Tuesday, March 16, 2010

Tag Lama (Nov 09)

Setelah sekian lama dapat tag ni dari K'Neena, baru kali ni nak jawab. Tag terpendam la gitu lebih kurang. Kadang2 tak tahu nak tulis apa dalam blog, jawab tag gini pun rasa cam best. Silalah hayati ye! (bukan nama Hayati pun boleh hayati)

1. Bekas Kekasih saya :
Adalah lelaki2 yang bertuah kerana pernah memiliki hati saya 1 tika dulu (eleh.. mcmla ramai nau kekasih)

2. Saya Sedang Mendengar :
Bunyi aircond (awat kuat sangat?)

3. Mungkin saya patut :
(a) Shopping barang2 baby time gaji yang akan datang
(b) Belajar memasak dengan ibu mertua/kakak ipar/adik ipar
(c) Siapkan filing secepat mungkin!

4. Saya Suka :
(a) Membaca
(b) Sejarah
(c) Shopping
(d) Sightseeing

5. Sahabat-sahabat baik saya :
(a) Yang tidak pernah mengenal erti jemu berkawan dengan saya
(b) Yang pernah ketawa dan menangis bersama2
(c) Yang berkongsi segala cerita
(d) Yang ketawa bila saya bersandiwara
(e) Yang sentiasa keep in touch, call 1 @ 2 minggu sekali, dan kalo ada masa2 free hang out sama2 "Wah...."

6. Saya tak faham :
Bila ada manusia yang tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada.

7. Saya Kehilangan :
Masa remaja saya yang banyak dihabiskan dengan belajar (nampak sangat penipu)

8. Ramai yang berkata :
Eh tak nampak mengandung pun (walaupun saya sedang sarat mengandung 7bulan) Ok fine, saya tahu badan saya besar. Sob..sob..

9. Makna Nama Saya :
Nur - Cahaya. Adha tu.. entah tak pernah cari. Tapi nama aku diberi sempena Aidil Adha. Lahir pagi raya haji la katakan...

10. Cinta itu adalah :
Palsu kalau seorang lelaki dok kata yang dia cinta maut kat korang tapi dalam masa yang sama menggatai dok pegang2.. dok gesel2.. padahal korang belum nikah lagi. Pelesu semata!

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
Baca blog aku!

12. Saya akan cuba :
Buat yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan termasuklah 'aktif mengupdate blog'

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
BERPANJANGAN.. KEKAL.. ABADI.. SAMPAI BILA-BILA..

14. Telefon bimbit saya :
Brand nokia, baru beli bln brp aritu tah (lupa pulak) sbb hp lama rosak. Izz suka main baling2 hp, geram!

15. Bila saya terjaga dari tidur :
Selalu rasa nak shingshing.. so p shingshing dululah :P

16. Saya paling meluat apabila :
Orang tak cantik mengaku cantik. Pastu dok cite berpuluh2 kali kat telinga aku ni nak bagitahu yang dia tu cantik.. ramai peminat.. datuk2 pun minat kat dia.. padahal tak cantik langsung! MOTIF???

17. Pesta/Parti adalah :
Orang ramai berkumpul untuk meraikan sesuatu. Jangan ada unsur2 lagho, berdosa tau!

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui :
Kucingler.. hamster pn comel tapi geli nak pegang. Lembik semacam je badan dorang.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Umur 23 tahun. Masa ni jadi otai (tua) kat poli. Sume persatuan aku nak lead. Sume program aku nak jadi ketua. Pastu tiap2 sem jadi pelajar terbaik. Gila hebat time nih! (Kat poli bolehlah.. cuba aku masuk U. Uhuk..uhuk.. Tiba2 tersedak pulak)

20. Hari ini :
Seronok bermalas2an sebab bos takde. Jahat betoi!

21. Malam ini saya akan :
Kemas baju Farizal masukkan ke dalam bakul supaya senang dia cari baju pagi2.

22. Esok pula saya akan :
Kerja seperti biasa. Berangan nak bangun awal supaya sempat breakfast kat rumah.

23. Saya betul-betul inginkan :
Percutian.. tapi tak mungkin memandangkan sekarang sedang sarat berbadan dua (tipu, sebenarnya takde duit nak g bercuti) Hohoho..

24. Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini :
Cantik jugak aku ni ye! (Sila muntah hijau)

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Pusat membeli-belah la. Nak main game dalam internet pun boleh.

26. Makanan barat atau Jepun :
Of coursela barat, kata born in London.

27. Bilik yang terang atau gelap :
Terang (untuk study) - buwek! Gelap untuk tdo (zzzzzzz)

28. Makanan segera adalah :
Bad for health tapi cepat dimasak sedap dimakan. Aku tambah lagi "mahal dibeli"

29. Ayat terakhir yang anda kata pada seseorang :
"Ok..."

30. Siapa yang anda mahu tag :
(a) Mama Elly (saya x lupakan nama Elly tau time ni)
(b) dan kepada sesiapa jelah yang berbesar hati nak buat tag ni, dipersilakan dengan segala hormatnya!

Yay.. entry dah bertambah 1 lagi. Yahooo untuk diri sendiri dan yahooo untuk Pocoyo ops... MOTIF???

Chow!

4 comments:

jackapron said...

16. Saya paling meluat apabila;

Orang tak cantik mengaku cantik..Motif!

Dah tau sape die...haha
nak bg tau ker?

NeenaAnuar said...

hehehee.... thanks sbb siapkan jugak akhirnyer.. :D

Mak Izz said...

jack - dah tahu, senyap2 udahler. toksah kecoh2.

k'neena - akhirnya.. phewww~

Nur Irfan Juezrie said...

wah.. tag nov ok!! jgn main2.. heheh.. ok la tu.. target 1 entry 1 hari kan? ala..cite jela.. wlupun sebaris ayat!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!