Sabtu minggu lepas adalah hari paling gembira dalam hidup aku. Sebab; setelah berhempas-pulas memujuk abah Izz, akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki ke IKEA. Walaupun abah Izz asik hilang dari pandangan mata (amboi2, boring nampak?) tetapi akhirnya berjaya juga kami mengangkut beberapa (beberapa ke?) barang dari IKEA pulang ke rumah. Fuh~
Jom cuci mata tengok barang apa yang aku borong dari IKEA.
Tada.. tak lain tak bukan Herman Chair (kaler kuning lagi!) from IKEA. Kerusi ni RM29 sahaja. Masa aku pergi aritu ada 2 kaler lain, putih & hitam tapi harga sebuah RM35. Oleh kerana kaler kuning ni lebih murah, kami amikla yang ini. Kuning pun kuninglah.. janji boleh duduk. Ops! Kerusi ni adalah hak milik Acik untuk kegunaan menjahit. Beli jugak chair pad kaler merah tu RM19.90. Actually aku berkenan chair pad kaler hijau jalur kuning (kunun2 match dengan kaler kerusi tu) tapi tak ngam pulak dengan saiz kerusi. So amikla kaler merah. Merah pun merahlah... hidup Selangor! (tiba2).
Barang yang kedua, ialah Jappling Alarm. Erm actually takde dalam list pun. Tapi sebab dah berkenan amik jugaklah. Harga RM6.90. Datang dalam 2 warna, hitam dan merah. Aku pilih hitam sebab senang nak match warna. Letak kat bilik Acik jugak.
Aneka kaktus dan bladet 3 plant ni aku berkenan sangat2 sebab nak letak kat dapur. Konon2 penyayang kepada tumbuh-tumbuhan la. Sejuk mata memandang. Harga RM15 (untuk bladet) dan RM2.50 untuk sebuah pokok kaktus.
Yang ni pulak... ops! Camne gambar Izz boleh tersesat kat sini pulak. Isk isk.. saje je. Amboi bukan main happy lagi dapat baring2 atas katil sambil nyonyot air masak ye. Ok, Izz takde kaitan dengan tajuk entry di atas :)
And ada la lagi beberapa barang aku beli kat IKEA aritu tapi tak ambik gambar pun. Antaranya Lekman Box 3pcs (isi barang2), rak gantung, curtain, curtain rod, dish rack, mug n etc etc etc. Ikutkan hati mau je rembat macam2 lagi tapi... sebab troli pun dah penuh & air muka abah Izz pun sikit lagi nak tukar jadi Harimau Kumbang, maka.. hajat berlebih2 terhenti di situ.
Sejak rumah dah dicat baru ni, aku ada azam baru. Sebulan sekali harus shopping di IKEA. Amacam berani?
4 comments:
brape hinggit u perabih kat ikena tuh!
adha...aku pon beli jam tu...tapi kaler merah...suka dengar dia bunyi2...hihi
memang gone crazzzyyy kalau gie shopping kat IKEA! akak memang alergik nak gi situ selalu sbb takot terjebakk sentiasaa... hahahha..
jack - beberapa juta (rupiah) jugaklah.
chepoh - bunyi dia cm bom jangka kan? tik tik tik tik.. gitu lebih kurang.
k'neena - mmg blh jd gilak kak. kalo nk shopping kena tulis bajet dulu supaya x burst... pastu bwk duit ngam2 je jgn lebih. kad plastik? - left at home is much better :)
Post a Comment