Thursday, March 25, 2010

Checkup Minggu Ke-28

Selalu bercerita tentang checkup Izz, kali ni Mak Izz pulak nak bercerita. Kandungan dah masuk 7 bulan barulah teringin nak kongsi cerita ye. Heh!

Seperti biasa 7.45 pagi aku dah terpacak kat klinik. Dapat no 30. Punyelah ramai umat manusia. Yang peknen, yang bawak anak, yang nak buat buku peknen baru, isk isk.. Sejak Klinik DBKL dah diambil alih oleh KKM sepenuhnya, makin kelam-kabut pengurusan di klinik. Itu apa yang aku nampak la. Tak tahu pengurusan di klinik lain macam mana pulak. Sesiapa yang ada/banyak duit tu memang satu tindakan yang sangat wajar korang pergi checkup di klinik/hosp private. Selain daripada dapat servis yang cepat dan pantas, dapat jugak mengurangkan kesesakan di klinik kerajaan macam pagi tadi. Hehe..

Pukul 10.30 baru dapat jumpa nurse. Hoho.. cuba korang kira berapa jam aku menunggu di sana. Kalau tak silap, aku sempat tidur 2 sesi. Tidur dengan lenanya di kerusi sampai tersengguk2, i don't care :) And sempat jugak keluar dari klinik pergi kedai beli air kotak & kuih untuk alas perut. Ibu mengandung wo.. perut lapar kena diisi. Selain daripada tak suka kena heartburn, kesian jugak kat baby dalam perut ni. Pukul 11 amik injection untuk tetanus then boleh terus balik. Tapi aku tak baliklah, terus naik tren pergi ofis.

Result checkup, everything ok. Tekanan darah 120/80. Berat ...... (dirahsiakan demi menjaga maruah diri) Clue: naik 1.5kg and urine bersih suci lagi murni tanpa kehadiran gula & protein yang over. Kaki pun tak bengkak (tapi aku rasa macam bengkak je). Hari ni special sikit, nurse yang check adalah staff nurse & banyak gak dia bagi nasihat. Antaranya:

1. Dah boleh standby beg baby dalam kereta takut kemungkinan kelahiran pra-matang.
- Kandungan aku dah masuk 7 bulan kan. Siapa tahu kalau2 Allah nak bagi bersalin awal? Hopefully biarlah bersalin bila tiba waktunya. Kesian dekat baby. Bab persediaan barang2 baby aku belum standby lagi. InsyaAllah weekend ni balik Jalan Kebun check balik baju2 newborn Izz & mitten bootees yang masih boleh dipakai. Basuh dan lipat comel2 dalam storage box. Yang lain2 aku akan prepare & beli (mana yang perlu) sedikit demi sedikit. Masih ada 3 bulan sebelum deliver, sempat lagi insyaAllah.

2. Standby gula2 dalam handbag takut berlaku hipoglisemia.
- Masa kandungan 4 bulan lebih, aku kena minum air gula sebab family ada diabetic history. Result ok tapi almost borderline. So doc suruh aku kontrol diet supaya takde diabetic sampailah bersalin nanti. Apapun nurse pagi tadi pesan, if ada simptom2 hipo macam sesak nafas, rasa nak pitam dan berpeluh2 maka cepat2 kulum gula2 supaya gula yang rendah tadi dapat distabilkan. Dun wori nurse, bekalan makanan sentiasa ada. Kalau tak, idokler saya gemuk begini (hanya berkata2 di dalam hati).

3. Start catit pergerakan baby.
- Penting untuk lihat keaktifan baby. Erm bab ni aku memang malas. Bukan sebab ini kandungan kedua, masa kandungan pertama dulu pun malas nak catit. Kalau rajin pun, mesti aku terlupa. Maklumlah.. bukan duduk diam saja sambil catit pergerakan baby. Ni nak buat macam2. Mana nak ingat? (ok, ini adalah alasan semata2). Apapun, bila baby kurang bergerak memang aku suspen. So, selepas ini kepada ibu2 mengandung yang lain juga, marilah kita sama2 merajinkan diri mencatit pergerakan baby ye.

4. Checkup 2 minggu sekali.
- Yezza, starting from this month aku dah kena checkup 2 minggu sekali. Hiyarkkk.. malasnya. Dulu masa peknenkan Izz, tak sempat nak checkup 2 minggu sekali. Aku rasa nurse terlupa & aku pun malas nak ingatkan dia. Cukup 38 minggu aku kena admit dah. Yang 2nd ni, ar.. siaplah aku untuk berdepan dengan rutin checkup 2 minggu sekali. Baiklah nurse.. doc.. demi kesihatan dan keselamatan bayi di dalam kandungan, acik redha. *Sambil berdoa biarlah result checkup sentiasa cantik! Kalau tak... fuh~

Tulah antara nasihat & pesanan nurse pada aku tadi. Lain2 yang tak dipesan dan aku boleh pikir sendiri kebaikannya adalah seperti jangan lupa minum susu, jangan lupa makan vitamin2, jaga makan minum dan dotdotdot. Ar untuk entry kali ni, aku pamerkan khas gambar ibu mengandung 7 bulan yang sangat mengancam!



Tada...




Mengancam tak gambar di atas? Hahahahahahah...

2 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

huh!! bc entry ni tetiba teringat pengalaman peknen n nk bersalin.. kecut perut wooo!!!

Deqna said...

lebih kurang samalah nanti kita nye due date kan...

kali ni gugurl ke boboy?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!