarang siapa pulak nak buat? Tak ke menimbun? Jadi.. nak selesaikan masalah ni ialah bincang dengan bos/pegawai atasan, bagilah tugas tu kepada orang lain yang lebih layak agar kualiti kerja tak terjejas atau dalam bahasa sinis, bagilah kat orang lain yang takde keje, asik ngadap facebooooooooooooook je dari pagi sampai ke petang. Ni aku jugak yang disuruh2 (eh eh, emo pulak secara tiba2) :P
7) Menerima perubahan
Apabila diberi tugasan baru, kita memerlukan masa untuk memulakan tugas tersebut. Maklumlah, tugas baru kan. Tak pernah buat. So kenalah buat rujukan. Nak buat rujukan ni bukannya boleh buat terus, kena buat sikit2, cari mood dulu.. fuh, itu kalo tak sibuk. Kalau sibuk? Mesti ambil masa punye. Jadi, untuk mengelakkan tugas tertangguh, kita hendaklah mendidik diri untuk menerima perubahan dan berani menerima tugasan tu. Dapatkan bantuan daripada bahan rujukan ataupun dari orang berpengalaman untuk melaksanakan tugas itu.
8) Tidak takut gagal
Setiap tugasan mempunyai risiko masing2. Contoh dalam bisnes, ada untung ada rugi. Mahu tak mahu, kena terima kenyataan. Macam tu juga bila dapat tugasan. Sesusah manapun tugasan itu, nak tak nak kita kena selesaikan. Jadi, awal2 lagi kena tanamkan azam agar dapat beri yang terbaik. Toksah fikir pasal gagal, walaupun kemungkinan untuk gagal tu ada dalam 80%, hehe.
Dalam mengejar kejayaan, risiko gagal adalah lumrah tetapi paling penting untuk kita sentiasa berfikiran positif. Anggap tugasan tu adalah sebagai satu cabaran, pelajaran dan pengajaran yang berguna bagi kita untuk menuju puncak kejayaan pada masa hadapan. *Hamboi.. bercakap memang mudah, tapi untuk laksanakan? Erm fikiran kena positif beb, positif!
Dan tips yang terakhir sekali ialah...
9) Fahami matlamat tugasan
Ni paling penting. Kang tak tahu matlamat, tah apa2 dibuatnya. Nak tahu matlamat? Dapatkan penjelasan yang teliti daripada pihak atasan supaya tahu apa matlamat dan kepentingan tugas tu. Kalau dah tahu matlamat, takdelah terkial2 mencari apa yang nak dibuat, apa yang nak dilaksanakan. Maknanya tiada alasan untuk kerja lambat disiapkan, okeh?
Sekian sahaja tips Elak Menangguh Kerja dari aku kopipes dari buku Rahsia Kejayaan Wanita Bekerjaya oleh Kamariah Wahab terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Cetakan Tahun 2007. Tips memang isi mutlak dari buku ni tapi aku olah dengan cara aku sendiri. Banyak lagi tips2 menarik dalam buku ni untuk Wanita Bekerjaya seperti aku (buwek) di luar sana, insyaAllah ada masa aku kongsikan lagi.
Selamat bekerja dengan berhemah kawan2! (pesanan penaja untuk diri aku juga)
Da..
No comments:
Post a Comment