Thursday, March 25, 2010

Tag Diri Sendiri

Untuk membanyakkan entry tanpa perlu berfikir apa idea nak menulis, maka menjawab TAG adalah jawapannya. Soalan tag adalah diculik dari blog mamaelly. Tanpa suruhan dan paksaan, aku dengan rela hatinya mengetag diriku sendiri :)

Jom layan!

[#1] Siapakah diri anda di rumah?
- seorang ibu kepada seorang anak dan isteri kepada seorang suami
- rajin @ malas bergantung kepada keperluan dan mood


[#2] Siapakah diri anda di samping rakan?
- seorang yang lucu dan suka berjenaka
- mulut laser tapi hati baik (mulut laser kawan2 kata, hati baik aku yang kata) *mieh mieh
- tak hipokrit & suka merendah diri (macam perasan tapi itu adalah hakikat yang terpaksa ditelan oleh korang) hehe..


[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
1. ada degree dengan result yang cemerlang
2. punya lesen kereta dan boleh drive ke mana2 tanpa mengecewakan pengguna2 jalanraya yang lain :)
3. menunaikan umrah dan haji sebelum memasuki usia emas
4. memiliki rumah sendiri untuk disewakan pada orang (hahak!)
5. dapat bos yang memahami dan tak kedekut (erk!)


[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Which one? Hahak.. gurau je. Pasangan hidup saya sekarang ialah Farizal bin Muhamad Yusoff atau nama manjanya, jackapron.


[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
Kena terus-terang ke atau boleh tipu2 sikit? Oleh sebab syurga isteri di bawah tapak kaki suami maka 5 perkara yang aku suka tentang jackapron adalah:
1. Bertanggungjawab
2. Softspoken
3. Hormat orang tua
4. Sederhana
5. Baik hati

5 perkara tak suka taknak tanya ke? ^_^


[#6] Bila tarikh anda couple?
Tak pernah couple. Jumpa sekali, 2 bulan berikutnya bertunang dan disusuli dengan ijabkabul 7 bulan berikutnya. Gile sempoi! (Itu namanya jodoh...)


[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Baru hidup bersama setahun jagung, belum rasa pahit lagi. Tawar & kelat tu ada la sikit2. Asam garam rumahtangga... normal la kan.


[#8] Lagu tema cinta anda?
Takde lagu tema sebab lagu2 ni lagho!


[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Lebih penyayang dan romantis.


[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
1. Empunya blog My 1st Touch
2. Empunya blog Manis Masam Masin
3. Empunya blog ena
3. Empunya blog ..dan bulan berbicara..
4. Empunya blog ~Diari Hatiku~
5-10. Buat rakan2 yang baca entry ni dan sudi nak jawab tag, sudi2kanlah ye!

Yang aku tag kat atas tu jangan buat2 lupa or sibuk ye. Cuba penuhi paksaan ini. Diulangi, PAKSAAN.

Sekian, terima kasih.

3 comments:

mamaelly said...

hehehehe la hai..tak yah curi2 la..buat je..elly aritu lupa nak tag sape2..tu yg wat umum je..tag kat semua orang..hehehe

Chepoh said...

errrr...1st time nokkk...mak kena tag...baek la...nanti mek jawab..

Nur Irfan Juezrie said...

hehe.. kena la ni ek? 1st time from akak.. tahniah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!