Wednesday, March 24, 2010

Pendrive oh Pendrive

Malam tadi balik rumah cari pendrive dalam handbag tak jumpa2. Yang aku jumpa, resit2 atm, resit2 bil (haish..) dan segala macam toknenek dalam tu tapi benda yang dicari takde. Erm, mana perginya pendrive ni? Isk isk. Dahle yang sebelum ni dah hilang. Takkanlah pendrive Farizal bagi guna ni pun hilang lagi. Cuainye aku. Cuba ingat2 balik kat mana aku cucuk natang ni siang tadi. Ada cucuk kat pc K'Ija... erm, ada cucuk kat pc Nana, isk... janganlah tercicir kat mana2. Bukan takut sebab ada gambar2 tak semenggah kat dalam pendrive tu tapi sebab pendrive tu abah Izz yang punya. Ieyyyy... (sambil menggigit jari) manalah perginya ni?

Sampai je ofis pagi tadi terus cari kat tempat2 semalam. Tak jumpa. Kelebek2 kat tempat aku (atas meja, bawah meja, atas lantai - sume takde) Aik, mana ni? (hati terus dipagut kebimbangan *ayat novel). Then aku buat2 taktau je. Baik cool dulu nanti cari lain. Kalau cari time tension2 ni mana nak jumpa. Sambil sedut air soya bean, aku baca majalah Pa&Ma. Then pergi breakfast as usual. 30mins later kembali ke meja dan... tiba2 teringat nak check bawah keyboard. Manalah tau?

Jeng jeng jeng!

Akhirnye jumpa jugak. Alhamdulillah.. kat situ ko menyorok ye cik pendrive? Kalau tak jumpa tadi, kut2la tercicir kat mana2 ke.. harus telinga kena bebel lagi dengan abah Izz ni. Huhu..

Pesanan penaja: Jangan mudah jadi pelupa dan kemaslah meja anda sebelum pulang! ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!