Tuesday, March 16, 2010

Jenayah Berleluasa

Akhir2 ni rasa ngeri dan seriau bila baca paper. Especially paper Metro & Kosmo. Macam2 berita yang hangat dan hangit keluar. Penderaan kanak2, perkahwinan anak bawah umur, pembuangan bayi (ni kes lama – non stop case), penculikan kanak2 dan macam2 lagi kes jenayah yang bila kita baca kita terkejut dan tak sangka “Betul ke cerita ni?” Ar.. sampai terkeluar ayat gitu kan. Memang ada wartawan cuba memaksimakan penggunaan ayat dengan menggunakan ayat yang super ngeri dan bombastik, malah aku tak nafikan ada wartawan menambah sedikit rencah dan perisa dalam kaedah penceritaan untuk menjadikan berita kelihatan sangat ‘hebat’ untuk menarik perhatian pembaca TETAPI pada hakikatnya bahan berita itu adalah tepat 100%.

2 minggu lepas mungkin korang ada terbaca dalam Metro, berita utama muka depan bertajuk “Syaitan Junior”? Masa baca tu aku dok terpikir, Ya Rabbi.. ada juga budak2 kecik umur 12 tahun macam ni punya nakal (nakal ke jahat ek?). Nenek pun boleh dorang rompak. Siap patahkan kaki nenek tu lagi. Isk isk... apa ni? Macam mana boleh jadi macam ni? Diorang kan masih kanak2 (baru nak belajar menginjakkan diri ke alam remaja)? Mengapa sampai begitu sekali keberanian yang ada dalam diri dorang? Ok full stop. Semua rakyat Malaysia boleh berfikir secara telus mengapa pada zaman sekarang ada kanak-kanak yang semakin berani (melakukan jenayah)? Persoalan aku di sini bukan nak bincangkan isu kanak2 bersalah ni tadi TETAPI...

Makcik Kiah nak gosip diknon... Rupa2nya nenek yang kena rompak ni rumahnya selorong dengan rumah mak ayah aku! Ya Rabbi... Astaghfirullah al azim... Kebetulan last week aku dah start hantar Izz ke rumah mak. Mak la yang mulakan cerita. Tak sangka betul kes ni berlaku dekat sangat dengan rumah mak ayah aku, rumah tempat aku membesar dari kecik sampai la besar2 agam ni ha. Selang beberapa rumah je. Isk isk.. apa nak jadi budak2 sekarang. Apa nak jadi area rumah aku tu sekarang? Penuh dengan perlakuan jenayah. Actually sebelum kes nenek ni masuk paper, sebelum2 tu lagi ada 3-4 buah rumah yang kena rompak (menggunakan modus operandi) yang sama. Tapi takdela kecoh sampai masuk Metro (sebab takde nenek yang patah kaki kut). Bila dah melampau gini, barulah ada media yang amik kisah. (Ke... sebab ada orang yang report kat media?) Whatever la.. tapi bagus juga pengaruh media ni. At least orang luar tahu apa yang sedang berlaku dalam masyarakat sekarang.

Malam tadi pulak keluar berita budak umur 6 tahun hilang ketika bermain dengan kawan2 di luar rumah. Pun berlaku di area berdekatan dengan rumah mak di Bandar Tun Razak. Alahai.. tempat bermain aku masa kecik2 dulu sekarang dah jadi tempat jenayah bermaharajalela. Risau pulak aku dengan suasana di situ. Masa aku kecik2 dulu kawasan rumah aku tu memang terkenal dengan kawasan ‘black area’ bagi penagih2 dadah tegar. Pergi mana2 bersepah2 penagih dadah. Sekitar taman permainan & padang bola penuh dengan bekas2 tin gam (kes hidu gam). Tapi sekarang? Jenayah rompak.. penculikan.. Astaghfirullah... MasyaAllah...

Siapa patut dipersalahkan? Kemajuan teknologi? Ibu bapa? Masyarakat?

Malas nak bincang panjang2. Sendiri tepuk dada, tanya selera!

*Tak tahu apa nasib area umah mak aku tu 10 tahun akan datang. Abang aku seorang guru, mengajar di sebuah sekolah di situ, dia sendiri cerita perangai budak2 sekolah rendah sekarang, alahai.... Inilah generasi pelapis yang akan mencorak masa depan negara. Berwaspadalah wahai semua ibu dan bapa. Masyarakat kat luar sana jangan nak buat dek je pulak, kenalah sama2 beri kerjasama. Mudah2an negara kita makin aman dan sejahtera, AMIN..

3 comments:

Diarihatiku1976 said...

zaman sekarang mak ayah terlalu manjakan anak.. nak cubit ke sepak ke jauh sekali marah memang takdelah.. konon-konon sayang budak tak tahu per... tapi kalo dah tak ajar camner nak tahu nya..... sbb tu budak sekarang degil... suba dari awal dah marahkan.. dah celangkan biji mata tanda marah takutlah budak... ni ada yg anak terkinja-kinja nakal mak pak diam je ... ee buat malu jer....

Nur Irfan Juezrie said...

tu la kan? skg ni mcm2.. benda yg tak disangka2 pun jadi.. tak tau la apa nk jadi.. mak bapak kena mainkan peranan yg penting nk corak anak2.. naik tkt skg nk didik anak2.. tkt tersalah didikan lain pulak jadinya.. kdg2 didik dh betul, pengaruh kawan pulak yg mslah..

Unknown said...

pukul je kalau izz buat hal, kalau tak cukup izz, nak pukul farizal pun takpe...janji ade yang kene pukul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!